prolog

8.1K 181 0
                                    

New York City, United States America

December 2017

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu kelihatan tegang apabila Edward, orang kanan kepada Presiden The Empire Group itu menyuarakan arahan daripada bos yang juga merupakan orang atasannya.  Andrew terdiam dan terkejut, sama sekali tidak menyangka yang presiden kepada syarikat besar itu akan mengeluarkan permintaan sedemikian. Permintaan atau ugutan?

  Untuk seketika, Andrew tidak mampu bersuara, hanya mampu bersandar lesu di kerusi yang didudukinya itu sambil menunduk dan memandang kakinya di bawah meja.

  "Itu adalah arahan yang diminta oleh Presiden untuk saya sampaikan kepada anda Tuan Andrew. Beliau juga mengatakan akan memberi anda masa selama seminggu untuk memikirkan keputusan yang akan anda berikan kepada beliau. Dan sudah semestinya anda diharap untuk memberikan keputusan yang akan menggembirakan beliau. Jika sebaliknya, anda sendiri tahu akibatnya bukan?" Ujar Edward panjang lebar diikuti dengan sedikit ugutan dalam bait katanya itu.

   Andrew mengeluh, apa yang diminta oleh presiden syarikat itu benar-benar membuatnya bingung. Memikirkan risiko sekiranya dia menolak permintaan lelaki itu, membuatkan dia semakin sakit kepala.

  "Baiklah. Saya akan memberikan jawapan kepada beliau secepatnya. Tapi sebelum itu saya ada satu syarat, jadi saya harap dia dapat memenuhi syarat saya." Akhirnya Andrew bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

  "Baiklah. Apa syarat anda?"

  "Tolong berikan saya dan keluarga saya masa untuk bersendirian. Saya tidak mahu ada orang-orang suruhan beliau yang mengikuti atau mengekori kami sepanjang masa seminggu ini. Selepas berbincang dengan ahli keluarga saya nanti, saya sendiri yang akan menghubungi awak." Kata Andrew.

  Edward tidak memberikan sebarang jawapan kepada syarat yang dikemukakan oleh Andrew, sebaliknya dia kelihatan tekun mendengar kata-kata dari seseorang di talian. Setelah berdiam diri untuk seketika Edward memandang Andrew kembali.

  "Baiklah. Syarat anda diterima oleh Presiden." Ujarnya lalu berdiri dan keluar dari bilik mesyuarat tersebut meninggalkan Andrew sendirian.

  Sekali lagi Andrew mengeluh. Dia hanya memandang kosong pintu bilik mesyuarat yang sudah tetutup kembali. Wajah diraup dengan dengan tangan kanan. Tali leher turut dilonggarkan.

  Kusut. Itu yang dia rasakan sekarang.

  Wajah anak-anaknya terbayang di minda, bagaimanakah dia mahu berdepan dengan mereka nanti? Tidak mungkin mereka akan menerima semua ini dengan mudah.

***

He And His BrideWhere stories live. Discover now