Bab 1

37.7K 1.1K 41
                                    

Ian menapak masuk ke pejabat Chris.Baru sahaja pintu pejabat itu dibuka, sebatang pen selamat mendarat di dahinya.

Siapalah yang bagi aku surprise ni?! 😑- Ian

Ian memandang Chris yang sedang memicit kepalanya.

"Kenapa Zandra dan Zender kat sini? Adelia mana? " tanya Ian sambil duduk di atas meja Chris

"Adelia kat rumah. Ni budak-budak ni beria-ria nak ikut. Pening lah kepala nak jaga diorang ni"

"Sabar je lah, biar aku urus diorang".

Chris mengangguk.

"Hey kids! nak ikut uncle tak? " tanya Ian Kepada Zandra dan Zender

"Nak! Uncle nak pergi mana? "

"Jalan-jalan"

"Yeah! Uncle i want Icecream! "
Kata Zandra keriangan.

"Okay, but Zandra dan Zender kena kemas tempat ni dulu"

"Nak aiskrim" rengek Zandra

"Kemas tempat ni dulu. Korang kan yang sepahkan"

Zandra dan Zender memuncungkan bibirnya.

"10 minutes kids"

Zandra dan Zender segera mengemas tempat tersebut.

"Thanks bro"

Ian mengangguk. Setelah 10 minit berlalu, Zandra dan Zender selesai mengemas tempat yang disepahkan oleh mereka.

"Aiskrim! "

"Okay jom! " Ian memegang Zender di sebelah kirinya manakala Zandra di sebelah kanannya.

"bye daddy! " laung Zandra dan Zender serentak.

"Bye kids" balas Chris.

Ian membawa kembar tersebut ke arah keretanya .

"I want sit here! " rungut Zender

"No! Abang dulu lah! "

"Uncle tengok abang ni! Zandra nak duduk depan! "

Ian mengeluh kecil melihat perangai anak buahnya.

"Dua-dua duduk belakang."

Zender dan Zandra memuncungkan mulut sambil masuk ke tempat duduk belakang. Masing-masing mendiamkan diri.

Selepas sahaja Ian membelikan Zender dan Zandra aiskrim dia membawa mereka ke taman.

"uncle cute kan itik tu" Zandra menunjuk ke arah sepasang Itik yang sedang berenang di sebuah kolam.

"Yup! "

"Zandra pun nak bela itik" kata Zandra

"Kalau Zandra bela, Zandra nak letak mana? "

"Kolam belakang rumah"

ian menepuk dahi.

"Itu kolam renang lah sayang"

Zandra meng'o'kan. Zender pula hanya diam sambil menghabiskan aiskrimnya yang semakin cair.

"Hai Teacher! " Zandra melambaikan tangannya ke arah seorang perempuan .

Dia bangun dari riba Ian lalu berlari mendapatkan perempuan tersebut. Zandra kemudian menarik tangan perempuan tersebut menuju ke arah Ian dan Zender

"Hai Zender"

"Hai Teacher. "

"Teacher, this is my uncle "

Ian hanya tersenyum.

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now