>26<

306 41 24
                                    

-Yaerin pov-

"Semua dah kemas ke? dah tak ada barang yang tertinggal?" tanya aku pada Haera. Dia membuat gaya berfikir.

"Ada"

"Apa dia. Ish kau ni kan asyik tertinggal barang je tau." bebel aku pada dia. Dia pula hanya gelak.

"Risaunya kau. Rilek lah aku dah kemas semua barang aku. Dah tak ada apa yang tertinggal dah kecuali cincin aku. Sebab aku baling dekat muka Taehyung. Huhu." kata Haera dan sempat lagi dia bergurau even benda tu agak menyakitkan. Aku menepuk bahu dia. DDia hanya memberikan aku sign okay.

"Meh sini beg-beg kau. Aku letak dekat bonet." kata Jimin. Dia menarik dua beg bagasi milik Haera.

"Tiket ada tak? kang dah sampai aiport tertinggal pula. Passport semua dah ada?" soal Yoongi pula. Haera mengeluh.

"Jangan risaulah. Semua dah ada okay. Aku tak lupa." kata Haera cuba menenangkan kami semua. Dia menggeleng melihat kekalutan kita orang.

"Weh. Betul ke keputusan kau ni. Dah fikir habis ke? Tak nak ubah ke?" tanya aku. Aku tak nak dia pergi. Jebal. Jebal ubah keputusan kau.

"Yaerin. Aku dah fikir habis dah weh. Dah hangus and garing dah. Aku yakin ni je keputusan yang terbaik dengan aku. Kalau aku stay sini aku risau aku terluka lagi sekali. I need time to heal. Aku tahu kau risau tapi please. Aku tahu jaga diri aku. Kau jangan risau lah eh. Aku bukannya pergi mana pun. Aku balik rumah kot. Mama, mummy Han semua ada. Boleh tengokkan aku.Haih kau ni." kata Haera cuba menyakinkan aku.

Dia memegang tangan aku. Dapat aku rasakan tangannya hangat sekarang ni. Dia memberikan aku senyumannya bagi menyakinkan aku.

"Haihh okay fine. Jaga diri kau elok-elok." kata aku. Tubuhku rasa dipeluk. Dia menepuk-nepuk belakang aku.

Eyy dia ni kan suka buat aku nak nangis.

"Jom nanti terlepas flight" kata Yoongi. Haera meleraikan pelukan kami.

"Kaja" dia menarik tangan aku serta tangan Jungkook.

🌹🌹🌹🌹

Sampai sahaja di airport, aku mula rasa sebak. Tolonglah aku benci perasaan ni. Aku nak nampak happy untuk Haera.

"Kita makan dulu boleh. Aku dengan Jimin tak makan lagi." kata Yoongi sambil menarik beg Haera.

"Okay. Aku pun lapar balik ni hehe." kata Haera. Terus dia jalan menuju restoran yang ditunjuk Yoongi tadi.

"Kook. Kau okay tak ni." tanya Jimi pada Jungkook yang dari tadi menyepi.

"Tipu lah kalau aku cakap aku okay Jimin. Aku tak ready nak lepaskan noona pergi even dia just balik tempat asal dia. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia." jelas Jungkook. Dia hanya menunduk.

Aku faham Kook. Aku pun tak sanggup nak berjauhan dengan dia.

"Kook.. janganlah macam ni. Haera tengok nanti mesti dia rasa serba salah. Biarlah dia tenangkan diri dia. Biarlah dia lupakan apa yang dah berlaku. Aku yakin dia masih tak boleh lupakan pasal hal tu. Kau mesti nak tengok dia happykan, nak tengok Haera yang happy go lucky, yang savage tak kenang tempat, yang gila-gilakan, yang manjakan."

Jungkook mengangguk dengan kata Jimin tadi. Mata dia yang bertakung dia cuba tahan.

"Jadi biarlah dia pergi. Biarlah dia buat apa yang patut untuk dia nae. Kau tak nampak muka happy dia tu. Aku tahu tu semua dia buat-buat sebab apa. Sebab dia tak nak kita semua sedih Kook. Dia pun sedih nak tinggalkan kita tapi dia tak nak tunjuk. Dia nak Nampak happy untuk kita semua sebelum dia pergi. Jadi kita kena buat macam tu juga. Boleh Kook. Aku tahu kau boleh." kata Jimin. Dia mengesat air mata Jungkook.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now