BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!

Start from the beginning
                                    

          Adila tersengih lagi.

          "Ya, saya faham.  Pada saya, cintai diri sendiri dahulu sebelum cintai orang lain... Bak kata orang, kerana diri kita ni begitu berharga.  Hehehe... Terima kasih Aisyah." Adila tepuk perlahan bahu Aisyah itu.

          Mereka berdua berbalas senyuman.  Tidak lama kemudian, husband Aisyah datang.  Aisyah melambaikan tangannya kepada Adila.

          "Jumpa esok," laung Aisyah yang sudah duduk di tempat penumpang tu.

          Adila turut melambaikan tangannya.

          "Okey." Selepas melihat kereta Myvi tu berlalu pergi.  Kereta Vios berhenti di hadapan Adila.  Apabila sudah memastikan nombor plate tu sama dengan di screen handphone miliknya itu, barulah Adila buka pintu dan duduk di tempat duduk belakang.

          Adila menyandar sambil memerhatikan di luar sana.  Letih dan mengantuk.  Lebih kurang 30 minit kemudian, kereta Vios tu berhenti di luar pagar.  Pemandu tersebut menoleh ke belakang.

          "Adik tinggal kat sini ke?" tanya pemandu tersebut kepada Adila.

          Adila terhenti daripada mengambil dompetnya.  Dia mendongak dan tengok pak cik di hadapannya tu.

          "Ini kawasan rumah orang-orang berada..." tambah pak cik tu lagi sambil melihat sekeliling.

          Adila tayang gigi.

          "Saya kerja je pak cik kat banglo ni.  Orang gaji, tukang sapu dan cuci piring..," selorah Adila sambil tersengih-sengih.

          Pak cik tu tengok Adila.  Barangkali tidak percaya dengan kata-katanya tu!

          Tanpa berlengah-lengah lagi, Adila hulurkan duit tambang lalu keluar dari kereta Vios tu.  Pak cik tu turut tersengih dan sempat lagi memesan agar review perkhidmatannya dan bagi full star.  Adila tersengih.  Luculah pak cik ni!

          Adila memerhatikan kereta Vios tu berlalu pergi.  Dia mengeluh halus...


          'Susah nak jumpa dengan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita' 


          Teringatkan kata-kata Aisyah tadi tu.

          Adila teringatkan memori zaman sekolah menengahnya.  Dia ada ramai kawan.  Semua suka berkawan dengannya sehinggakan... 

          Satu hari, dia terdengar kata-kata yang membuatkannya give-up nak rapat dengan orang lain lagi.


'Kau ingat aku nak sangat berkawan dengan Adila tu? Kalau dia bukan daripada keluarga orang kaya, jangan harap aku nak berkawan dengan dia!'


          Semenjak itu, dia menjauhkan diri dan lebih suka bersendiri saja.  Tidak kisah dikata sombong.  Baginya, dia tidak perlukan kawan yang hipokrit dan bermuka-muka.  Dia masih ada Leha dan Sofea.  Sahabat karibnya itu sejak kecil lagi!

          Semasa dia memohon kerja di cafe hari tu.  Dia cuma beritahu, dia pelajar university yang perlukan duit serta pengalaman kerja.  Itu saja.  Lebih baik begitu daripada orang cuba dekat dengan dia tapi punya niat yang lain pula.  Betullah kata-kata Aisyah tu.  Sokong sangat-sangat!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now