Bab-63✓

1.2K 35 3
                                    

Bab 63.

      Ziqri memarkir kereta di halaman rumah Tengku Adrian. Toleh ke sisi. Bibir melorek senyum tipis saat melihat Lamborghini Tengku Adrian elok terparkir di garaj. Maknanya tak sia-sialah dia datang. Kalau Tengku Adrian tak ada tadi rugi juga masa yang dia ambil untuk datang ke sini.

Matikan enjin.  Lantas tubuh dibawa keluar dari perut kereta. Pintu utama rumah mewah itu dituju.

“Assalamualaikum.” Ziqri tekan loceng beberepa kali seraya memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Ada suara yang menyahut.

Tak lama, Pintu dikuak dari dalam. Muncul Puan Sri Bella bersama senyuman lebar tatkala melihat Ziqri.

“Ziq.. Masuk-masuk.” ajak Puan Sri Bella. Pintu dibuka luas. Mengalu-alukan kedatangan Ziqri.

How are you, Aunty? Sihat?” Soalnya. Dia tunduk untuk  menanggalkan kasut dan meletakkannya di rak kasut yang tersedia.

“Alhamdulillah. Sihat. And I guess you pun makin sihat. Tengoklah muka bukan main berseri-seri lagi.” Jawab Puan Sri Bella. Sempat mengiat Ziqri.

Dia berjalan ke dapur bersama Ziqri di sebelah. Nak sambung buat biskut. Boleh buat minum petang.

“Alhamdulillah, Aunty.  By the way Ryan ada ke?”

“Ada tu ha dekat atas. Entah buat apa. Selalunya hujung minggu macam ni tak lekat dekat rumah. Sibuk bawak anak dara orang berjalan. Ini entah kenapa terperuk pula dalam bilik tu.”

Ziqri tergelak perlahan. Tahu sangat siapa gerangan 'anak dara orang' yang Puan Sri Bella mention tu. Tak lain dan tak bukan orangnya adalah anak perempuan tunggal Dato Sri Amin. Itu jelah 'seketul' Rania yang Tengku Adrian sayang.

Bukan dia tak tahu yang Tengku Adrian selalu bawa Rania pergi makan, jalan-jalan, Tengok wayang segala. Ha.. itu pun salah satu sebab kenapa dia dah jarang jumpa Tengku Adrian sejak dua menjak ini. Rasa hujung minggu manusia seorang tu dipenuhi dengan Rania aje.

“Buah hati dia busy la tu agaknya.” Ziqri serkap jarang. Sengaja menggelarkan Rania, buah hati Tengku Adrian.

“Hurmm.. Buah hatilah sangat.” ejek Puan Sri Bella. Untung badan kalau  Rania tu jadi buah hati Tengku Adrian. Mau tak tidur malam dibuatnya.

Ziqri tergelak kecil. Ada-ada jelah Puan Sri seorang ni.

Crush zaman kecil-kecil tu. Mana boleh lupa. Aunty ni macam tak biasa pula.”

“Haih! Suka sangatlah Ryan dengan Nia tu.” seloroh Puan Sri Bella.

Ziqri melepaskan keluh bila Puan Sri Bella cakap macam tu.

“Cinta aunty.. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Sebab dia datang tanpa dipinta.”

Puan Sri Bella tergelak kecil.

Pandai dah Ziqri cakap soal cinta. Dah ada cinta hatilah katakan. Tak macam anaknya. Macam pungguk rindukan bulan. Menunggu sesuatu yang tak pasti bila akan jadi miliknya.
Jangan nanti dia carikan Tengku Adrian calon isteri sudah. Mau demam terkejut budak tu nanti!

“Itulah...”  sepatah.

“Dah! Ziq nak naik jumpa Ryan kan? Pergi naik sana. Aunty kacau kamu pula. Nanti kalau lapar turun tau. aunty ada buat biskut ni.” sambung Puan Sri Bella. Menghalau Ziqri ke bilik Tengku Adrian.

Bukan dia tak biasa dengan Ziqri. Budak tu dari sekolah lagi dah selalu sangat datang ke rumah ini. Ziqri pula jenis ringan mulut. Ada saja cerita yang mahu dikongsikan kepadanya. Jadi bila mereka berdua dah buka mulut. Nak katupnya susah. Ada saja cerita yang nak dibawangkan.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now