Prolog

8K 419 63
                                    

** Saya up semula cerita ni untuk diulang baca. Masih sama, tak ada pertambahan di mana2. 

.

Keluar dari kereta, Nain terus ternampak Qairie sedang duduk santai di luar rumah. Menghirup air sambil membaca entah apa dalam tablet di tangan.

"Assalamualaikum." Nain menjadi yang pertama memberi salam. Senyum sudah sedia terukir di bibir bila Qairie menoleh ke arahnya.

"Waalaikummussalam." Cawan kopi diletakkan kembali ke meja. Tablet menyusul kemudian.

Qairie bangun menuju ke arah Nain. Mereka bertemu separuh jalan. Terus bersalam.

"Fly mana pula?"

"Jogja." Nain ketawa sendiri dengan cara sebutannya. Dia berpatah semula ke kereta untuk mengambil sesuatu dari seat sebelah pemandu. Plush toy gajah.

"Mel ada kan?" Teringat pada anak saudaranya yang baru saja masuk 3 tahun tu, Nain jadi excited. Tak sabar nak dukung dan lambung si kecil Mel. Adiknya Amsyar baru menjejak empat bulan. Tak ada pasal nanti Nain bermandi jeluak pula kalau dilambung adik Mel yang itu.

"Beli lagi?" Qairie dah menggeleng. Rasanya ini plush toy yang keempat Nain beli untuk anak pertamanya itu. Mel pun sekarang dah terbiasa. Bila jumpa Abah Ngah saja, laju meminta patung permainan.

"Yang guna sekarang tu dah lunyai kan? Ni yang baru, sedap sikit Mel nak buat tidur." Selamba Nain membalas. Pura-pura tak faham si abang tak gemar Nain terlalu memanjakan Mel. 

Qairie menarik muka. Entah sejak bila Melissa jadi terbiasa tidur berbantalkan plush toy gajah pemberian Nain. Kepala beralas perut si gajah, tangan memeluk kaki patung. Pergi bercuti ke mana-mana pun, patung itu wajib dibawa. Kalau tidak, semalaman dia terpaksa membiarkan Mel tidur berkepit di celah lengannya.

"Abah Ngah!!!" Baru saja sebut, suara Mel sudah bergema dari dalam rumah. Tuan empunya masih tak terlihat, tapi jeritannya boleh terdengar sampai ke luar.

"My sweet pea!!!" Nain ikut sama menggunakan nada yang sama sebaik saja ternampak Mel keluar dari pintu gelangsar. Terus dia menghulurkan tangan untuk menyambut peluru kecil yang sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan cahaya itu.

Sebaik saja tangan kemas memegang tubuh Mel, terus Nain melambung si kecil tinggi ke udara. Mengekek Mel terjerit ketawa. Seronok benar. Abah Ngah saja yang suka bermain dan melayan semua kehendaknya. Kalau Abah Ngah balik ke rumah Tok Ma, dari bangun pagi sampai tidur malam Mel akan mengekor Abah Ngah.

"Jangan menjerit lah. Adik tidur dekat depan tu." Wajah Saila terjengul keluar dari dalam rumah sebelum menghilang. 

Qairie memandang tanpa reaksi. Tak terlibat dengan ulah Nain dan Mel. 

"Shh ... adik tidur." Nain dan Mel sudah berbisik berdua. Walaupun faham dengan teguran Saila, itu tidak menghalang mereka untuk bermain dalam diam.

"Nah, abah ngah belikan lagi baby elephant. Mel kena cakap apa?" Nain menyua pipi. Bersedia menerima ciuman terima kasih.

"Time ashih... mmmuaahhh!" Bibirnya singgah sekejap saba, tapi bunyi yang keluar panjang meleret di hujung. Cium cuma dengan bunyi.  

Nain ketawa senang. Dia menggomol geram pipi Mel sampaikan Mel kembali mengekek ketawa. 

"Adik tidur tu kakak." Kali ini Qairie pula yang mengingatkan mereka untuk memperlahankan suara.

"Babah." Tanpa isyarat Mel melunjurkan badan ke arah Qairie. 

Pantas Qairie menyambut. Nain ikut menyenget untuk menahan tubuh kecil itu dari terjatuh ke bawah. Nasib baik dia pun dah terbiasa dengan tingkah Mel yang terlalu percaya akan ada orang bersedia menyambut setiap kali mahu berpindah dukung.

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now