part thirthty two

194 46 31
                                    

7:49 a.m.
Myeongwoo Hospital

-haeseul's pov-

Eunsang, kenapa ni?
Kau tak sihat ke?

Aku bertanya kepadanya. Kenapa dengan eunsang ni? Tadi okay saja. Sekarang ni jadi lain pula.

"Tak. Aku tak sihat langsung. Memang langsung tak sihat." Dia menjawab sambil memandang ke arah lantai.

Aku mendekatkan diriku dengan dirinya. Aku menepuk bahunya perlahan menggunakan tanganku.

Dia mengangkat kepalanya perlahan dan memandang tepat ke arah aku. Tiba-tiba matanya mula berubah membuatkan aku mula takut.

M-mata eunsang dah berubah. Kenapa t-tiba-tiba saja ni? Langkah aku semakin lama semakin menjauh kerana takut dengan eunsang yang telah berubah matanya.

Tetapi semakin aku menjauh, semakin mendekat dia jadinya. Ini telah membuatkan kakiku terasa lemah seperti mahu jatuh saja.

"Haeseul, kenapa semakin ke belakang ni? Takut dengan aku ke? Muka aku macam hantu ke? Menyeramkan ke?"

Tanya eunsang dalam nada sinis kepadaku. Aku dengan laju menganggukkan kepala aku.

Tanpa aku sedar, akhirnya langkah ku telah berhenti apabila diriku sudah tersandar pada dinding. Alamak, macam mana ni?

Tidak sempat aku mahu lari, eunsang terlebih dahulu mengunci diriku. "Berhenti juga kau, haeseul. Penat aku kejar kau tadi. Kau tak penat ke?"

Eunsang bertanya kepadaku dalam nada sinis sekali lagi. Ya, sekali lagi. Aku kini menjadi semakin takut. Eunsang sudah jadi gila sekarang ni!

Tanpa disangka, air mataku mula mengalir keluar. "Haeseul. Kenapa menangis ni, sayang? Taknak lah nangis-nangis ni."

Jari eunsang segera mengesat air mataku yang mengalir keluar. Sesekali dia mengusap mukaku perlahan.

Aku yang merasa ni, terasa sangat tidak selesa. Eunsang, tolonglah berhenti! Aku tak suka!

Aku menggerakkan tubuh badanku dengan pelbagai cara supaya dilepaskan. Aku sudah tidak tahan lagi! Aku nak lepas!

"Duduk diamlah!" Badanku secara automatik terhenti apabila kedua-dua belah tangan eunsang memegang kedua-dua belah lenganku.

Mataku yang masih mengalirkan air mata, kini mengalir dengan lebih deras atas kerana pegangan eunsang terlampau kuat sehingga sakitnya terasa.

Rasa sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu macam mana. Tolonglah. Sesiapa tolong aku! Aku dah tak tahan dah ni! Terasa sakit sangat sekarang ni!

Eunsang, tolonglah sedar! Ni bukan diri kau, eunsang! Tolonglah sedar wahai, Lee Eunsang!

"Yah, Lee Eunsang!"

-----------

[√] bisu Where stories live. Discover now