part six

335 66 8
                                    

2:50 p.m.
Hangang Park

-author pov-

Beomgyu masih lagi sedang berusaha mencari haeseul. Sudah masuk tiga kali dia keliling kedai roti itu untuk mencari haeseul.

'Haduih, matilah aku nak jawab dengan mama and aunty yun nanti!' Gumam beomgyu, resah. Dia menyerabutkan rambutnya dan selepas itu keluar dari kedai roti tersebut.

Kedua-dua matanya sibuk memerhati kawasan sekeliling disitu. Kakinya kemudian diangkat bagi memulakan langkah.

"Haeseul! Mana kau?!" Jerit beomgyu. Sesekali dia memasuki ke dalam lorong yang sempit dan tersorok yang berada disitu.

Dia berjalan lagi, lagi dan lagi sehinggalah dia sampai di satu lorong yang gelap, tersorok lagikan tersembunyi.

Bulu romanya secara tiba-tiba ternaik  merasakan seperti akan ada sesuatu yang bahaya atau seram berada disitu.

Tetapi dia tidak seperti orang lain. Dia lelaki! Dia mesti kuat! Mesti berani! Kaki akhirnya diangkat memasuki ke dalam lorong tersebut.

"H-haeseul?" Sesekali dia memanggil nama haeseul. Dia mahu periksa sama ada haeseul berada disitu ataupun tidak.

"Haeseul? Tolong jawab kalau kau dengar!" Jerit beomgyu, memberi arahan. Dia perlahan-lahan menapak sepanjang lorong tersebut.

"Aahh!" Bunyi jeritan dikedengaran oleh beomgyu. Dia begitu terkejut sekali apabila terdengar jeritan tersebut.

'Mungkin tu haeseul!' Bisik hatinya. Dia kemudian berlari mendapatkan suara jeritan itu. Jalan berliku-liku ditempuhnya dengan berani.

Dia akhirnya berhenti dihadapan sebuah kereta yang berwarna hitam lagikan gelap. Dia terkejut apabila ternampak begitu ramai orang yang mengelilingi kereta tersebut.

Tiba-tiba matanya tertacap kepada seorang gadis yang kelihatan ketakutan. Diperhati satu persatu gadis tersebut.

'Baju dia sama macam haeseul pakai.' Dia perhati sekali lagi gadis tersebut sehinggalah gadis itu menolehkan mukanya.

Ding dong deng. Akhirnya aku dah dapat jawapannya! Beomgyu segera mengambil langkah mendekati gadis dan orang-orang disana.

"Haeseul!" Jeritan beomgyu membuatkan mereka yang berada disana menoleh ke arahnya. Dan yang paling beomgyu suka adalah HAESEUL ADA KAT SANA!

"Tangkap dia." Arah salah seorang yang berada disitu. Maybe ketua kot. Tetapi tidak sempat mereka hendak bertindak, haeseul sudah pun hilang dari pandangan mereka begitu juga beomgyu.

"Pergi cari dorang cepat!" Arah ketua tersebut dengan tegas. Mereka mengangguk tanda faham lalu terus mulakan misi mencari.

"Kita berpecah. Korang kiri aku kanan." Yang lain hanya menganggukkan kepala mereka. Mereka selepas itu berpecah mengikut arah masing-masing.

Tanpa mereka sedar, kedua-dua beomgyu dan haeseul ternyata berada dihadapan mereka sendiri. Mereka sedang menyorok di belakang belakang tong sampah yang besar lagikan kosong.

Selepas membiarkan beberapa minit, semuanya reda, beomgyu menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat sekeliling.

Selepas semuanya clear, beomgyu segera mengeratkan pegangannya dengan haeseul dan perlahan-lahan bangun.

"Jom." Ujar beomgyu dan dibalas dengan anggukan dari haeseul. Mereka kemudiannya memecut keluar dari situ.

----------------

[√] bisu Where stories live. Discover now