part four

398 79 10
                                    

10:00 a.m.
-Author's pov-

"Beomgyu? Kamu dah siap ke?" Tanya puan choi, separa menjerit. Sudah masuk 20 minit dia menunggu beomgyu.

Ibunya sudah siap tetapi beomgyu belum lagi. Apa yang dia buat diatas sana? Takkan bersiap untuk keluar pun lama?

Satu minit kemudian, pintu bilik beomgyu mula terbuka. Dia mula melangkah keluar dari biliknya lalu segera menuruni anak tangga dan pergi ke arah ibunya.

"Kenapa mama suruh beomgyu bersiap awal sangat ni?" Tanya beomgyu, sedikit keliru.

Setahunya, mama nya hanya akan mengajaknya keluar pada pukul lima petang saja. Tidak pernah pula mama nya mengajaknya keluar pada awal waktu sebegini.

"Mama nak bawa kamu pergi makan." Ujar puan choi, gembira. "Jom kita gerak sekarang!" Ujar puan choi, penuh bersemangat. Beomgyu di belakang hanya membuntuti tanpa banyak soal.

------------------

11:45 a.m.
Yun's Restorant

Daun pintu restoran dibuka oleh puan choi dari luar. Dia memasuki ke dalam dan diikuti dengan beomgyu. Diperhati sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Choi Haerim?" Puan choi mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut. "Yun Siyeul?" Kalini puan choi pula bersuara. Puan yun menganggukkan kepalanya.

Mereka kemudiannya menjadi sangat teruja sehingga jeritan mereka didengari satu restoran itu. Mereka kemudiannya berpelukan.

"Lamanya tak jumpa kau. Rindunya!" Ujar puan yun, sangat gembira. Yalah, siapa yang tak gembira dapat jumpa kawan lama kan?

Seketika kemudian, puan yun ternampak beomgyu yang setia berada dibelakang ibunya. "Dia ke Choi Beomgyu nya?" Tanya puan yun, berbisik.

Puan choi sekadar mengangguk saja. Dia meletakkan jari telunjuknya dihadapan bibirnya, memberi isyarat kepada puan yun.

Puan yun yang faham akan isyarat yang diberikan oleh puan choi itu segera dia mengangguk kepalanya.

"Erm, have a seat you guys." Pelawa puan yun kepada mereka berdua. Puan choi kemudiannya menarik tangan beomgyu untuk duduk bersama.

"Sekejap ya." Ujar puan yun dan selepas itu terus menghilangkan diri. Selepas beberapa minit, puan yun kembali kepada mereka sambil membawa sedikit hidangan buat mereka berdua.

Dia mengambil tempat dihadapan puan choi. "Makanlah." Pelawa puan yun, lembut. Kedua-dua puan choi dan beomgyu mula menjamah sedikit demi sedikit hidangan dihadapan mata mereka.

Tidak sampai lima minit, haeseul sampai selepas itu. Dia menunduk hormat apabila ternampak seseorang dihadapan ibunya.

Puan choi menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum manis manakala beomgyu pula masih lagi sama di posisinya, iaitu masih lagi makan.

"Perkenalkan, ini anak saya Yun Haeseul."

------------

Stream mv run away!!

[√] bisu Where stories live. Discover now