Part 10

3K 364 53
                                    

Sesekali Kinah mengibas hujung tudung untuk memberi laluan angin masuk ke dalam. Panas!

Sudah sejam lebih dia duduk bergoyang kaki di belakang van yang dibuka luas bonet. Tadi diberi semangkuk ABC oleh Mak Pin. Kemudian disua pula laksa oleh Pak Junus. Kenyang, tapi hati masih juga tak senang. Macam mana nak senang kalau van masih tak boleh hidup enjinnya!

"Jual aje van tu Kinah. Banyak lagi van terpakai lain yang murah-murah. Pak Junus pun boleh tolong carikan kalau mak Kinah nak beli." Beria-ia Mak Pin mengempen. Kasihan melihat keluarga Kinah yang ke sana sini menggunakan van buruk itu untuk mengangkut barang jualan.

"Van ni okay lagi Mak Pin. Sekali sekala je meragam." Dalam senyum Kinah menepis. Tidak terasa. Tahu mereka semua berniat baik. Cuma itu lah. Van ini dulu dibeli oleh arwah ayahnya. Tak perlu disuarakan pun, Kinah tahu emaknya akan mengikat van itu sampai tercabut nyawa dari jasad. Walau buruk, nilai sentimentalnya mungkin lebih tinggi dari harga jongkong emas semasa.

"Lain kali naik motor kalau nak ke atas ni. Atau Pak Junus aje yang ambil di kedai. Tak payah susah-susah berhantar."

Kinah cuma mengulum senyum. Ada batasnya juga bila membalas. Kalau terlalu kerap berbalas lempar, bimbang ada yang tersentuh. Bila berhadapan dengan orang tua yang suka menjadikan leteran sebagai nasihat, diam sebenarnya adalah pilihan terbaik.

Bunyi deruman kereta mengalihkan perhatian mereka. Beberapa remaja yang memang suka datang bersidai makan di situ tidak mengira waktu juga ikut sama memandang. 

Vellfire hitam yang dinaiki Nain dan teman-temannya berhenti di sebelah van Kinah. Keluar empat orang wanita dari bahagian tempat duduk belakang. Sebuah lagi kereta membawa empat lelaki. Termasuk Nain dan pemandu MPV itu, jumlah kesemuanya adalah 10 orang. 

Kinah masih pegun di tempatnya. Malas-malas mengubah cara duduk. Naik kaki bersila dengan belakang disandarkan ke dinding van. Tidak mahu berlama memandang. Malas mahu berbalas pandang dengan Nain. Tapi dah semestinya jika lelaki itu bernama Zul Qarnain, Kinah tidak akan mampu mengelakkan diri.

"Ambil angin?" Dengan penuh maco Nain datang menyapa. Cermin mata hitam yang menjadi trademark disangkutkan ke kolar baju.

"You bercakap dengan siapa?" Tiba-tiba datang seorang dari empat wanita tadi menjenguk dari belakang Nain.

"My friend."

"Friend?" Mata teman Nain itu sedikit membulat.

"Rania, this is Key." Terus Nain memperkenalkan dua wanita itu. "Key, meet  my friend, Rania."

Tawar senyum yang Kinah hulurkan untuk teman Nain. Bukan hendak menunjuk rasa. Tapi nama yang diperkenalkan Nain untuk Kinah itu membuatkan mood Kinah jatuh. Betapa dia tidak gemar dengan nama itu, tapi Nain tetap sesuka hati membuat keputusan sendiri!

"I tak tahu Nain ada kawan dekat sini. You ke yang suggest tempat ni?" Rania menghulur tangan untuk berjabat tangan. Rambut separas bahunya teroleng sekata dengan pergerakannya.

"It's not her, love ... it's someone else."

Kembang tekak Kinah mendengar endearment yang Nain berikan untuk Rania. Love?  Dia tahu itu bukan tanda mereka sedang bercinta. Lebih kepada satu panggilan manja yang mengeratkan hubungan. Tapi di kepala 'melayu'nya, semua itu kelihatan sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan di kawasan kampung begitu.

"Oh sorry. I thought it's her. I join diorang dulu. You sembanglah dengan Key. Nak I order kan apa-apa?"

"You go first. I order sendiri nanti."

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now