Chapter 48 ~ It's You

6.1K 253 108
                                    

Aydan tidak pernah menyangka jika di hari pertama kepulangannya ke New York, dia akan berhadapan dengan situasi seperti ini.

Remaja itu mengetap gigi dan buku lima turut digenggam erat. Sakit! Hatinya sakit mengenangkan kejadian yang berlaku di Laurence Group tadi. Sampai hati Andrew menjadikan anak kandungnya sendiri sebagai bayaran bagi mendapatkan bantuan Empire Group.

Tak guna!!

Selama ini dia menyangka yang Andrew sangat menyayangi Eryna. Dilihat dari semua usaha lelaki itu untuk menjauhkan anak bongsunya itu dari semua perkara yang berisiko mengancam gadis itu, dia sangat yakin yang Andrew akan selalu melindungi Eryna.

Tapi tadi... Sanggupnya dia...

Sial!!

Aydan menyepak tong sampah yang terletak elok di depan bangunan Laurence Group. Remaja itu tidak mampu menahan amarah yang semakin berkobar. Rasa marah, benci, meluat dan sakit hati semua menjadi satu. Semua rasa itu tertuju kepada satu orang.

Carlos!

Jika lelaki itu tidak wujud, maka semua ini tidak akan berlaku. Semua malapetaka yang harus dia dan Eryna hadapi takkan wujud jika lelaki itu tidak ada.

Saat itu, ada satu rasa asing yang meresap di hati Aydan. Rasa ingin melenyapkan Carlos. Dia ingin lelaki itu mati sama seperti orang tuanya yang mati di tangan lelaki itu. Tapi kali ini dia mahu lelaki itu mati di tangannya. Mungkin hanya dengan melenyapkan lelaki itu barulah semuanya akan aman..

Selama ini, dia ingin membalas dendam. Tapi bagaimana caranya untuk membalas dendam kepada Carlos, Aydan sendiri tidak tahu. Dia hanya punya satu azam, iaitu ingin menjadi kuat dan berpengaruh besar dan setelah itu membalas semua perbuatan Carlos. Tapi saat itu dia masih tertanya-tanya, tika masa dan ketika itu tiba nanti, apa yang harus dia lakukan kepada Carlos?

Itu dulu.

Namun selepas apa yang berlaku hari ini, rasanya Aydan sudah tahu apa yang akan dia lakukan kepada Carlos. Hanya satu, dia ingin....

Membunuh lelaki itu.

***

"Kita dah sampai."

Perhatian Aydan yang ketika itu sedang leka dengan telefon pintar teralih saat suara Edward menusuk telinga. Telefon tadi dimasukkan ke dalam saku jaket lalu pintu kereta ditolak. Saat kakinya menginjak tanah, pemandangan yang tersergam megah di depan mata menarik seluruh perhatiannya.

"Macam mana?" Edward menyoal.

Aydan tersengih lebar. Ini jauh lebih menarik dari yang dia harapkan. Rumah agam empat tingkat itu dipandang penuh minat. Megah, mewah dan nampak berkuasa.

"Bagus. Aku suka."

"Dalam masa sebulan lagi rumah ni dah boleh dihuni. Sekarang ni saya masih sedang menguruskan penambahan perabot." Edward berkata.

Aydan hanya angkat bahu. Dia tidak kisah, lagipun dia juga bukannya terburu-buru sangat untuk berpindah rumah itu. Rumah agam ini akhirnya siap selepas dua tahun. Dia sudah menunggu selama itu, jadi tidak salah jika dia perlu menunggu selama sebulan lagi. Lagipula, rumah ini dibina bukan untuk dirinya, melainkan Eryna.

Sejak saat itu, sebelum dia pergi meninggalkan New York, Aydan memang sudah berazam untuk menjadikan Eryna sebagai isteri. Bagi remaja itu, tidak ada wanita lain yang layak untuk menduduki tempat itu selain Eryna. Hanya Eryna yang layak, dan bukan wanita mana pun.

Hanya Eryna.

Sebelum ini Aydan agak ragu bagaimana caranya mahu mendapatkan Eryna tanpa disyaki keluarga gadis itu. Pelbagai rancangan sudah disusun, bermula dengan berpura-pura berkenalan dengan gadis itu secara tidak sengaja dan kemudian menjalin ikatan persahabatan sampai kemudiannya jatuh cinta dan bla bla bla..

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Nov 18, 2019 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

He And His BrideNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ