Chapter 33 ~ Aydan's Weaknesses

2.3K 107 0
                                    

Dia berlari.

Berlari dan berlari di lorong yang sempit dan gelap.

Dia sudah tercungap-cungap kerana terus berlari dan dadanya seperti akan meletup bila-bila masa sahaja. Namun dia tidak mahu berhenti. Lariannya diteruskan melalui kawasan lorong itu. Hanya cahaya bulan yang menerangi malam membantu penglihatannya. Walaupun tidak sepenuhnya membantu kerana, sesekali dia akan terlanggar kotak dan benda-benda lain yang diletakkan begitu saja di kawasan itu.

Sesekali dia memandang ke belakang. Memastikan apa yang mengejarnya masih ada di sana atau tidak. Tapi langkah kakinya tidak berhenti sedikitpun. Lariannya masih diteruskan. Dia tidak boleh berhenti.

Mereka masih di sana!!

Tidak jauh di belakang, mereka masih mengikutinya, walaupun mereka tidak berlari sekuat dia yang hampir kehabisan nafas kerana berlari seperti dikejar hantu, mereka masih mampu mengejarnya.

Dia ketakutan.

Sangat ketakutan!

Air mata yang mengalir di kedua pelupuk mata diseka dengan belakang tangan. Pelbagai andaian berada dalam benaknya kini.

Siapa mereka?

Apa yang mereka mahukan darinya?
Dan pelbagai lagi soalan bermain di fikirannya.

Secebis harapan mula mengisi hati ketika dia melihat cahaya tidak jauh di hadapan. Tanpa mempedulikan rasa sakit di kaki, dia terus berlari untuk mencapai cahaya di depan sana.

Somebody, help me!! Hatinya menjerit.

Cahaya itu makin dekat.

Dekat dan semakin dekat.

Kini asal cahaya tersebut terlihat di depan mata, ianya berpunca daripada bangunan-bangunan tinggi di seberang sana. Dia yakin, ada yang boleh membantunya di sana nanti. Senyuman lega menghiasi bibirnya.

Tanpa melihat ke kiri dan kanan dia terus berlari untuk melintas jalan di depannya tanpa menyedari bahaya lain yang mendatang. Dan...

Bamm!!!

Tubuhnya terhumban jauh akibat dilanggar sebuah kereta. Seluruh tubuh terasa sakit, tulang-tulangnya seperti ada yang patah. Dunia seolah berputar dan pandangannya berpinar. Dua orang lelaki yang mengejarnya tadi berdiri tidak jauh darinya, memandang dia sebelum berpaling dan melangkah pergi dari situ dengan tergesa-gesa.

Dia lega, mereka sudah pergi. Mereka tidak akan mengejarnya lagi kerana dia juga sudah tidak mampu untuk berlari. Suara panik orang ramai mengisi pendengaran, sebelum satu demi satu manusia datang menghampiri dirinya yang terbaring di tengah jalan dalam keadaan berlumuran darah. Kesedarannya juga semakin menghilang, pandangan semakin kabur dan telinga sudah tidak mampu mendengar dengan jelas lagi. Sampailah dia mendengar satu suara yang biasa dia dengar memanggil namanya dengan nada panik dan penuh ketakutan.

“Aurel!!”

Dan kesedarannya hilang.

Eryna membuka mata yang terasa berat. Perkara pertama yang dia lihat adalah siling berwarna putih dan lampu yang membuat retinanya pedih. Tangan kanan diangkat menghalang biasan cahaya lampu yang menyakitkan mata.

Dia bermimpi lagi, mimpi yang sama seperti sebelum ini. Bezanya kali ini, dia mendengar suara Aydan. Memanggil namanya sama seperti ketika dia menghadang peluru yang hampir mengenai Aydan dengan tubuhnya. Eryna bingung, kenapa dia harus bermimpi seperti itu. Atau mungkin, itu kesan dari tembakan yang mengenainya kali ini?

He And His BrideWhere stories live. Discover now