Bab 21

8.8K 541 33
                                    

Ian menyandarkan badannya pada kerusi nya. Fikirannya melayang ke arah kata-kata abangnya. Satu keluhan keluar dari mulutnya.

"Jaga Clara."

"What? Kenapa mesti jaga clara,dia kan boleh jaga diri sendiri" balas ian selamba

"Kau sayang clara tak?" soalan chris membuatkan ian terdiam seketika.

"Kau sayang clara tak?" chris mengulang semula soalannya

Ian mengeluh perlahan.

"Tak" balasnya . Pandangannya dilarikan daripada memandang abangnya. Dia berlagak tenang untuk menyembunyikan reaksi sebenarnya.

"Kau tak payah nak tipu aku lah,kau masih sayang dia kan?" chris berpeluk tubuh. Matanya tidak lari daripada memandang adiknya

"Tak."

"Tipu. Kau tipu aku,kau sebenarnya masih sayang dia kan?" soal Chris dengan tenang. Dia mengukir senyum nipis melihat wajah adiknya yang berubah tegang

"tak aku dah kata aku tak sayang dia!aku tak sayang dia !" Ian menghentakan tangannya pada kerusi.

"Kenapa kau nak marah? Aku just tanya kan? Kau sayang dia. And ya mulut kau boleh nafikan tapi hati kau tak"

"Aku tak sayang dia lah sial! Dia bukan siapa-siapa bagi aku! Even friend. Aku taknak kesah pasal dia lagi!" ian segera berdiri ingin beredar.

"Kau fikir balik. Sekarang clara ada dengan zack. Macam-macam boleh jadi dekat dia . Aku pasti zack akan gunakan clara untuk dapatkan kita. So aku harap kau fikir balik."

Kata-kata chris membuatkan ian berhenti melangkah. Dia menundukkan wajahnya. Tidak dinafikan yang dia masih sayang gadis itu. Dia mengeluh perlahan,wajahnya dipalingkan memandang abangnya.

"Kau nak aku buat apa?"

"Jauhkan clara dari zack"

Tok!tok!

Ian tersentak. Dia mengeleng perlahan. Wajahnya diraup.

"Masuk!"

Kelihatan PAnya menuju ke arahnya sambil memengang sebuah fail.

"Encik ni laporan yang encik minta hari tu"

Ian mengangguk. Sebaik sahaja PA nya keluar dia kemudian menyelak fail tersebut. Selesai melihat setiap helaian fail tersebut. Dia menyandarkan semula badannya pada kerusi. Matanya ditutup sesaat.

'Clara. Ya aku.mesti jumpa clara'

Ian segera berdiri. Mejanya dikemas lalu segera keluar dari pejabatnya.

***

"Aku nak korang dapatkan dua beradik tu!!" jeritan Zack bergema di segenap penjuru banglo itu

"Bos saya ada cadangan supaya bos boleh dapatkan lelaki tu"

Zack memandang Gab. Gab berbisik pada telinga zack.

"What?! Hell no!!kenapa kena guna perempuan tu?" wajah zack jelas keliahatan tegang

"Perempuan tu kan tak penting. Bos ada yang lagi cantik dari perempuan tu,asal tak guna je dia?"

Zack berdiam seketika. Dia memandang Gab lalu mengangguk.

"So apa rancangan kau lepas ni?" soal zack.

Gab berbisik pada telinga zack. Zack tersenyum sinis. Nampaknya dia perlu mengorbankan seseorang untuk mendapatkan musuhnya.

****

Ian memecut laju menuju ke arah sekolah zandra dan zender. Telefonnya diambil lalu menghubungi abangnya . Tangan kanannya mengawal stereng kereta manakala tangan kirinya memegang iphone. Sangat tak mementingkan keselamatan!

"Kau nak ape?"

" hari ni aku ambil zandra dengan zender. Kau tak yah susah-susah ambil. Okay bye"

Ian menyimpan semula iphonenya.
Ian kemudian laju ke arah sekolah zandra dan zender. Sampai sahaja di perkarangan sekolah,dia segera turun lalu mendapatkan zandra dan zender

"Uncle ian!!" zandra dan zender berlari menuju ke arah ian

"Uncle ke yang ambil kitorang?" soal Zender

Ian mengangguk. Kembar itu bersorak gembira.

"Err...Teacher Clara ada tak ?" soal ian kepada kembar itu

Kembar itu mengeleng serentak. Ian mengeluh perlahan.

"why uncle ?"

Ian mengukir senyum nipis.

"nothing. " ian memimpin tangan zender dan zandra menuju ke arah keretanya.

'tak pe ian,lain kali boleh jumpa' kata ian dalam hati.

***

"Hai sayang" Zack mendapatkan clara

Clara mengukir senyum manis. Lengan zack dipeluk kemas.

"Kita nak pergi mana ?" soal clara

"Makan jom "

Clara mengangguk comel. Zack mengusap kepala clara sambil mengukir senyum.

Mereka menuju ke arah sebuah restoran. Zack menarik kerusi untuk clara. Clara mengukir senyum bahagia. Setelah mengambil order, zack memulakan perbicaraannya.

"Awak"

Clara mengangkat kepala memandang ke arah Zack.

"Kenapa ?" soalnya

"minggu depan saya nak buat parti ,so saya nak awak jemput kawan-kawan awak sekali.terutamanya... Ian dan abang dia,bolehkan ?" zack memandang ke arah clara dengan penuh harapan

Clara terdiam apabila zack menyebut nama ian.

"Err.. Bukan awak tak suka ian ke ? Saya rasa tak payah kot jemput "

Zack mengusap belakang lehernya. Otaknya ligat mencari alasan.

"Err... Itu dulu. Diakan kawan awak juga "

Clara memandang ke arah zack sekejap lalu mengangguk.

"Nanti saya cuba tanya dia"

Zack mengukir senyum lalu mengangguk.

'plan A done!'

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now