part fifthteen

251 58 12
                                    

5:00 p.m.
Dream Mall

-beomgyu's pov-

"Mama, kita nak beli apa?" Tanya aku sambil jari aku laju menaip papan kekunci di telefon.

"Kita nak beli baju perkahwinan kamu." Terbuntang mata aku buat seketika. Jari aku juga terhenti buat seketika. Apa mama kata tadi?

"Beli apa, mama?" Aku bertanya sekali lagi meminta kepastian. "Aish, beli baju perkahwinan kamu dengan haeseul lah."

"Tapi mama, kan lambat lagi. Kenapa nak cepat ni?" Aku membantah. Kenapa begitu awal untuk membeli baju perkahwinan ni semua?

"Apa yang lambat lagi? Lagi sebulan kamu akan berkahwin. Sebab tu kita kena cepat."

Terang mama. Aku tak sangka lagi sebulan aku akan berkahwin. Tapi kenapa sebulan? Bulan dua bulan ke?

"Mama, kenapa sebulan? Bukan dua bulan ke?"

"Kamu ni banyak tanyalah! Sudah, cepat ikut mama. Haeseul dengan ibunya sedang tunggu kita."

Tangan aku ditarik kasar oleh mama. Pada masa yang sama aku juga terkejut kerana tak sangka haeseul pun ada sekali.

"Haerim!" Aku hanya mengikut dari belakang apabila aunty yun memanggil nama mama.

"Hi, aunty yun." Ucap aku sambil menundukkan sedikit kepala aku. Senyuman palsu aku hadiahkan.

"Hello, beomgyu. Jom masuk. Haeseul ada kat dalam." Pelawa aunty yun. Kami hanya mengikutnya dari belakang saja.

Kami berjalan sehinggalah sampai di salah satu fitting room. Kaki aku laju menuju ke arah sofa yang kebetulan berada disana.

Baru sahaja aku mahu memakai headphone aku, mama sudah memanggil nama aku dengan nada yang geram.

"Choi beomgyu!" Aku memandang ke arah mama. Senyuman manis aku ukirkan. "Yes, mama. Wae?"

"Boleh pula kamu tanya kenapa. Mama panggil sebab nak suruh kamu cuba baju lah! Bukannya mama yang kahwin tapi kamu."

Terang mama panjang lebar. Keluhan berat aku lepaskan. Sesungguhnya aku sangat malas mahu mencuba salah satu daripadanya!

"Arraso, mama." Ucap aku dalam nada yang mendatar. Kami memulakan langkah menuju ke arah tempat penukaran baju.

"Tepat pada masanya. Mari sini!"

"Sudahkah?"

Aku mengangkat kepala aku apabila mendengar suara mama and aunty yun menjerit. Kenapa ni? Apa yang tepat pada masanya?

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah apa yang mereka sedang lihat. Aku automatik terkedu buat seketika.

S-siapa tu? Tu haeseul ke? Yun haeseul?

"Tadaa! Cantik tak haeseul?"

----------

[√] bisu Where stories live. Discover now