BAB 43 - PENDARAHAN!

Start from the beginning
                                    

          Afiq Khairul kaku dan tidak bergerak di hadapan pintu kecemasan buat sementara waktu.  Dia tunduk.  Matanya tertumpu kepada lengannya.  Ada tompokan darah di situ.  Dia cuba untuk berfikiran positif walaupun hatinya luluh sekarang ni.

          Namun, Afiq Khairul menadah tangan dan berdoa sekali lagi kepada yang Maha-Esa.   Agar menyelamatkan anak yang dikandungkan oleh isterinya itu.

          Di samping itu...


'Anak papa... Papa harap kamu selamat.  Jangan tinggalkan papa dan mama.  Tolong, demi mama... Mama kamu akan sedih jika kamu pergi.  Papa berharap sangat, benarkan kami jadi papa dan mama kamu.' 


          Afiq Khairul hanya tersedar apabila nurse menegurnya agar ke kaunter pendaftaran.

          Afiq Khairul melangkah ke sana.  Di saat itu, baru Afiq Khairul teringatkan sesuatu.  Dia ambil handphone di poket seluarnya.

          Pukul 3:17 pagi.  Dia ingin memaklumkan perkara ini kepada ibu dan ayahnya.  Begitu juga kepada mertuanya di kampung tu.  Tapi, apabila teringatkan kesihatan mereka serta situasi Leha dan anaknya yang belum pasti lagi... Dia batalkan niatnya.  Dia akan hubungi mereka selepas Solat Subuh nanti.

          Bagi Afiq Khairul, detik inilah yang dia akan ingat sampai bila-bila.  Menanti di luar pintu bilik kecemasan sedangkan isteri dan anaknya di dalam bertarung nyawa untuk diselamatkan!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Satu jam lima puluh minit sudah berlalu.  Tetapi, Leha masih dirawat di dalam bilik kecemasan lagi.

          Afiq Khairul duduk dikerusi yang disediakan di situ.  Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk semula.

          Tiba-tiba... Pintu bilik kecemasan terbuka luas!

          "Suami kepada Ain Solehah Binti Amir," panggil doktor yang bertugas ketika itu.

          Pantas Afiq Khairul menoleh dan melangkah ke arah doktor wanita tersebut.

          "Isteri saya, doktor? Anak saya?" tanyanya segera.

          Doktor wanita tersebut melihat Afiq Khairul.  Ketika itu, nurse muncul di belakang doktor wanita tersebut sambil memegang 1 file laporan.

          "Kita ke bilik saya dulu," arah doktor wanita tersebut sambil diikuti oleh nurse tadi.

          Afiq Khairul turut mengatur langkahnya.  Setibanya di bilik doktor wanita tersebut, dia mempelawa Afiq Khairul duduk.

          "Nasib baik encik cepat bawa dia ke hospital tadi.  Isteri encik mengalami pendarahan disebabkan rahimnya lemah.  Buat masa sekarang, isteri encik perlukan rehat yang banyak," beritahu doktor wanita itu.

          Afiq Khairul anggukkan kepalanya perlahan.

          "Anak saya?" Lemah suara Afiq Khairul bertanya sambil menggenggam kuat jari-jemarinya.

          Terus doktor wanita tu tersenyum.

          "Syukur.  Baby selamat.   Anak encik punya semangat yang tinggi untuk hidup.  Dia bertahan walaupun peratus keguguran untuk berlaku tadi tu sangat tinggi... Miracles happen everyday," ujar doktor wanita tersebut.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now