pintu 5

29 5 1
                                    

=

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

=

"kelas?"

ujarku dan oren serentak sebaik sahaja cahaya putih menghilang dari pandangan.

"lagi? kau sayang sekolah ke do. banyak betul memori kau kat sekolah," perli oren.

"manalah aku tahu. ceh. tak banyak pun baru dua kut. melebih je," aku membuat muka.

"menganjing orang je kerja tak padan dengan kucing, sepatutnya kau jadi anjing bukan kucing."

"salahkan kau sebab tengok shrek banyak sangat."

"aku pulak."

"bentuk aku ni bergantung kepada tuan punya badan, dia nak aku muncul dalam bentuk apa. jadi kau, tuan badan, nak aku jadi kucing," oren menyilangkan tangannya. dia kemudian meneliti lengannya sambil tersengih, "tapi okay apa. aku nampak comel."

mulut aku ternganga luas apabila mendengar informasi yang keluar dari mulut oren. whaaaat.

"tutup mulut tu nanti lalat masuk."

dengan pantas, aku menutup mulutku.

"ok ciao aku gerak lu."

"byebye," aku melambai ke arah oren yang sudah berjalan pergi meninggalkan aku di kelas ni.

mataku tertancap pada satu susuk tubuh di sebuah meja bersebelahan tingkap, dua baris dari depan. tengah tidur mungkin.

baru beberapa langkah masuk, tiba-tiba kedengaran bunyi kasut laju menghampiri kelas ni. tak sempat nak menoleh, badanku ditembus oleh seseorang.

tersekat-sekat nafas aku sebab terkejut. weh aku tak biasaaaa.

figura yang 'melanggar' aku tadi laju menghampiri si sleeping beauty. dia menghela nafas lega lalu melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan meja itu.

lek dik lek kawan kau tidur je, bukan mati.

muka figura itu aku amati. mulut aku terlopong apabila menyedari identitinya. tu bukan ke ho-

"hoseok?" kata si sleeping beauty sambil mengosok matanya. "dah lama ke tunggu? sorry."

hoseok tersenyum, "eh taklah. noona tidur lah dulu. noona nampak penat." 

noona itu memandang ke arah jam dinding, "takpelah. jom balik."

"arraseo."

noona itu pun memula memasukkan beberapa buah buku dan bekas penselnya ke dalam beg berwarna hijau muda.

entah kenapa rasa macam familiar je beg tu, penuh dengan pin bagai macam beg aku kat rumah.

setelah selesai mengemas, dia pun menoleh ke belakang lalu mulut aku ternganga lagi.

"LA AKU KE TU OMG TAK PERASAN-"

badanku ditembus oleh mereka berdua untuk kedua kalinya.

--

dia punya gigih ikut dua ketul ni buat aku rasa macam fbi. ni kalau oren nampak mesti dilabel bangang tak bertempat.

apa-apa pun, know know arrive dah rumah aku dan hoseok.

hoseok dengan muka sedih mengucapkan selamat tinggal lalu berjalan lemah longlai ke arah pagar rumahnya. 15 tahun aku tersenyum kecil melihat perangai kebudak-budakan si hoseok. pagar rumah dibuka dan dia perlahan-lahan berjalan seperti menyeret kakinya.

"ah noona-" ayat hoseok terpotong sebaik melihat aku jatuh terbaring di atas simen. riak wajahnya berubah panik lalu pantas dia mendapatkan hara noonanya. kebetulan ada seorang maid yang lalu, nampak apa yang berlaku terus mendapatkan ahjushi lee.

situasi agak kalut manakala aku kat sini cringe dengan cara aku jatuh tadi.

"asallah aku jatuh acah heroin dalam drama my god- weh weh tunggu aku nak ikut."

nyaris ditinggal kereta tadi.

--

dia—15 tahun aku— keluar bersama ahjushi lee dari bilik wad sementara dengan kepala berbalut. matanya meliar memandang kawasan menunggu.

"ahjushi..hoseok mana?" tanyanya.

ahjushi mengusap kepala hara yang berbalut, "kat rumah."

"ah." balasnya, sepatah.

sebuah telefon bimbit dihulurkan ke arahnya. dia mendongak dan melihat ahjushi lee tersenyum ke arahnya.

"call lah dia. mesti dia risau, lagipun dia yang jumpa awak."

"terima kasih, ahjushi!" ujarnya lalu menaip nombor telefon hoseok. "hehe mesti dia nangis kan tadi- oh hi hoseok-ah."

hoseok yang tersedu-sedan menyahut di hujung talian, "nOONA!

UWAAAA NOONA! NOONA OKAY TAK? DOKTOR CAKAP APA? NOONA JANGANLAH BUAT MACAM TUUUU."

"noona okay jelah. takde pape pun. doktor cakap migraine je."

"betul ke?"

"betullah hahaha."

hujung skirt sekolahnya digengam erat, "bila masa noona tipu kau."

aku hanya mampu tersenyum pahit, melihat gengaman jung hara bergetar-getar walaupun suaranya ceria melayan hoseok di hujung talian.

aku hanya mampu berdiri dengan penuh kagum melihat bagaimana dia membuat lagak biasa walaupun hatinya retak. bagaimana bibirnya tetap melakarkan senyuman selepas mendengar berita dari doktor tadi.

berita yang mengubah kehidupan aku.

tiba-tiba ada sesuatu yang hangat dan lembut memegang tanganku. aku menunduk dan melihat oren dengan mulutnya yang khusyuk mengunyah corndog.

cahaya putih pun menyelimuti sekeliling dan kami kembali di hallway tadi.

"haaa..." kataku sambil mengelap pipiku yang basah.

oren menoleh ke arah aku, "kau nangis?"

"entah tetiba je air mata tu keluar haha," aku sengih, "kau tak tekan butang tu?"

"nak lahni. distracted sebab ada orang tu nangis."

"hey!"

oren menjelirkan lidahnya lalu menekan butang merah itu. belakang aku ditoleh sebentar sebelum tombol pintu berwarna hitam bernombor 6 dipulas.

=

side note: hara & hoseok belajar kat sekolah yang sama (middle school) sebelum masuk sekolah tinggi dimana hara reunite dengan yoongi hoho.

extra info sebab aku mmg extra ohoho

btw update awal sebab sabtu ni mungkin tak dapat nak online sebab raya and stuffs (aka assignments dan tutorials yang bertimbun, dengan finals otw ㅠㅠ)

sorry teramat dan tenkiuu 💕✨

sam x

doors.Where stories live. Discover now