BAB 42 - PREGNANT!

Start from the beginning
                                    

          Hah?

          "Untunglah awak.  Awak yang mengandung.  Suami yang mengidam.  Situasi ni dipanggil sebagai Couvade Syndrom.  Di mana ia berlaku apabila sang suami stress dan terlalu risau.  Stress ni muncul disebabkan suami risau yang amat sangat akan keselamatan isteri dan cahayamatanya.  Akibat stress tadi, tubuh sang suami mengeluarkan zat kimia yang akan menyebabkan dirinya berasa terlalu amat simpati dan mula mengalami simptom seperti seorang wanita yang sedang hamil," jelasnya sambil tersengih kepada aku.

          "Simpton ni tidak berbahaya.   Ia akan hilang dengan sendirinya setelah suami mula merasa tenang semula," tambahnya lagi.

          Aku anggukkan kepalaku buat kesekian kali.  Patutlah!

          "Abang jangan risau.  Leha dan baby okey.  In shaa Allah..." Aku usap lengannya sambil tersenyum lebar.

          Kesian pula dengan suami aku ni.  Gara-gara terlalu risaukan aku dan baby, dia pula yang dapat simptom Couvade Syndrome ni.  Aku terharu!

          Afiq Khairul tersenyum saja kepada aku.

          "Bagi abang, kalau ini boleh ringankan beban Leha untuk mengandungkan anak kita.  Abang sanggup hadapinya.  Asalkan Leha dan baby sihat walafiat," ujarnya kepada aku.

          Aku diam dan kemudian memeluk lengannya.   Alahai, so sweet!

          Doktor wanita di hadapan kami ni berdehem beberapa kali.  Barangkali dia cuba stop aura 'pink love-love' yang mula menular di dalam biliknya ni.

          Aku lepaskan pelukan di lengan Afiq Khairul itu.  Alamak!

          "It's okey.  Saya dah biasa.  Setakat ni, kamu masih okey lagi.   Hari tu, siap ada pasangan yang buat putaran macam kat dalam taman bunga tu.  Excited laa katakan... Saya faham perasaan kamu apabila pertama kali jadi ibu bapa ni." Gurau doktor wanita tersebut sambil ketawa lagi.

          Afiq Khairul dan aku juga turut ketawa sama.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas itu, kami keluar dari bilik doktor wanita tersebut.  Sekali lagi Afiq Khairul memaut bahuku.  Bibirnya tidak lekang daripada mengukirkan senyuman manis macam tertelan madu satu botol!

          "Hajat abang dah tercapai.  Tidak lama lagi abang akan jadi papa.  Tahniah!" Aku peluk pinggangnya itu.

          Afiq Khairul tergelak.

          "Alhamdulillah.  Abang pun nak ucap tahniah.  Tak lama lagi Leha akan jadi mama.  Congrats to you!" ucapnya kepada aku.

          Aku turut tergelak bersama-sama dengannya.

          "Terima kasih sayang." Tanpa segan silu.  Dia kucup ubun-ubun kepalaku.  Aku tersipu malu dengan perlakuannya itu.

          Dalam hati, berpuluh kali dah aku ucap kalimah alhamdulillah.  Tanda kesyukuran dengan nikmat dan rezeki yang diberikan kepada aku.  Syukur!

          "Jom gerak ke rumah ayah.  Abang yakin, umi dan ibu pasti dah menunggu di laman rumah tu," kata Afiq Khairul.

          Aku ketawa.  Teringat reaksi kedua ibu bapaku serta mertuaku itu semalam.  Diaorang punya excited lain macam.  Itu belum lagi dengan reaksi Adila dan atok!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now