Bab 14

9.2K 609 92
                                    

Chris memandang tajam ke arah lelaki yang agak lemah itu.

"Siapa kau sebenarnya?"

Lelaki itu tersenyum sinis. Bibir dah pecah pun nak senyum jugak ke?

"Aku? Alex Zenn"

Chris mengangkat sebelah keningnya.

"Alex Zenn ? Hodoh juga nama kau eh" kata Ian dengan selamba

"Kau jangan nak hina nama aku eh!"

"Suka hati aku lah! Nama kau Alex Zenn ? Macam mana kau ada nama buruk macam tu eh?tengok nama aku Chrislo Ian Emelio. Kau ada?" balas ian

Alex merengus geram.

"So kau Alex Zenn?Dari dark eagle?" soal chris tenang

Alex kelihatan agak terkejut.

"ma...macam..mana..kau tau?"

"Itu kau tak payah tau. Yang aku nak tau sekarang,siapa bos kau?"

Alex hanya berdiam diri.

"Asal kau tak nak bagitau aku?"

"Kau tak layak tau" katanya dengan nada sinis

"Hei!" Ian menolak kasar kepala Alex lalu mencangkung di hadapan Alex.

Rambut Alex ditarik ke belakang. Dia memandang tajam ke arah Alex.

"Yang kau setia sangat dengan bos kau tu nape?!kau ingat dia sayang kau ke?! Ni kau kena tangkap dengan kitorang pun dia ada cari kau? !Tak de kan? !So ape kata kau bagi tau siapa bos kau,lepastu biar kitorang bunuh dia" Ian melepaskan rambut alex dengan kasar

Alex tersenyum sinis.

"Nak bagi tau kau?memang tak ah!"

Ian merengus geram.

"Alah lek lah ian. Benda boleh cari sendiri buat ape nak tanya babi ni" kata Steven

Ian membuat roller eye lalu beredar.

"Kau tak nak bagi tau kan? Okay tak pe,Hazel!"

Seorang lelaki yang agak tinggi dengan badan yang berotot datang kepada chris. Chris memberi arahan kepada Hazel dan Hazel mengangguk. Dia menarik alex ke sebuah bilik. Yang lain mengikutinya dari belakang. Bilik itu kecil sahaja. Keadaan di dalamnya boleh dilihat di luar.

Selepas mengheret alex masuk ke dalam bilik tersebut. Hazel keluar lalu menguncinya. Chris menuju ke arah sebuah lubang kecil yang ada pada bilik terdebut lalu tersenyum sinis.

"Alex Zenn kau dengar sini. Bilik ni bilik khas untuk orang macam kau,tak lama lagi orang aku akan lepaskan beribu semut . Semut-semut tu akan gigit kau dan perlahan-lahan kau akan mati,faham?"

Wajah Alex berubah menjadi pucat. Dia memandang ke arah Chris dengan wajah meminta simpati.

"Semoga bergembira" kata Chris lalu mengarahkan orang-orangnya untuk melepaskan ribuan semut ke dalam bilik itu

"Tolong aku,aku akan beritahu korang,tolong lah..." rayu Alex

"Kau sepatutnya beritahu aku tadi,bukan sekarang.so,bye" kata Chris lalu beredar.

"Arghhh!!!" jeritan Alex kedengaran.

Ian tersenyum sinis.

'Baru kau tahu siapa abang aku'

30 minit kemudian. Suasana di markas itu berubah menjadi sunyi. Tidak ada lagi jeritan dari Alex. Steven,ian,walter dan Kelvin sudah pun terlelap.

"Hazel kau uruskan dia. Kev kejutkan diorang,aku balik dulu"

Mr. Mafia Love Story Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang