Chapter 48 ~ It's You

Start from the beginning
                                    

Terlalu banyak rancangan yang sudah dia susun, namun semuanya punah kerana Andrew. Well, mungkin sedikit sebanyak dia seharusnya berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudah membantu dia mendapatkan Eryna dengan mudah. Walaupun cara lelaki itu sebenarnya salah dan sudah menyakiti anaknya sendiri.

Kalaulah saat itu yang berdepan dengan Andrew adalah orang lain, adakah lelaki itu masih akan bertindak sedemikian? Memikirkan kemungkinan itu saja, Aydan tidak sanggup. Jika ada kejadian seperti itu yang berlaku, dia takkan segan silu untuk memusnahkan Laurence Group. Eryna miliknya, hanya milik Aydan.

Rumah agam di depan mata dipandang serius.

"From now on, this mansion will be called as Empire Mansion." Ujar Aydan sambil merenung rumah agam itu.

Tidak lama lagi Aurel.

Tunggu aku!!

End of Flashback

***

"Sakit tak?" Pertanyaan yang keluar dari bibir merah Eryna mengembalikan Aydan ke alam nyata. Semua memori yang berlaku sebelum ini terus terlupakan tika suara gadis itu menyapa gegendang telinganya.

Aydan menggeleng.

"Awak fikir apa dari tadi? Sejak tadi awak senyap je."

Aydan diam. Pertanyaan Eryna dibiarkan tanpa jawapan. Sejujurnya dia tidak tahu jawapan seperti apa yang harus diberi kepada gadis itu. Mata Eryna yang merah kerana terlalu banyak menangis tadi direnung dengan rasa sayu.

She cried again. It's all because of me.

"Tak ada apa. Aku cuma teringat tentang hal syarikat." Aydan berdusta. Tidak mungkin dia mahu mengatakan yang dia sebenarnya larut dalam kenangan masa lalu mereka sedangkan gadis itu tidak ingat apa pun.

"Mm."

Eryna senyap. Dia tahu lelaki itu sedang berbohong. Sedari tadi, semenjak luka-luka yang ada di bahu,dahi dan lengannya dibersihkan, sedikit pun lelaki itu tidak mendesis kesakitan. Aydan hanya senyap sejak dia mula membersihkan semua luka lelaki itu. Tubuh lelaki itu ada di depannya, tapi fikiran lelaki itu tidak ada di sini. Eryna tahu. Tapi dia memilih untuk tidak bertanya lagi.

"Dah siap." Eryna Mengemas semula semua peralatan yang dia gunakan tadi lalu disusun ke dalam kotak.

"Kalau awak nak mandi, pastikan luka tu tak terkena air. Saya... keluar dulu." Eryna berdiri dari posisinya yang duduk bersebelahan dengan lelaki itu.

Nak ikutkan hati, dia tidak ingin pergi dari situ. Dia mahu terus berada di samping lelaki itu kerana sejujurnya dia masih lagi belum pulih dari rasa terkejut kerana kejadian yang menimpa Aydan tadi.

Ketika tangan hampir menyentuh gagang pintu, panggilan lelaki itu menghentikan niatnya.

"Ada apa?" Eryna pusing menghadap Aydan yang ketika ini sudah pun berdiri dan hanya berjarak beberapa langkah di depan.

Sejak bila lelaki itu berdiri dia tidak sedar. Seingatnya tadi Aydan masih bersandar di sofa. Eryna menggigit bibir. Entah kenapa, dadanya tiba-tiba berdegup hebat.

"Temankan aku malam ni." Ujar Aydan perlahan. Tapi masih cukup jelas untuk sampai ke pendengaran Eryna.

"Tapi saya..." Eryn diserang rasa panik. Apa maksud lelaki ini?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

He And His BrideWhere stories live. Discover now