Chapter 11 ~ Why?

2.7K 144 1
                                    

Ketukan di pintu menyedarkan Eryna dari tidurnya. Tangannya mencapai jam loceng yang terletak di atas meja di sisi katil.

Jam 6:30 pagi.

Tepat seperti biasa. Eryna mengerang. Dengan malas dia melangkah ke arah pintu dan membuka pintu biliknya. Terjengul kepala Lily dan Jenny di balik pintu sedang memandangnya sambil tersenyum. Senyuman mereka dibalas dengan senyuman hambar. Rasa mengantuk masih ada.

"Nak apa?" Eryna menyoal.

Pintu bilik masih belum dibuka sepenuhnya. Dia tahu kedua wanita tersebut mahu membantunya bersiap namun perasaan mengantuk menghalangnya untuk mengizinkan keduanya masuk ke dalam biliknya.

"Cik muda kena bersiap sekarang. Tuan muda kata nak bersarapan bersama cik muda. Kami akan membantu cik muda bersiap." Jawab Lily sambil tersenyum lebar.

Eryna mengeluh. Lantas pintu dibuka luas dan dia melangkah ke arah katilnya semula dan baring kembali.

Ingatkan mahu bermalas-malasan pagi ini sebelum menghadiri kelas belajar menari bersama Edward jam 10 nanti. Tapi mamat dingin tu nak bersarapan bersamalah pulak. Eryna mendengus geram. Mata dipejam kembali, dapat sambung tidur sekejap pun jadilah.

"Cik muda." Jenny memanggil Eryna. Bahu Eryna dicuit.

"Hmmm."

"Bangun mandi."

"Hmmm."

"Jam 8 nanti cik muda kena turun sarapan dengan tuan muda. Masa cik muda nak bersiap tak lama tau." Jenny masih memujuk Eryna.

Tahu sangat yang gadis itu malas untuk bangun.

Mana taknya, semalam Eryna masuk tidur hampir jam satu tengah malam. Entah ke mana gadis itu merayau, dia tidak tahu. Eryna tahu jadualnya di dalam rumah ini sangat padat, tapi dia masih boleh tidur lewat macam tu. Dan bila dia dah tidur lewat, maka Jenny dan Lily yang akan menjadi mangsa untuk mengejutkan gadis itu. Liat sangat nak bangun.

"Malaslah. Ngantuk." Eryna merengek.

Jenny tersenyum geli hati. Rasa kasihan juga melihat keadaan gadis tersebut. Namun mengingat statusnya di dalam rumah tersebut dia diam, sedar yang dia tidak berhak untuk bersuara.

"Jenny, air mandian dah siap." Tiba-tiba Lily yang baru keluar dari bilik air pula bersuara. Jenny mengangguk.

"Cik muda." Jenny memanggil Eryna sekali lagi.

"Five minutes." Eryna mengangkat tangan kanannya.

Jenny dan Lily memandang satu sama lain. Sebelum keduanya mengeluh.

"Tak boleh cik muda. Nanti tuan muda mengamuk, susahlah. Cik muda bangunlah." Lily pula bersuara.

"Alah, malaslah. Tak boleh ke mamat tu makan sorang? Nak tidur pun susah." Eryna merungut.

Jenny dan Lily tidak berputus asa. Eryna harus bangun kalau tidak mereka yang akan menanggung akibatnya nanti.

Akhirnya selepas hampir lima belas minit memujuk Eryna, akhirnya Eryna mengalah dan melangkah terhuyung-hayang masuk ke dalam bilik mandi. Tubuhnya direndamkan ke dalam tab mandi. Aroma dan wangian lavender menusuk hidungnya. Serta merta rasa mengantuknya hilang diganti dengan rasa segar.

Selesai mandi Eryna didandan dan oleh Jenny dan Lily. Tempat tidurnya sudah dikemas sebaik saja dia keluar dari bilik air tadi. Jenny turut membantu Eryna memilih pakaian yang akan dipakainya hari ini. Selesai semuanya, jam sudah menunjukkan pukul 7:55 pagi. Eryna segera turun ke bawah bersama Jenny dan lily.

Ketika mereka sampai di ruang makan, Aydan sudah berada di sana. Dia sedang membaca surat khabar dengan kaca mata yang elok terletak di hidung mancungnya. Sempat dia mengerling Eryna sesaat sebelum tunduk meneruskan pembacaannya kembali.

He And His BrideWhere stories live. Discover now