Bab 29

8.7K 559 10
                                    

Chris, Ian, walter dan Kevin sampai tidak jauh dari sebuah banglo dua tingkat. Ian bermain dengan laptopnya sekejap lalu menutupnya kembali.

"Walter dan kevin korang cari jalan masuk dari sana. Aku dengan ian akan masuk ikut belakang. " jelas Chris

Mereka mula bergerak mengikut rancangan mereka. Chris melihat pengawal yang berada di pagar depan. Dia dan ian berhati-hati menuju ke pagar belakang yang terbuka luas. Masuk sahaja di pagar itu, mereka akan terus menjumpai pintu dapur.

"Ian kau dah hack cctv kat sini kan? " ujar chris

Ian mengangguk. Chris membuka pintu dapur itu sedikit. Kelihatan dua orang pembantu rumah sedang sibuk menyiapkan makanan.

"Kau urus yang tu, aku urus yang tu"

"Aku nak yang cun! " rungut ian

"Ishh kau ni kan, cun tak cun, kita kena bagi diorang tu diam, baru boleh lepas,bodo!"

Ian mencebik. Chris mengarahkan ian untuk masuk serentak.

"Hmphhh"

"shhh" ian mengeluarkan pisau lipat . Serta merta satu garisan lurus yang agak panjang kelihatan pada leher pembantu itu.

"dah " ucap Ian sambil memandang ke arah chris yang juga sudah menyelesaikan tugasnya.

"yang kau bawa pisau lipat tu asal?"

"Lah ni je aku jumpa,entah siapa punya" balas ian selamba

"Pisau lipat ni... Adelia punya"
Bisik chris

Ian terlopong.

" Habislah kau"

Ian mencebik.

"So sekarang apa rancangan kau? "

Chris berbisik pada telinga ian. Ian hanya mengangguk tanda faham.

"Comfirm diorang tak cam punya. "

Chris hanya tersenyum sinis.

"Ada orang datang" chris terus menarik tangan adiknya bersembunyi .

Kelihatan dua orang anak buah Zack masuk ke dapur. Mereka kelihatan terkejut melihat dua pembantu rumah iyu terbaring di atas lantai dengan leher yang kelihatan garisan panjang.

"Kena beritahu bos ni! " baru sahaja mereka ingin beredar. Chris dan ian segera menekup mulut mereka.

"Hmpp! "

Dengan pantas ian membuat satu garisan agak panjang pada leher lelaki itu dan akhirnya dua lelaki itu terbaring di situ dengan tubuh yang sudah tidak bernyawa.

Ian dan chris meneruskan rancangan mereka. Mereka menarik dua lelaki itu lalu segera membuka baju mereka serta baju dua lelaki itu. Bukan nak rogol eh!

"Dah siap! " Ian memakai topi hitam begitu juga dengan abangnya. Mereka kemudian meninggalkan dua lelaki yang sudah tidak berpakaian itu.

"Sekarang kita kena naik atas"

Ian mengangguk. Baru sahaja di pertengahan jalan mereka ditahan oleh seorang lagi anak buah kepada Zack.

"Wei bos suruh hantar makanan kat bilik sana ,aku nak korang hantar makanan ni "  lelaki itu menghulurkan dulang tersebut kepada  ian.

Ian berdehem.

"Err... Bilik mana nak hantar" soal ian dengan suara yang berbeza, agak garau dari suara asalnya.

Chris sedikit terkejut mendengar suara ian. Dia berusaha menahan ketawa.

"Kau tak tau lagi ke? Kat hujung sana tu, bilik warna putih"

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now