pintu 1

42 7 2
                                    

=

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

=

"jap jap- apa maksud kau yang kita ni sebenarnya dalam memori aku?"

tanya aku sambil mengekori kucing oren berbelang putih itu berjalan menuju sebuah pintu berwarna hitam. kucing tersebut kemudian berhenti lalu menoleh ke arah aku.

"selamat datang ke pintu no. 1," ujarnya, tidak menjawab soalan aku tadi.

aku mengerutkan keningku, "hey aku tanya n-"

"shush shush. nak jawapan, masuk dulu," kata si kucing dengan nada yang tegas.

bekengnya kucing ni, getus aku.

"saya dengar tu."

"sorry."

aku memulas tombol pintu tersebut. satu cahaya putih silau lagi menyilaukan sebaik sahaja daun pintu ditolak. perlahan-lahan aku melangkah masuk sambil menyepetkan mata.

--

kelihatan beberapa buah lori parking di hadapan sebuah rumah semi-d dua tingkat. macam pernah tengok je rumah belah sana tu- eh tu rumah aku lol. tetiba homesick hm.

"macam manalah ahjussi sekarang. duduk sorang-sorang kat rumah," bisikku.

kucing itu menarik hujung gaunku, mengajak aku menghampiri lori-lori tersebut. sejak bila aku tukar baju? apa-apapun, aku ikut je memandangkan aku curious kuikui.

"MOVERS & PACKERS," aku membaca label pada salah sebuah lori di sana, "oh ada orang pindah rupanyaaaa."

kami pun berjalan menghampiri porch rumah tersebut. kebetulan seorang pekerja MOVERS & PACKERS mengelek sebuah papan klip di ketiaknya sambil di-usher keluar oleh tuan rumah. cepat-cepat, aku dan si kucing menyorok ke tepi rumah. 

para pekerja pun menyusuli mereka berdua lalu membuat satu barisan menghadap tuan rumah, "terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami, encik jung!" kata mereka serentak dan kemudian menunduk hormat.

encik jung memberikan sebuah senyuman yang lebar dengan dua ibu jari ditayangkan ke arah mereka. ketua pekerja tersebut dan encik jung bersalaman buat kali terakhir. para pekerja yang lain pun bersurai lalu mendapatkan lori masing-masing. setelah semua sudah selesai, satu per satu lori MOVERS & PACKERS beredar dari perkarangan rumah semi-d tersebut. encik jung menghela nafas lega lalu berjalan masuk ke rumahnya. aku pun keluar dari tempat persembunyian.

kenapa aku menyorok? aku pun tak tahu-

"apPA!"

kepalaku dan encik jung terus menoleh ke arah budak kecil yang terkedek-kedek mendapatkan ayahnya sambil menjinjing sebungkus plastik berisi sebekas tteok* manis. aWW-

"terima kasih, hoseok-ah."

hoseok? wait what-

encik jung dan hoseok berpimpin tangan, berjalan menuju rumah sebelah aka rumah aku. mereka membunyikan loceng dua kali sebelum pintu depan terbuka dan muncul la kepala aku versi 4 tahun daripada sebalik pintu.

"omma, ada orang datang!" laungku. 

kepala hana pun muncul di sebelah aku, "siapa tu?"

aku dan hana versi 4 tahun berpandangan lalu mengangkat bahu sambil mengangkat bahu serentak. hujung gaunku ditarik perlahan. aku pun tunduk. si kucing memandang aku dengan muka comel.

"jom," ujarnya lalu mengheret aku. 

aku memberhentikan langkah aku, "ke-kejap."

namun entah kenapa tarikan si kucing ni tiba-tiba kuat, aku hanya sempat melihat kelibat ommaku, menyambut kedatangan encik jung dan hoseok sebelum cahaya putih menelan aku bersama-sama si kucing. sedar-sedar, aku dah ada kat hallway tu balik.

"woah."

kucing tu tersenyum bangga dan kemudian menekan satu butang merah yang terletak di luar pintu yang aku masuk tadi. 

dia menoleh ke arah aku, "best kan?"

"nAK LAGII!" mata aku bersinar-sinar, tangan digengam rapat ke dada, muka buat sehabis comel.

si kucing menunding ke arah sebuah pintu putih bernombor 2 di belakangku. aku segera menghampiri pintu tersebut lalu memulas tombol dengan excited-nya.

=


*rice cake

enjoy and stay safe everyone (。・ω・。)ノ♡


sam x

doors.Where stories live. Discover now