part twenthty six

181 48 2
                                    

2:12 p.m.
Myeongwoo Hospital

-author's pov-

Sekarang ni sudah masuk dua jam haeseul menunggu beomgyu yang sedang berada di dalam bilik pembedahan.

Sepanjang dia menunggu, dia menangis dan selalu menyalahkan dirinya saja.

Orang yang lalu lalang disitu hanya membiarkan saja dia sebegitu. Mereka malas mahu masuk campur urusan orang walaupun nurse sendiri yang lalu.

"Haeseul?" Haeseul perlahan mengangkat mukanya memandang pemilik suara. Matanya terbuntang luas pabila melihat pemilik suara tersebut.

Ternyata pemilik suara tersebut adalah abangnya sendiri, Yun Minhee.

Dia segera bangun lalu memeluk tubuh abangnya itu erat. Tangisannya menjadi lagi kuat dan air matanya mengalir lebih deras dari biasa.

"Kenapa ni, haeseul? Kenapa baju ada banyak darah ni? Ada apa-apa berlaku ke?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh minhee.

Haeseul tidak menjawab tetapi sebaliknya dia lebih mengeratkan pelukan tersebut. Mukanya dia sembamkan di dada minhee.

"Takpa lah. Nangis dulu. Lepaskan dulu. Lepaskan semuanya." Pujuk minhee, lembut. Dia mengusap belakang adiknya perlahan.

Setelah puas menangis, haeseul akhirnya lepaskan pelukan tersebut lalu mengajak minhee duduk bersamanya.

"Haeseul, cuba cerita apa yang berlaku." Ujar minhee, lembut. Haeseul memandang ke arah muka minhee sayu.

"Nah." Mereka berdua kemudiannya memandang ke arah pemilik suara yang mencelah.

Tanpa disangka, rupanya eunsang bersama member x1 lain ada bersamanya.

"Korang.."

"Maaf, minhee. Kami dah tengok tadi." Ujar yohan sebagai wakil. Mereka yang lain menganggukkan kepala mereka tanda setuju.

"Haih, takpalah. Duduk lah." Ujar minhee dan selepas itu dibalas oleh yang lain. Mereka semua duduk di atas kerusi yang telah disediakan disitu.

Tidak sempat haeseul mahu bertindak, doktor dari bilik pembedahan keluar bersama beberapa orang nurse.

Mereka semua segera bangkit setelah nampak kelibat doktor dan nurse yang lain. "Siapa ahli keluarga kepada pesakit?"

Tanya doktor tersebut kepada mereka semua. Mereka memandang sesama sendiri sehinggalah minhee mengangkat tangannya.

"Okay. Pesakit sekarang sedang dirawat di bilik ICU. Kamu semua boleh lawat dia tapi jangan ramai sangat ye. Awak pula ikut saya."

Ujar doktor tersebut lalu pergi ke biliknya dan diikuti oleh minhee.

------------

[√] bisu Where stories live. Discover now