🎭 •BAB 27•

Start from the beginning
                                    

"Awak memilih sangat." Bidas Qhaiyra sebelum tersengih. Saja mahu mengurangkan rasa janggal antara mereka.

Fakhrul senyum sahaja. Saya tak memilih pun, Qhaiyra. Saya berkenan kat awak sorang je.

"Umi awak apa khabar?"

"Alhamdulillah khabar baik. Sibuk jaga cucu dia. Anak along tu. Biasalah. Orang tua baru dapat cucu. Teruja." Fakhrul sengih. Tapi perih juga rasa hati. Abang long dah kahwin. Nanti kak ngah pun kahwin. Nampaknya nanti dia jelah yang akan menjadi topik keluarga.

Bila nak kahwin?

Mesti kena biasakan diri dengan soalan tu lepas ni. Haih.

"Nanti lepas ni habislah awak. Mesti awak jadi topik hangat pula nanti." Qhaiyra ketawa melihat wajah masam Fakhrul. Haha. Nasib gua dah kahwin.

Qhaiyra terus terdiam apabila kereta Audi putih memasuki perkarangan rumah. Tunku Niel dah balik.

"Suami awak ke?" Tanya Fakhrul.

"Haah." Qhaiyra senyum sahaja.

Tunku Niel melangkah tenang keluar dari kereta dan memandang ke arah mereka. Namun tingkah Tunku Niel berubah apabila pandangan mereka bersatu. Beku.

"Assalamualaikum." Fakhrul menghulurkan tangan.

"Waalaikumsalam." Tunku Niel menyambut dan tersenyum manis.

Fuh. Lega. Nasib baik Tunku Niel tak buat perangai!

"Dah lama ke sampai?" Tanya Tunku Niel. Peramah.

"Eh tak. Baru je sampai." Fakhrul terasa kecil benar dengan suami Qhaiyra. And again. Patutlah dia kalah.

"Err Fakhrul masuklah dulu. Minum-minum sekejap ke?" Jemput Qhaiyra. Rasa tak elok pula berbual dengan tetamu depan pintu.

"Haah betul tu. Tak nak masuk dulu?" Tunku Niel senyum ke arah Fakhrul sebelum matanya menjeling Qhaiyra tajam dengan ekor matanya.

Qhaiyra rasa tercekik sendiri melihat jelingan tajam Tunku Niel padanya sebelum lelaki itu kembali melempar senyum kepada Fakhrul. Tahu Tunku Niel memerlinya.

"Tak apalah. Saya ada hal lepas ni. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum." Fakhrul meminta diri dan terus menuju ke kereta perdana miliknya.

"Waalaikumsalam. Hati-hati drive." Tunku Niel melambai ke arah Fakhrul. Jelas kepuraan di situ.

"Jangan lupa cucuk kunci dulu baru start." Ujar Qhaiyra pula.

Pecah gelak Fakhrul mendengarnya. Ceh. Perli ke tu. "Baiklah."

Pin!!!

Qhaiyra melambai perlahan. Matanya menghantar kereta hitam itu pergi. Qhaiyra senyum nipis sebelum memandang Tunku Niel.

Sunyi.

Gulp...

Terdiam dia dengan pandangan maut Tunku Niel.

"Bahagia nampak." Tunku Niel menjelingnya tajam sebelum melangkah melepasi Qhaiyra. Bahunya sengaja melanggar bahu Qhaiyra saat berjalan melepasi isterinya.

Qhaiyra mendengus perlahan.

Attitude!




QHAIYRA mendecit geram apabila dia tidak dapat membuka pintu utama rumah itu. Bagai terkunci dari luar. Tapi macam mana pula boleh jadi macam tu?

Lupa pula. Sekuriti rumah Tunku Niel ini tersangatlah tinggi. High class. Maklumlah, orang kaya kan?

Qhaiyra perlahan-lahan naik ke bilik Tunku Niel. Sempat dia mengintai bilik kerja Tunku Niel yang tertutup rapat.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now