part thirthty three

198 47 22
                                    

7:58 a.m.
Myeongwoo Hospital

-haeseul's pov-

"Yah, Lee Eunsang!"

Kami berdua segera menoleh ke arah eumpunya suara. Mataku automatik terbuntang luas. Beomgyu?

Sejak bila dia sedar? Dan, sejak bila dia cabut kesemua wayar-wayar tu? Dia ni biar betul? Dia buatkan aku lebih takut.

"Lepaskan haeseul! Kalau tak ak-- akh!" Tidak sempat beomgyu mahu menhabiskan ayatnya, lehernya segera dicekik oleh eunsang.

"Kalau tak apa? Kau nak report kat mak kau ke?" Eunsang bertanya dalam nada yang sinis.

Haish, sinis je tak habis-habis.

"L-lepaskan ak-aku lah, gila. Ka-kau ni dah gila!"

"Aku? Gila? Kau salah. Aku bukan gila tapi tak sihat, kan haeseul?" Tanya eunsang sambil matanya tepat memandang ke arah aku.

Tetapi pada masa yang sama, aku dapat isyarat dari beomgyu. Mulutnya seperti bercakap tentang sesuatu.

Mataku hanya fokus ke arah mulut beomgyu saja. Dia seperti gumam sesuatu tetapi aku tak faham langsung.

Sehinggalah dia menjuihkan mulutnya kepada Iphone ku yang berada di atas meja bersebelahan katilnya.

"Ambil handphone tu and cepat mesej minhee hyung."

Aku segera mengangguk faham dan segera aku menuju ke arah Iphone ku berada. Nasib menyebelahi aku, eunsang tak nampak aku ambil Iphone aku.

Jari aku segera menekan aplikasi whatsapp dan laju aku menekan contact name abang.

Tetapi sebaik saja aku mahu menaip, abang terlebih dahulu menghantar pesanan teks kepada aku.

Mini brother🙈
Online

Mini brother🙈
- haeseul.
- eunsang ada dengan kamu?
- kami dah kena berangkat ni.
- tapi dia masih lagi tak sampai.
- dia ada dengan kamu tak?

You
- abang!
- eunsang ada disini.
- tolong kami.
- eunsang dah makin teruk!

Mini brother🙈
- wae?
- apa yang berlaku?
- eunsang buat apa?

You
- eunsang cekik beomgyu.
- haeseul takut.

Mini brother🙈
- apa?
- beomgyu dah sedar?
- ha takpa, kami datang
  sekarang.
- kamu tunggu dulu.

You
- cepat sikit!

"Y-yah! Le-lepaskan aku!" Aku segera menuju ke arah eunsang dan beomgyu berada.

Aku menggigit tangan eunsang lalu dilepasnya pegangan di leher beomgyu tadi.

"Argh!" Eunsang mengerang kesakitan. Dia kemudiannya laju menuju ke dalam bilik air.

Aku pula segera ke arah beomgyu yang sedang melawan kesakitan pada lehernya. "Gwaenchana, haeseul-ya?" Beomgyu bertanya kepadaku.

Aku hanya menganggukkan kepala aku saja. Selepas itu, aku menolongnya untuk bangun.

"Kau nak main kasar ye, haeseul."

-----------

Maaf lambat 🙇⭐

[√] bisu Where stories live. Discover now