pintu 4

30 4 3
                                    

=

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

=

sebaik sahaja cahaya putih menghilang, mataku tertancap pada seorang budak perempuan berpakaian serba hitam yang sedang menangis sambil dipujuk oleh seorang lelaki berumur akhir 40-an, ayahnya mungkin.

"hana-ya, jangan nangis. omma mesti tak suka," ujar lelaki itu.

h...ana? oh. bila tengok betul-betul, bapak aku dan adik aku rupanya.

hana mengangkat kepalanya, "jeongmal?"

jarinya mengelap saki-baki air mata hana, "mhm," ayahku membalas dengan satu senyuman.

aku mencengkam baju aku, pedih melihat scene di hadapan aku ni. siapa yang tak sedih bila melihat ayahku cuba untuk menjadi positif dihadapan anak-anaknya walaupun hatinya merintih hiba kehilangan isteri kesayangan.

yep, omma aku meninggal sebab kanser. kanser yang sama aku menghidap sekarang. 

ayahku mengusap kepala hana lalu memimpinnya ke arah encik butler.

"send hana to her room please," arahnya dan encik butler pun menurut perintah tanpa banyak soalan. hana memeluk ayah sebelum mengikut butler itu ke biliknya. ayahku hanya tersenyum. dia kemudian berjalan ke arah balkoni dimana aku berdiri, merenung langit yang dihiasi dengan beberapa gumpalan kecil awan.

baru lepas hujan barangkali.

ayah melangkah menuju aku dengan berhati-hati lalu berdiri bersebelahku. dia membisu, membiarkan bunyi angin mengisi keheningan antara kami. aku masih memandang langit yang membiru, awan makin menghilang sebaik cahaya matahari menyinari bumi semula.

tak lama kemudian, sebuah pelangi muncul. pelangi itu hanya menghiasi langit untuk sebentar sahaja. aku hanya menyeringai, "...rainbows come after the storm, heh."

ayahku terkebil-kebil, mendengar sindiran aku, "hara..."

"it's not your fault, hara," sambungnya lagi dengan nada yang lembut.

aku terus menoleh ke arah ayahku, "what do you mean by not my fault?" bentakku. "hara tak sepatutnya keluar. kalau tak omma mesti-"

pelukan ayahku yang hangat menyebabkan aku terdiam. serta-merta, api kemarahan aku menghilang dan diganti dengan ombak kesedihan. perlahan-lahan, mata yang kering kembali basah. tangisanku diselangi dengan pujukan ayahku.

aku sebagai penonton pun dah teresak-esak menangis, padahal benda ni dah berlaku sedekad yang lalu. air mata ni pun alahai deras betul mengalir walaupun dah banyak kali lap. hingus ni pun dah banyak kali sedut, keluar jugak. haih, aku fed-up dengan kehidupan. 

sebungkus plastik tisu dihulurkan di hadapanku. tanpa segan silu, aku mengambil lalu menghembuskan hingusku. aku mengambil beberapa helai tisu lagi sampai hidung aku dah tak tersumbat dengan hingus lagi.

"tenkiu, oren," ujarku lalu menghulurkan bungkusan tisu yang hampir habis itu kepada si kucing oren. oren mengerutkan mukanya, hairan dengan nama panggilan unofficial barunya.

"aik sejak bila nama aku oren. pandai-pandai je," komen si kucing. 

"alah...hiks...nak panggil...hiks...si kuc-hiks...si kucing...hiks...tu panjanglah," tersedu-sedan aku.

oren mengulingkan matanya, "ikut kau lah." 

dia pun menyilangkan tangannya lalu memandang ke arah aku. aku mengerdipkan mata beberapa kali, berusaha untuk memahami body language kucing bekeng ni. oH-

"nak gerak dah ke?"

"iya buk."

macam magik, kami kembali di hallway. oren (memandangkan dia macam okay je so kita panggil dia dengan panggilan ni) macam biasa menekan butang merah yang terletak di luar bilik lalu membawaku ke pintu yang seterusnya.

pintu berwarna putih bernombor 5.

nafas aku ditarik sambil tombol pintu dipulas. kali ni memori apa pula ya~

=


ohoho

scene ni berlaku kat rumah keluarga jung kat uk. tu yang speaking semacam tu hehe

sam x

doors.Where stories live. Discover now