Bab 35

8.5K 591 34
                                    

Twins pov

"Lepaskan kami!! "jerit Zender. Dia berusaha untuk membuka ikatan pada tangannya dan juga adiknya.

"hei budak! Kau jangan bising boleh tak? Bingit tau tak! " kata seorang lelaki yang berada di hadapan mereka

"Apa kau nak hah?! " jerit zender lagi

"Abang senyap lah" bisik zandra. Namun zender tidak mempedulikannya

"Aku nak ape?" lelaki itu ketawa sinis

"Macam syaiton " komen zandra perlahan sambil mencebik. Zender ketawa kecil melihat adiknya mencebik namun segera kembali membisu apabila lelaki tersebit menjeling tajam ke arahnya.

"Aku nak tengok daddy kau terseksa tengok kau dan kau terseksa" kata lelaki itu dengan sinis

"Kau sape nak seksa kitorang? " soal zender selamba

"Aku? "

"Kau" sampuk zender

Lelaki itu mencebik. Menjawab je kerja budak ni.

"Aku...De'Zack Arlando Pilardo" kata Lelaki itu dengan sinis

Zender membuat muka terkejut.

"Tak kenal" kata zender selamba

Zack memandang dua beradik itu dengan geram.

"Well dah lama tak jumpa"

"Well siapa nak jumpa kau? " balas zender

Zandra mengangguk mengiyakan kata-kata abangnya.

"Kau ni menjawab je kerja kan? " kata zack dengan geram

"Lah tak nampak eh mulut ni? Nak buat ape dengan mulut ni kalau bukan untuk menjawab? " kata zender. Sama je perangai dengan unclenya.

"kau ni...eii!Dah korang urus budak-budak ni" arah zack kepada orang-orangnya

Dua lelaki berbadan sasa membawa zandra dan zender dengan paksa ke dalam sebuah bilik kosong. Dua lelaki tadi membuka ikatan pada tangan zandra dan zender lalu keluar dan mengunci mereka di situ.

Zandra dan zender menutup hidung apabila bau busuk yang terhasil dari bilik itu masuk ke dalam hidung mereka. Bau darah!

Zender memandang sekeliling bilik itu. Terdapat banyak darah beku  di lantai dan di dinding.

"Eishh busuk betul bilik ni! " rungut zandra

"Harap daddy dan uncle dapat selamatkan kita secepat mungkin" kata Zender

"Macam mana daddy dan uncle nak cari kita? " soal zandra

"Uncle ian kan bijak. Of course dia tau macam mana nak cari kita"

Zandra mengangguk. Zender berdiam diri di sebelah adiknya.

***
Ian menguap beberapa kali, matanya terasa berat namun tugasnya untuk mencari zandra dan zender belum selesai. Yang lain sudahpun tertidur di sofa dengan pelbagai gaya.

"Awak"

Ian mengangkat kepalanya. Dia tersenyum melihat clara

"Tak tidur lagi? " soal clara sambil meletakkan kopi yang dibuatnya di meja

"Saya nak cari location zandra dan zender" balas ian sambil matanya tidak lari dari screen laptopnya.

"Ape diorang nak buat kat zandra dan zender? "

"Saya tak tau" kata ian

Clara berdiam diri.

"Awak tak tidur lagi ke? " soal ian pula

Clara mengeleng.

"Tak ngantuk, nak temankan awak" balas clara dengan senyuman.

Ian tersenyum. Tidak lama kemudian, kepala clara mendarat di bahunya.

"Hmm kata nak temankan aku" ian mengelengkan kepalanya lalu menyambung tugasnya.

***
Bunyi pintu yang ditolak kasar membuatkan zandra dan zender terjaga. Kelihatan zack masuk sambil membawa beberapa orangnya.

"Hey kids" kata zack dengan senyuman sinis

"Ready for game? "

Zender dan zandra memandang zack dengan muka blur.

"Urus budak-budak ni"

Dua orang lelaki mendekati Zandra dan zack lalu mengikat tangan mereka. Seorang lagi lelaki berada di hadapan mereka dengan camera di tangannya.

"Buat kerja korang " kata zack lalu keluar dari bilik itu.

Zack tersenyum sinis apabila mendengar jeritan dua beradik itu dari luar. Dia dapat membayangkan wajah chris apabila melihat rakaman yang akan dihantarkannya nanti.

***
Ian memegang membuka mata perlahan apabila cahaya matahari menyilau memasuki matanya. Dia melihat yang lain sudah pun bangun.

"Lambat bangun"

Ian menyandarkan badannya pada sofa. Penat!

"Aku nak cari location kembar tu semalam tapi tak sangka aku tertidur"

"So macam mana? " soal chris

"Sikit je lagi, bagilah aku rehat kejap" kata ian

Chris mengangguk. Yang lain sudah pun berada di dapur untuk menikmati sarapan.

"Aku nak naik atas dulu"

Chris mengangguk. Ian segera berlalu naik ke atas. Tidak lama kemudian ian turun lalu mendapatkan penghuni-penghuni di banglo itu yang berada di dapur. Ian segera duduk dan mengambil roti.

"Wei mata kau macam panda lah" tegur steven

"Ni namanya pengorbanan tau tak" balas ian

Suasaan menjadi sepi apabila iphone milik chris berbunyi. Chris mengambil iphonenya, dia melihat chat dari seseorang yang tidak dikenalinya. Orang itu menghantar sebuah video kepadanya. Chris dengan teragak-agak membuka video tersebut. Wajahnya bertukar dengan wajah marah. Dia menyerahkan iphonenya pada ian lalu berbisik

"Jangan bagi adelia tengok" kata chris dengan nada berbisik.

Ian mengangguk lalu segera melihat video tersebut. Wajahnya bertukar serius. Dia kemudian mengarahkan yang lain untuk ke ruang tamu. Dia sana mereka melihat video tersebut secara bergilir-gilir.

"Dia dah melampau! " jerit chris dengan geram.

Video itu mempamerkan rakaman zandra dan zender didera dengan kejam. Masing-masing diam setelah melihat rakamab tersebut, aura kejam menyelebungi diri mereka sekarang.

"Ian hack no tu" kata chris hanya mengangguk

Chris dari tadi mundar mandir sambil meraup wajahnya.

"Aku rasa dia dah buang phone dia sebab location akhir no ni kat tempat pembuangan sampah " kata ian

Chris mengangguk. Suasaan menjadi sepi seketika. Ian bermain dengan laptopnya.

"Yes! Aku dah jumpa! " jerit ian

Chris segera meluru ke arah ian, begitu juga yang lain.

"Ini location zandra dan zender. Gudang lama! " kata ian

"Aku nak semua bersiap, kita serang malam ni jugak! " kata chris dengan nada serius.

Ian dan yang lain mengangguk serentak. Kali ni tak ada satu pun tinggal.

♡♡♡♡

Huhu sorry kalau story ni makin hambar 😅 .... Tinggal beberapa bab lagi dan saya tamatkan story ni . Yeah! 🎉😂 .... Vote & Comment Ya!

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now