Helena tidak menyentuh langsung makanan seharian dan dia terus ke rumah sewanya. Rumah sewa itu ibarat rumah kedua baginya apabila dia tertekan dengan masalah yang dihadapinya.' Ting ' Pintu lif terbuka dan Helena masuk ke dalam lif tersebut.
" Eh jap wait. " Indra menahan pintu lif daripada tertutup.
" Is this a coincidence? " Helena tergelak kecil.
" Maybe.. Hahaha "
Tiba – tiba , Helena jatuh dan tidak sedarkan diri. Keadaannya yang masih belum pulih ditambah lagi dengan gastric yang menyerang.
" Helena , you dah bangun ? "
" Err.. dah , aunty ni siapa ? "
" Cantik perempuan yang Indra bawa ni , anak dara siapa lah yang berjaya pikat hati Indra ni kan.. Ummi belum tanya calon menantu dah dibawanya balik. Anak bertuah. "
" Eh mana ada la ummi , Indra jumpa dia dalam lif pengsan itu yang bawa datang sini , yalah rumah kita dekat je kan , daripada rumah sewa Indra tu.. "
" Lah , you ni menyusahkan ummi you je kenapa tak bawa I pergi hospital ? "
" Ummi I ni kahwin dengan doktor segala penyakit dia dah tahu penyebab. Daripada membazir duit pergi hospital baik I bawa you jumpa dia. "
" Hm yelah. Gastric kan ? I dah tahu. "
"Dah tahu tu kenapa tak jaga makan ? Kalau sakit .. "
" I yang tanggung bukan you. Tak payah sibuk. " Puan Melissa keluar dari bilik itu meninggalkan Indra dengan Helena.
" Dah masuk waktu Asar ni. I nak solat sekejap. You nak solat ? "
" Nah.. sokay , I tak reti pun solat ni. Tak pernah. "
" Okay "
Di dalam bilik itu juga Indra solat. Helena memerhatikan gerak geri Indra semasa solat.
" Indra.. Can you teach me how to perform prayers ? "
" Eh , betul ke nak belajar ni ? "
" Jangan banyak tanya boleh ? Ish ajar jelah. "
" Okay okay starts with wudhu' ya . "
Indra mengajar dengan penuh kesabaran daripada awal sehinggalah habis. Baginya , dia tidak kisah sekiranya mahu berkongsi ilmu agama dengan orang lain. Helena mula sedar bahawa selama ini dia jahil tentang agama.
Dengan bertelekung , Helena memandang ke arah Indra.
" Cute . " Indra memuji sambil tersenyum.
STAI LEGGENDO
Helena The Troublemaker
CasualeAisya Helena. Ya , seorang gadis yang berambut blonde dan sentiasa ke mana - mana dengan berpakaian seksi. Disebabkan 'depressed' , dia suka membuat masalah sehingga cinta bertaut antara Helena dan Indra. Indra yang telah mengubah Helena menjadi seo...