Part 23

2.8K 388 28
                                    

Petang Rabu itu Nain ambil keputusan untuk balik ke rumah Mariam selepas mencecah landasan. Dia cuma menghantar pesan memberitahu dia akan sampai dalam jam lapan malam.

+ Berhenti solat dulu dekat mana-mana ya Nain. Sempat mama masak makanan favorite Nain dulu

Tidak membalas mesej itu, telefon terus dicampak ke kerusi sebelah. Solat dulu? Yang mama cakapkan itu Maghrib. Asarnya tadi ke mana?

Sekilas teringat Kinah yang bertanya dia sudah solat atau belum kali terakhir dia mengganggu tempoh hari. 

Key.

The arrogant key.

Nain tak mencari, jangan mimpi Kinah nak menghubungi. 

Dua minggu kebelakangan ini, setiap masa Nain rasakan ada api kecil menunggu masa untuk dicurahkan minyak tanah di dalam hati.  Bengang. Sakit hati dengan layanan Kinah yang membuatkan Nain kelihatan terhegeh-hegeh.

Kinah ingat dia cantik sangat sampaikan Nain terbayang-bayang? Adalah sekali dua Nain terbayang semasa dia melihat gumpalan awan di atas langit sana. Tapi itu saja! Tak lebih, tak kurang!

Tiba-tiba telefon Nain berbunyi lagi. Ada mesej baru masuk. Janganlah Nadia ataupun Riana. Dari sebelum flight lagi dia sudah menolak ajakan mereka untuk keluar bersuka ria malam ini.  Kebelakangan ini Nain sendiri tak tahu kenapa begitu mudah dia menolak ajakan flight crew yang dulu menjadi teman hiburan di masa senggangnya.

Semua hiburan sekarang tidak lagi mengujakan seperti dulu. Bila dipaksa juga diri untuk turut serta, Nain merasakan payah untuk dia mencari kepuasan seperti dulu. Yang dia rasa cuma rimas. Rimas dan lemas. Lunak bagaimana pun suara Riana menyanyikan lagu Pencuri Hati semasa berkaraoke, tetap tak dapat memadamkan rasa nak marah di hati Nain.

Banyak kali juga Nain ditegur tentang wajahnya yang nampak cemberut tak mengira masa. Tak boleh diajak bergurau. Bila berbual pun, Nain seperti berada di tempat lain. Tidak ikhlas memasang telinga.

Kenapa semua ini berlaku?

Berkali-kali Nain cuba ajar diri untuk bertenang. Dia mahu kembali seperti Nain yang dulu. Sepatutnya lebih gembira dari Nain yang dulu kerana sekarang dia sudah berbaik dengan Mariam. Dia tidak lagi serabut memikirkan masalahnya dengan si ibu. Tapi kenapa selepas selesai perkara itu, hidup dirasakan makin tidak tenteram? Makin tidak keruan. Makin terganggu.

"Ya ... baru saja menghiburkan anda, Saat Lafaz Sakinah nyanyian Far East. Kumpulan nasyid yang ...."

Nain kerling radio.

Siaran apa ni? Ada pula lagu yang tajuknya mengabadikan nama Kinah?

"Sakinah. Kita sering dengar dalam bacaan doa juga ucapan untuk pengantin baru." 

Nain menaikkan volume untuk mendengar lebih jelas.

"Sakinah Mawaddah wa Rahmah. Dalam surah Ar-Rum ayat ke 20, ada menyebut tentang tiga perkara ni. Sakinah, ketenangan dan kedamaian. Mawaddah, cinta ataupun harapan. Rahmah, kasih sayang."

Maksud namanya pun tenang. Jadi tak hairanlah mengapa Kinah selalu nampak tenang dan terkawal. Muka kering tak ada perasan. Padan dengan maksud namanya.

"Ringkasnya, ini adalah ucapan yang mendoakan kebahagiaan keluarga di dunia dan di akhirat.  Untuk pasangan pengantin baru di luar sana, semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan diberi rezeki berpanjangan. Fokus pada membina keluarga yang dirahmati."

Nain mengangguk kecil. Tanpa sedar ikut memberi perhatian pada nasihat juruhebah radio.

"Jangan pula sibuk nak membanding. Rezeki setiap pasangan itu berbeza. Ujian yang kita dapat semuanya tak sama. Kerana hati manusia yang menilai bahagia, semuanya tak sama. Ada yang gembira berzuriat ramai walaupun kewangan ala kadar. Ada yang rezekinya hidup senang, bercuti sana sini, berulang kali buat Umrah, tapi kita tak tahu di sebalik semua tu, ada kesedihan lain yang terpaksa mereka pendam. Pokok pangkalnya, jalan takdir hidup setiap manusia ni berbeza."

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now