Chapter 43 ~ The Abduction

2K 90 1
                                    

Kringgg!!!!

Bunyi lonceng terakhir berbunyi.

Guru yang mengajar di kelas yang ditempati Eryna segera menamatkan kelas lalu tanpa menunggu lama dia terus berlalu meninggalkan kelas berkenaan.

Eryna menarik nafas panjang lalu jemarinya mula mengemas dan memasukkan nota serta alat tulis ke dalam beg. Setelah selesai dia terus menyandang beg sekolahnya dan keluar dari kelas. Menyusul pelajar lain yang sudah terlebih dahulu angkat kaki.

Jam di pergelangan tangan kiri ditenung sekilas. Ketika itu masa sudah hampir menginjak ke jam 4.00 pm. Eryna mengeluh dan kaki masih melangkah menuruni setiap anak tangga. Sebuah teksi yang memang sudah dihubungi beberapa minit yang lalu sudah sedia menanti di depan gerbang sekolah dan tanpa menunggu lebih lama, gadis itu masuk.

Teksi yang dinaiki Eryna mula bergerak menuju ke pusat bandar atas permintaan gadis itu sendiri. Tidak ada kawan-kawan mahupun sahabat yang bersama gadis itu seperti yang dia katakan kepada ayahnya. Semuanya tipu.

Eryna tidak memiliki rakan yang boleh digelar sebagai kawan mahupun sahabat. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan sebuah persahabatan kerana dia tidak memiliki keyakinan diri untuk bergaul dengan orang lain. Semuanya terasa asing dan kaku baginya.

Eryna mengeluarkan telefon dari beg lalu nombor Aydan didail.

Tut tut, tut tut..

Eryna mengerutkan kening. Panggilannya tidak dijawab. Sambil menggigit bibir nombor Aydan didail sekali lagi. Sayangnya untuk kali kedua panggilannya masih tidak diangkat. Eryna menghembus nafas lemah. Mungkin lelaki itu sibuk, batin Eryna. Akhirnya telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam saku blazer yang dia kenakan lalu kepalanya dilentokkan ke cermin kereta.

Pada masa yang sama, tanpa Eryna sedari teksi yang dinaikinya sedang diekori oleh dua buah kereta. Salah satunya adalah kereta berwarna silver milik pengawal peribadi Aydan yang diarahkan untuk mengawasi Eryna, dan selang dua buah kereta di belakang kereta orang-orang Aydan merupakan van berwarna hitam milik orang-orang Carlos. Eryna tidak sedar jika bahaya sedang mengintai dirinya di kala dia leka dengan fikirannya sendiri.

Setelah membayar tambang teksi, Eryna mula berjalan menyusuri satu demi satu kedai yang ada di sana. Gadis itu tidak berniat untuk membeli apa pun, dia hanya mahu menghabiskan masa berada di luar supaya saat dia kembali ke villa Laurence nanti, dia hanya perlu memberi alasan penat kemudian dia boleh terus berkurung di dalam bilik. Sedaya upaya dia mahu mengelak daripada harus berkumpul bersama ahli keluarganya. Bagi Eryna, malapetaka seperti dia tidak layak untuk berada di tengah-tengah keluarga Laurence.

Tanpa Eryna sedari, dia sudah menghabiskan masa yang agak lama berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Perhatian Eryna teralih ketika lampu-lampu jalan terpasang secara automatik. Jam tangan dilihat dan saat itu juga dia mengeluh. Jam sudah hampir menginjak ke 6.30 petang. Itu bermakna masa untuk dia pulang semakin dekat.

Eryna menyusuri kaki lima bangunan yang dia lalui dengan tenang untuk ke perhentian bas namun, langkah kaki gadis itu terhenti di depan sebuah kedai yang menjual peralatan muzik. Tanpa fikir panjang dia terus masuk.

Gitar yang dipamerkan di depan kaca didekati dan disentuh. Eryna tersenyum nipis. Dia sukakan muzik lebih dari apa pun, dengan bermain muzik sahaja, semua beban yang dia rasakan seolah terangkat dengan sendiri.

"Kamu sukakan gitar ni?" Seorang wanita berambut hitam menegur Eryna.

Mulanya Eryna agak terkejut, tapi seketika kemudian dia tersenyum lalu mengangguk. Gitar tadi masih direnung. Wanita tadi turut tersenyum tapi masih tidak berganjak dari sana.

He And His BrideWhere stories live. Discover now