Bab 22

9.1K 594 13
                                    

Ian menapak turun ke ruang tamu. Sunyi. Dia menuju pula ke luar banglo. Sunyi. Dia kemudian menuju ke kolam renang. Juga sunyi.

"Mana semua orang ni. Dahlah perut aku mengada nak lapar sekarang" dia mengusap perutnya yang dari tadi berbunyi meminta diisikan.

Tiba-tiba iphonenya berdering nyaring. Dia segera menyambut penggilan dari abang nya itu

"Wei korang kat mana ?"

"Wei sorry tak bagi tahu kau,kitorang tengah shopping dengan twins. Yang lain. Pun ikut jugak"

"Jalan tak ajak !" rungut ian

"Alah sorry lah,kau nak apa-apa tak?"

"Tak nak!" ian segera menamatkan panggilannya. Merajuk!

Dia segera menapak masuk semula ke dalam banglo yang sunyi itu. Dia menuju ke dapur dan membuka peti sejuk. Hanya ada beberapa kotak susu dan roti. Dia mengeluh perlahan. Dia kemudian membuka kabinet dapur. Maggie!!

Ian mengambil dua bungkus maggie.

"Kau lah penyelamat aku wahai maggi. Wahai perut nampaknya aku kena makan maggi je lah ."

Ian memulakan sesi memasaknya. Pembungkus maggie dibuka dengan kasar. Hampir terbang maggie tersebut dibuatnya. Dia kemudian memasukkan dua maggie tersebut ke dalam air yang panas.

Ian mengambil dua biji telur lalu dipecahkan dan dimasukkan ke dalam maggienya yang sedang dimasak.

"O.m.g!" ian terdiam seketika apabila kulit telur tersebut turut berada dalam magginya. Lantas ia mengambilnya .

"Teruklah kau ni ian ,masak pun kecoh,haish abang ni pun satu,rumah dahlah besar tapi pembantu rumah pun dia tak ambil,taulh dah ada isteri" rungutnya sendiri.

Beberapa minit kemudian magginya selesai dimasak. Dia menghidangkannya di meja. Dia mula menyuakan maggie tersebut ke dalam mulutnya. Baru beberapa suapan ,iphonenya berdering semula.

Dengan malasnya dia menyambut panggilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya.

"Hah kau nak apa lagi ? Aku tengah makan ni nak tunggu korang balik memang kebulur lah aku" ian terus membebel sebaik sahaja mengangkat panggilan tersebut

"Err...ian ?"

Ian terdiam seketika. Suapannya terhenti. Damn! Dia rindu suara ni! So much!!

Perlahan-lahan dia menarik iphonenya dari telinganya. Nama pemanggil dilihat . Clara! Dia terpaku seketika. Sekian lama gadis itu tidak muncul,dan hari ini gadis itu menghubunginya. Well miracle happen everyday!

"Ian?"

"Err ye saya?clara kan ?" soalnya meminta kepastikan

"Ye saya lah,clara. Tak kan dah lupa kot"

Ian ketawa kecil.

"Tak lah. Kenapa tiba-tiba telefon saya ni ?" soal ian.

"Errr...saya sebenarnya nak jemput awak ke parti..."

"Wahh parti ape? Parti birthday awak ke ?" sampuk ian

"Eh tak,parti Zack"

Ian terdiam. Leh ingatkan dah break!

"Ian?"

"Err ya?"

"Macam mana ? Awak free tak ? Zack suruh saya jemput awak dan abang awak sekali."

"Nanti saya tanya abang saya "

"Okay bye"

Sebaik sahaja panggilan dimatikan, ian berfikir seketika.

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now