ADVENTURE BEGINS: BAB 10

Start from the beginning
                                    

"1000 meter."

Farah Yasmine memandang Ilyana Zhamuri yang berada di sebelahnya. Mereka saling memandang lalu mengangguk. Tangan dipegang erat. Zafina Shahirah memegang tangan kanan Ilyana Zhamuri. Aliya Syakira memegang gadis itu lalu bersambung dengan Alif Najmi. Lelaki itu mengubah posisi ke sebelah kekasihnya tanpa melepaskan tangannya. Danial Nabil memegang tangan kiri Farah Yasmine dan tangan kanan Isma Fatieha. Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan segelung bulatan manusia yang berterbangan.

"500 meter."

"400 meter."

"300 meter."

"200 meter."

"100 meter!"

Lantas, mereka melepaskan tangan lalu menarik tali pada beg parachute masing-masing. Sayap dikembangkan. Aliya Syakira tidak habis-habis lagi dengan tawa seronoknya.

"Yeay! Seronoknya!" ujar Aliya Syakira tertawa.

Akhirnya, mereka mendarat di atas rumput berhampiran rumah api di tanjung itu. Beg parachute dilepaskan begitu sahaja.

"Kita dah sampai," kata Ilyana Zhamuri.

"Sekarang, kita gerak ke LA," kata Danial Nabil dengan nada dingin.

"Okey."

"Kita nak ke sana dengan apa?" tanya Isma Fatieha kebuntuan.

Alif off
Farid off
Musang on
Hoshiko on
Najmi off

Sebuah trak berjenama Cadillac yang terletak di tepi jalan, dihampiri Alif Najmi. Mereka yang lain memerhatikan lelaki itu. Cermin pintu dipecahkan dengan siku sahaja.

Padahal, rifle AK-47 yang disandangnya lebih memudahkan. Ada perahu, hendak berenang. Ada tangga, panjat tiang.

Alif Najmi menaiki SUV itu lalu menghidupkan enjin dengan wayar sahaja.

Vroom! Vroom!

"Dengan tu," kata Farah Yasmine menjawab persoalan Isma Fatieha.

Segera, mereka berlima menaiki SUV yang dicuri itu.

"Cepat! Cepat! Cepat!" arah Zafina Shahirah yang terduduk di sebelah Alif Najmi.

Alif Najmi terus menekan pendikit lalu memecut pergi dari situ. Lagu rap 'Drive It Like I Stole It' dari radio, merancakkan lagi semangat Alif Najmi untuk memandu lebih laju. Tong sampah, kotak peti surat dan tiang lampu dilanggar habis oleh lelaki gila itu.

"Woi, bawa elok-eloklah!" kata Farah Yasmine yang duduk di belakang Alif Najmi.

"Kau nak tarik perhatian polis ke?" tegur Zafina Shahirah melihat gaya pemanduan Alif Najmi.

"Abang!" jerit Isma Fatieha yang duduk di kusyen belakang.

"Wah, best macam rollercoaster!" kata Aliya Syakira dengan teruja di sebelah Farah Yasmine.

Danial Nabil hanya berdiam sahaja di kusyen belakang sekali. Kakinya yang luka akibat digigit zombi tempoh hari, terasa berdenyut kuat. Entah apa yang dirasanya, geli ataupun sakit.

Bam! Tong sampah dilanggar SUV itu.

"Abang!" jerit Isma Fatieha di sebelah Danial Nabil.

Danial Nabil merenung tajam ke arah Isma Fatieha, mahu sahaja dia membunuh pembunuh bersiri itu. Akibat merenung terlalu lama, Isma Fatieha tertarik pandangan ke wajah lelaki sasa itu. Wanita itu terpana dan hilang kata. Tiada lagi jeritan.

All-InWhere stories live. Discover now