Part 17

4.4K 351 87
                                    

Berhenti di kotak parking, Nain ambil masa berdiam di dalam kereta. Tenangkan diri. Sekejap dia bersandar mendongak kepala, sekejap dia menoleh melihat pemandangan luar.

Qairie.

Mama.

Masuk dan berjumpa mereka yang sudah bertahun tidak pernah ditatap tepat di mata, riak bagaimana yang hendak dia lukiskan di wajah?

Sejak bila Nain jadi terbiasa memandang mereka seperti orang asing? Adakah seminggu selepas dia ditinggalkan bersama papa? Atau selepas hakikat dia ditolak ke tepi mula menyerap masuk ke dalam kepala? 

Lucu bila diingatkan semasa kecil dahulu setiap kali dia bercuti di rumah ibu sendiri, ada gugup akan menyusup ke hati. Takut memikirkan kalau-kalau sikapnya akan membuatkan Mariam tidak suka dan memandang dia pelik. 

Bila Nain boleh duduk dengan mama?

Soalan yang berulang kali ditanya itu pun akhirnya kering di lidah. Tidak lagi mampu disoal selepas setiap janji terbiar sepi. 

Nain sedar diri. Dia tahu dia sendiri yang sebenarnya suka menimbulkan masalah. Tapi Nain tak mahu mengalah. Tak akan mengaku salah. Kalau mereka tak mahu faham, kenapa Nain pula yang perlu mengerah tenaga semata untuk membuat mereka gembira? Mariam yang mula membuka buku hutang dengan Nain. Jadi  Nain punya hak untuk mencuri semula semua perhatian yang dulu sepatutnya diberikan pada dia. 

Nain punya hak.

Sebagai anak yang lahir dari rahim Mariam, Nain punya hak! Bukan Qairie seorang saja anak kandung Mariam!

Lama kaku dengan dahi tertampan di stereng kereta, mata Nain melirik melihat telefon yang masih tegak di holder.

Kinah benar-benar keras hati.

Langsung tak ada mesej atau panggilan susulan selepas Nain dengan sengaja menamatkan perbualan mereka dengan ugutan.

"Apa kau expect Nain ..." Sekarang Nain dah pandai bercakap dengan diri sendiri. Petanda tak waras. Terus dia ketawa tergeleng. Lucu pula bila diimbas semula apa yang dibuat selepas tahu tentang keadaan ibunya tadi.

Telefon Kinah?

Untuk apa?

Mengadu?

Minta dimanja?

Jemari Nain mengerekot cuba mencengkam angin. Hasilnya kosong. Yang cuma mampu dicengkam adalah stereng kereta.

Memalukan! Dia tak pernah perlukan sesiapa. Hidupnya selama ini aman saja tanpa manusia seperti Kinah yang berani melawan mentah Nain tanpa rasa takut. Kenapa sekarang dia perlu mengendeng dan berharap seolah-olah dia tak boleh hidup kalau Kinah tak ada? 

Keluar dari kereta, muka Nain masih ketat berkerut. Pintu dihempas kuat. Tekanan emosi yang hari ini terlepas keluar membuatkan imej dirinya sedikit berantakan. Tidak dapat diatur sesempurna selalu.

Beberapa langkah menjauh dari kereta, Nain membelok masuk ke laluan susur gajah yang membawa terus ke pintu masuk hospital. Dari tunduk melihat bumi, dia mengangkat kepala dan meluruskan bahu. Bersedia untuk menghadapi apa saja yang sedang menunggunya sebentar lagi. Pandang ke hadapan dan ....

dan ...

dan hayunan kakinya terhenti.

Beberapa meter di hadapan, tepat di pertemuan susur gajah dari tiga arah yang berbeza, ada seorang wanita sedang duduk di kerusi rehat. Hujung kaki yang ditutupi kasut sarung terlihat sedang berayun di balik kain labuh yang dipakai.

Nain kaku. Serentak diserbu segala macam rasa sampaikan otak tidak lagi mampu mencerna maklumat. Lama dia merenung wanita yang langsung tidak sedar dirinya sedang diperhatikan itu. Sekejap-sekejap melihat jam di tangan, sekejap-sekejap menoleh ke arah pintu masuk hospital.

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now