1

134 7 0
                                    

.
Mey
.

🎧

"Ibu, Mey pergi dulu!!"

Habis menjerit, aku terus mengayuh basikal yang sedang aku tunggang. Mengayuh meredahi kawasan taman perumahan teres satu tingkat yang kelihatan kosong tika ini sambil menyanyi sakan lagu Butterfly dari BTS.

"Butterfly~ Like a butterfly~"

Hahahaa memang aku tak malu nyanyi kuat2. Well, bukan ada siapa pun sekarang ni.

Maklumlah, jam tengahari begini pada hari isnin, siapa saja yang berada di rumah kan? Ibu bapa pasti lagi sibuk bekerja dan anak2 pula masih bersekolah.

Dah tu, aku ni?

Hehe. Aku tengah bercuti lagi sekarang ni horaayy! Bulan depan dah nak amik result SPM. Hurmm tak eksaited pun.. sebab... eh nanti jelah aku cerita.

Haa sekarang ni, aku tengah nak pergi Soul Stop Cafe. Tempat dimana aku bekerja part-time sementara menunggu result SPM yang keluar bulan tiga nanti.

Oh!

Lupa pula nak perkenalkan diri. Nama diberi Meysha Elmyra, panggil Mey je. Kalau nak tahu, aku ni... peminat tegar kpop dan drama korea.

Minat grup mana? BTS semestinya!

Minat siapa? Semuaaa! Tak boleh pilih, susah... //😭//

Bila start terjebak? Hehe.. Dah lama la jugak, daripada form3 lagi. Ini semua salah si Syamimi. Dia lah yang hasut Mey untuk terjebak dalam dunia korea ni.

Cita²/Impian untuk masa depan? Hurmm... Cita² macam takda.. Tapi kalau impian ada.

Mey nak kahwin dengan orang korea celup! Yalah, nak dapat yang betul² korea kan macam takkan tercapai je.. So atleast Mey harap dapat kahwin dengan yang ada mix pun okay.

Err agak² boleh tercapai tak? Hurmm.. Macam tak, tapi... Takpe! Ayuh kita pasang minda yang positif untuk dapat hasil yang positif! 🤗

Jadi... Ini lah kisah hidup aku. Seorang gadis biasa yang minat kpop dan sedang bekerja part-time di kafe sementara tunggu result SPM keluar--

Geduk.

"Aip?" Aku memandang kearah tayar basikal selepas terasa seperti terlanggar sesuatu tadi.

Nampak.. kempis? Terus aku turun dari basikal untuk melihat keadaan tayar dengan lebih dekat.

"Laahai! Pancit lah pulak..." Aku menggaru kepala yang berbalut tudung bawal hitam tika ini.

Petanda hari buruk ke apa ni?

"Jadi, apa lagi. Selamat terbakar lemak² di perut ku.." Aku menepuk perut seketika sebelum mula menuntun basikal.

Nasiblah kena pergi kafe jalan kaki macam ni. Bila fikirkan balik, menyesal pula pakai hoodie hitam. Panas!

🎧

Ting! Ting!

Bunyi loceng halus menghiasi pendengaran setiap kali pintu masuk kafe ditolak. Ini menandakan bahawa terdapat pelanggan yang baru sahaja datang.

Klik! 4 Huruf untuk dia✨Where stories live. Discover now