FANTASY EXPLORER: BAB 4

Start from the beginning
                                    

"Nak jawab macam mana ni nanti?" Achara mengusap perutnya.

Alexander Monroe berjalan di depan bilik tidur lalu terdengar suara wanita itu. Dia melirik ke pintu lalu mendekatinya. Dia memasuki bilik itu, membuatkan Achara terkejut.

"Kenapa ni?" Alexander Monroe bertanya.

Achara menggeleng laju. "Tak ada apa."

Alexander Monroe melihat perut Achara yang semakin membesar. "Kamu mengandung ke?"

Berpeluh Achara dibuatnya. Dia sudah buntu akal.

"Dalam dunia ni, hanya mengambil masa sebulan untuk mengandung. Lepas tu, lahirlah anak," terang Alexander Monroe, sungguh.

Terbeliak mata Achara mendengarnya. "Tok jangan bergurau!"

Tiba-tiba, bunyi dentuman kedengaran dari luar. Habis bergegar satu dunia.

"Bunyi apa tu?" Achara ketakutan.

Tawa ilaian turut kedengaran dari luar.

"Larilah kamu semua! Lari!" jerit satu suara.

Alexander Monroe dan Achara bergegas ke tingkap. Kelihatan segerombolan puak Voodoo 2.0 menyerang puak Skull dengan melahap rakus. Achara terduduk dek ketakutan.

"Zombi ada dunia ni juga ke?" Achara ketakutan.

"Bukan. Tu puak Voodoo... tapi kali ni, diorang lain. Separuh robot, separuh ilmu hitam," kata Alexander Monroe kehairanan.

"Kau!" tengking Fred Star menjeling tajam ke arah Alexander Monroe.

Dbush!

Satu tolakan kasar melemparkan tubuh Alexander Monroe ke dinding. Lelaki tua itu terjatuh ke lantai. Achara berubah panik sebaik Fred Star menghinggap jendela yang terbuka luas itu.

"Atok? Kenapa... boleh dekat sini?" Achara kebingungan.

Fred Star melihat tubuh Achara berbadan dua itu. "Hmm... mengandung anak luar nikah ya."

Achara terkejut lantas mendakap perutnya. "Jangan apa-apakan aku."

Senyuman sinis tercalit di bibir Fred Star. Buku hitan dikeluarkan. Dia menulis sesuatu pada buku tersebut.

"Anak dalam kandungan itu bagai hendak keguguran."

Achara berpeluh laju. Fred Star menulis lagi.

"Hakikatnya, tidak. Malah, dia selamatkan dilahirkan hanya dalam sekelip mata."

Raungan kedengaran dari mulut Achara. Perut wanita itu semakin membesar dan membesar. Dirinya penuh dengan satu sarat badan anaknya. Bila-bila sahaja dia boleh lahirkan anaknya.

"Aahhh!" raung Achara tidak dapat menahan menampung beban.

Fred Star ketawa melihat wanita itu bertarung dengan nyawa.

"Selamat melahirkan anak ya. Atok lepaskan kamu kali ni. Selamat tinggal," pesan Fred Star sebelum menghilangkan diri.

Achara menjerit kesakitan. Alexander Monroe masih belum sedar lagi. Terpaksalah dia melahirkan anak bersendirian. Nyawanya sendiri menjadi taruhan.

***
Isla de las Munecas, Freaky World

Ralph Kimmy masih duduk di pinggir pulau. Batu dilempar ke tengah tasik. Dia sudah tiada emosi lagi. Apa yang benar darinya, langsung tidak dipercayai sesiapa.

"Tolong! Abang!!" jerit Dzell dengan kuat.

Ralph Kimmy terdengar jeritan isterinya lantas berlari ke rumah tumpangan. Dia merempuh masuk ke dalam rumah lalu melihat robot zombi cuba menyerang isterinya dan anaknya.

All-InWhere stories live. Discover now