part eighthteen

228 57 14
                                    

8:37 p.m.
Dream Mall

-beomgyu's pov-

Aku berpatah balik ke arah haeseul berada selepas puas melihat segala pameran handphone yang disiarkan.

Aku terhenti buat seketika. Siapa yang ada dengan haeseul tu? Aku segera membuka langkah menuju ke arah mereka berdua.

"Haeseul. Siapa ni?" Aku bertanya kepada haeseul. Aku perasan anak mata dan juga badannya menggigil apabila melihat aku.

"Aku eunsang. Lee Eunsang. Kau pula siapa?" Tanya orang yang bernama eunsang kepada aku.

"Aku beomgyu. Choi Beomgyu." Aku membalas kembali. Dia hanya mengangguk kepalanya menandakan dia faham.

"Cantik 'Popular' ni yer. Ramai betul orang." Kata eunsang tersebut kepada haeseul. Popular? Apa benda dia cakapkan ni?

Aku perasan dia macam tekan perkataan 'popular' tu. Aku kemudian menoleh ke arah haeseul kembali.

Haeseul hanya menyengih saja ditempatnya. Ouh, ni kira perli lah ni. Okay baiklah, saya faham situasi sekarang ni.

"Haeseul. Banyaknya barang kau borong. Boros juga kau ni yer." Haeseul segera menoleh ke arah aku. Dia bagi aku jelingan tajam.

"Halah, kesian dia yer. Mari sini aku tolong kau angkat yer." Aku segera berkata begitu lalu menuju ke arahnya untuk mengambil barang tersebut.

Aku menarik lembut tangannya untuk menghadap aku. "Aku bawa separuh. Kau separuh." Bisik aku kepadanya. Dia kemudiannya mengangguk faham.

Kami kemudiannya menjinjing beg plastik masing-masing. "So haeseul. Let's eat! Aku laparlah." Kata eunsang kepada haeseul.

Tanpa sempat haeseul memberi jawapan, dia terus menarik tangan haeseul menuju ke kedai makan.

Wei, habistu aku macam mana? Sanggup dia bawa lari haeseul lepastu tinggalkan aku macam ni jer. Kejam betul!

"Yah! Yun Haeseul!" Aku segera membuka langkah mengejar mereka berdua. Haish, teruk betul.

--------

[√] bisu Where stories live. Discover now