Chapter 10 ~ Treat Me Like One!

2.9K 139 1
                                    

Hidangan makan malam yang terhidang di depannya sedikit pun tidak menarik perhatian Eryna. Apa yang ada dalam fikirannya kini hanyalah Aydan. Sejak kejadian di taman pagi tadi, bayang Aydan langsung tidak kelihatan. Sibuk sangat ke sampai tidak ada masa untuk makan bersama? Atau lelaki itu masih marah atas kata-katanya pagi tadi? Pelbagai andaian bermain di benak Eryna.

Berkali-kali dia menoleh ke arah pintu masuk ke ruang makan. Namun, kelibat lelaki yang sudah memegang mandat sebagai tunangnya itu masih tidak kelihatan. Takkanlah hari ini pun dia kena makan sorang-sorang lagi kot. Takpe juga kalau Jenny dan Lily mahu makan bersamanya. Sudah diajak namun kedua pelayannya itu pantas menolak. Tidak berani berbuat demikian kerana tidak mahu melanggar peraturan. Hebat betul penangan Aydan dalam rumah ini.

Sedang sibuk Eryna menguis-nguis makanan di depannya, telinganya menangkap bunyi bising di ruang tamu. Pantas dia memandang Jenny dan Lily, keduanya turut menunjukkan reaksi yang sama sepertinya. Tanpa menghabiskan makanan yang masih berbaki, Eryna langsung berdiri dan berjalan menuju ke ruang tamu.

Kelibat Aydan ada di situ.

Namun apa yang pelik ialah raut wajah lelaki itu yang kelihatan sedang menahan marah. Riak kemarahan jelas kelihatan di wajah itu.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dua orang pembantu rumah kelihatan berdiri di depan Aydan sambil menunduk. Riak ketakutan jelas kelihatan di wajah keduanya.

‘Dah kenapa pula ni?’ Fikir Eryna.

Baru saja Eryna mahu membuka mulut untuk bertanya, kelihatan Aydan berjalan mendekati kedua pembantu rumah tersebut dengan wajah yang cukup tegang dan menyeramkan. Rambut pembantu rumah yang bernama Helly itu ditarik kuat sehingga wanita tersebut menangis. Pembantu yang seorang lagi sudah terduduk ketakutan.

"So, who gave you permission to enter my room?" Suara Aydan kedengaran perlahan bertanya.

Namun entah kenapa, Eryna dapat mengesan aura yang cukup mengintimidasi dari lelaki itu.

Tangan Aydan masih mencengkam rambut Helly. Helly mengadu sakit. Namun Aydan langsung tidak menunjukkan sebarang belas kasihan. Eryna sendiri merasa takut melihat personaliti Aydan ketika ini. Kejadian sebelum pertunangan mereka terbayang di mindanya. Hari di mana Aydan bertindak mengasari dan membuat dia tidak berani membantah lelaki itu.

"I remember that I’ve warned all of you not to enter my room without my permission. But, both of you didn’t take my warning seriously. Berani betul korang berdua langgar peraturan. And you know what? Selalunya, orang yang tidak menurut peraturan dalam rumah ni adalah peng.khi.a.nat!! Pengkhianat yang diam-diam menyusup dalam rumah aku untuk menjatuhkan aku. Sekarang aku nak kau berdua bagi tahu aku, siapa yang bagi arahan pada kamu berdua untuk jadi penyusup dalam kawasan aku?!" Suara Aydan bergema di ruangan tersebut.

Eryna turut terhinjut dek tengkingan kuat itu. Kedua wanita tersebut terus melutut di hadapan Aydan sambil menangis. Bahkan Helly tidak lagi menghiraukan kesakitan yang dia rasakan di kepalanya kerana takut dengan akibat yang akan diterimanya nanti.

"Aydan,what's wrong? Stop it!!" Eryna bersuara.

Tetapi, sedikit pun dia tidak dipedulikan oleh Aydan. Memandangnya jauh sekali. Tumpuan lelaki itu fokus kepada dua orang yang sedang melutut di depannya ketika ini.

"Maafkan kami tuan muda. Maafkan kami." Ujar kedua pembantu rumah tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Shhh, jangan minta maaf, aku bukan nak dengar korang berdua minta maaf."

“Maafkan kami tuan muda. Kami terpaksa. Kalau kami tak buat apa yang mereka suruh, keluarga kami yang berada di kampung akan dicederakan.” Helly bersuara. Air matanya mengalir deras.

He And His BrideWhere stories live. Discover now