Chapter 48 ~ It's You

Start from the beginning
                                    

"Aku ada kerja nak kena siapkan malam ni dan aku takut luka aku sakit lagi. Jadi kau kena stay kat sini sampai aku habis buat kerja."

"Ooh..." Eryna ukir senyum hambar. Semua rasa teruja tadi seolah menjunam jatuh ke bawah saat maksud dari kata-kata lelaki itu didengar.

Wahai hati, tenanglah.

"Tapi sekarang kan dah lewat sangat... Saya nak ti..."

"Takpe, sofa kat bilik kerja aku ni cukup besar dan selesa untuk tampung kau. Aku malas nak susahkan orang lain, jadi dah alang-alang kau ada di sini, kau kena tolong akulah."

"Awak kan cedera. Esok-esok jelah buat kerja tu."

"Tak payah nak membantah, duduk sana." Aydan menunjuk sofa yang mereka tempati tadi.

Eryna angguk kepala dengan rasa canggung dan tidak berpuas hati.Bibir turut dicebik kerana geram. Sepatutnya sejak tadi dia tidak berfikiran aneh-aneh. Suka sangat perasan.

Lambat-lambat gadis itu melangkah ke arah sofa semula lalu duduk.

"Kat sini?" Aydan dipandang berserta dengan kening yang sengaja diangkat.

"Hmm...kau duduk situ diam-diam." Aydan duduk di atas kerusi kerjanya lalu laptop dibuka. Eryna langsung tidak diendahkan.

Eryna duduk diam seperti arahan Aydan. Gadis itu langsung tidak bersuara. Aydan nampak serius menghadap Laptop dan lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya walau sekali. Setiap inci wajah lelaki itu dipandang tanpa berkelip, dagu yang sempurna, bibir merah dan mata hazel yang selalu berhasil menarik perhatiannya ditilik. Jujur, dia sangat takut andai lelaki ini pergi jauh darinya.

Meskipun hubungan mereka tidak seperti hubungan pasangan suami isteri yang lain, dia tetap menginginkan lelaki ini. Hanya Aydan.

Tapi...

Adakah lelaki itu mahukan dia sama seperti dia yang mahukan lelaki itu?

Memikirkan hal itu membuat Eryna sebak.

"Aydan." Tanpa sedar bibirnya memanggil nama lelaki itu.

"Hmm..kenapa?" Aydan angkat muka. Panggilan Eryna menghentikan jemari yang sejak tadi menari di atas keyboard.

"Awak pernah sukakan sesiapa ke sebelum ni?"

Aydan dan Eryna sama-sama terkedu.

"Err maaf. Saya tak bermaksud nak tanya macam tu. Awak tak perlu nak jawab soalan tu." Eryna mula gelabah. Rasa takut menguasai diri. Dia takut emosi Aydan terbakar kerana soalan yang tiba-tiba terucap di bibirnya tadi.

Bodoh! Mahu saja dia menampar mulutnya sendiri.

"Pernah."

"Hah?"

"Aku pernah sukakan seseorang sebelum ni."

Dan masih sukakan orang yang sama sampai saat ini.

"Ooh..Yakah?"

Eryna rasa dunianya hancur. Lelaki itu pernah sukakan seseorang sebelum ini! Hatinya bagai ditusuk dengan pisau berkali-kali. Lagi dan lagi.

"Mesti dia cantik kan?" Bodoh!

Eryna mahu menampar mulutnya sendiri. Kenapa rasa ini tidak sama dengan apa yang terucap di bibir?

"She is."

Even now. 

Sekali lagi Eryna rasa dunianya hancur.

"Do you really like her?"

Aydan mengangguk.

I'd always love you.

"Where is she now?"

Aydan diam. Eryna dipandang dengan pandangan tajam sehingga gadis itu ketakutan. Dia dah cakap benda yang salah ke? Dari posisinya sekarang, dia dapat melihat Aydan menggenggam penumbuk.

"She left."

You forgot all about me.

"Ooh...okay." Eryna terus senyap.

Jawapan terakhir Aydan buat dia rasa agak gembira. Gembira kerana orang yang pernah Aydan sukai telah pergi. Ini bermakna, saat ini hanya dia satu-satunya wanita yang berada di sisi lelaki itu. Memikirkan hal itu saja, dia rasa teruja dan suka..

Jahatkah dia??

Suasana kembali sunyi dan keduanya larut dalam fikiran masing-masing. Aydan kembali fokus pada laptop sementara Eryna mulai diserang rasa mengantuk. Tanpa sedar gadis itu terlelap di sana.

Aydan sedar jika Eryna sudah tertidur. Sejak tadi dia tidak melakukan apa pun. Hanya menatap layar laptop yang memaparkan gambar-gambar Eryna yang diambil oleh pengawal sejak 4 tahun yang lalu. Sejak tadi tujuannya menahan Eryna di sini bersamanya adalah kerana dia ingin meluangkan masa bersama gadis itu. Meskipun, caranya tidak sepatutnya.

Aydan berganjak dari kerusi kerjanya dan melangkah menghampiri Eryna yang tertidur pulas di atas sofa. Wajah tenang gadis itu dipandang penuh kasih. Pipi Eryna juga diusap lembut penuh hati-hati seolah-olah gadis itu akan hancur jika dia berkasar sedikit.

"It's always you Aurel. The only one in my heart is you."

"It's You."

Dengan hati-hati tubuh Eryna diangkat lalu dibawah ke bilik tidur gadis itu. Luka yang berdenyut sakit tidak diendahkan dan tubuh Eryna dipeluk lebih erat. Eryna diletakkan dengan hati-hati di atas katil dan selimut juga ditarik sampai ke paras dada gadis itu.

Agak lama dia berpeluk tubuh merenung Eryna. Tidak kira berapa lama sekalipun, dia tidak akan pernah bosan melihat wajah gadis ini. He loves her so much that he wanted to stay by her side forever.

Aydan tunduk dan dahi gadis itu dicium penuh kasih. Rasa sebak yang bertandang ditahan sekuat hati.

"I'll keep you safe. Till then, tolong bertahan dengan aku. I love you."

Sejurus itu Aydan berlalu pergi dari situ meninggalkan Eryna yang masih tertidur pulas.


***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

He And His BrideWhere stories live. Discover now