part eight

345 70 22
                                    

6:15 p.m.
Yun's house

-author pov-

Daun pintu dibuka dari luar oleh haeseul. Kakinya pantas menaiki satu persatu anak tangga dirumahnya itu.

Pintu bilik abangnya dibuka dengan kasar. Kosong. Tiada seorang pun di dalam bilik tersebut termasuklah abangnya, yun minhee.

Dia memasuki ke dalam lalu segera menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik abangnya itu. Diketuk dahulu pintunya.

Selepas beberapa ketukan, dia membuka pintu dengan perlahan-lahan. Dia menjenguk sedikit kepalanya ke dalam.

Kosong. Sama seperti keadaan biliknya. Dimanakah abang? Kemanakah dia pergi? Haeseul kemudiannya mencari bagasi milik abangnya.

Dia mencari, mencari. Mencari lagi! Dan lagi! Tetapi hampeh! Satu pun takda di dalam bilik abangnya itu. Dia terduduk lemah.

Tiba-tiba suatu ayat bergema di dalam kepalanya,

"Haeseul-ya. Esok abang dah pergi
Jepun. Minggu depan baru kami
balik. Take care, okay?
Saranghae!"

Haeseul menjadi sebak. Ayat yang dilontarkan oleh abangnya semalam membuatkannya terasa sebak. Dia mahu menangis!

Setitik. Dua titik. Dan akhirnya melimpah! Air matanya melimpah selepas penat menahan. Akhirnya tumpah. Ya, tumpah!

Dia menangis. Menangis semahunya. Kedua belah kaki dipeluknya erat. Sekarang ni dia mahukan seseorang untuk dia peluk.

Sungguh! Dia mahu seseorang yang boleh dipeluk olehnya. Seperti abangnya, yun minhee.

Yun minhee, dia lah abang yang paling disayangi yun haeseul. Susah senang, mereka bersama. Walaupun haeseul mempunyai kekurangan untuk bercakap, tetapi itu tidak diendahkannya.

"Setiap orang tidak sempurna." Itulah ayat yang selalu dilontarkan oleh minhee bagi memuaskan hati haeseul supaya tidak bersedih.

Apabila teringatkan minhee, air mata haeseul akan menurun makin deras. Dia betul-betul rindukan abangnya walaupun tidak sampai satu hari abangnya pergi.

Abang! Haeseul nak peluk abang! Haeseul nak luahkan semua yang haeseul lalui harini pada abang! Haeseul perlukan abang. Sekarang.

Tanpa disedari, ada sepasang tangan yang datang melingkari tubuh kecil milik haeseul. Dan, itu membuatkan haeseul terkejut sama sekali.

"Shh, it's okay. I'm here for you. Cry as much as you want, okay." Haeseul terkejut tetapi air matanya masih lagi menuruni membasahi pipinya.

Dia tidak tahu siapakah orang itu tetapi yang pasti dia sangat selesa dengan pelukan yang diberi. Ia seperti abangnya yang sedang memeluknya sekarang ini.

Tanpa banyak soal, haeseul tanpa penuh ragu dia membalas pelukan tersebut. Dan, akhirnya matanya terlelap di dalam pelukan tersebut.

---------------

[√] bisu Where stories live. Discover now