Bab-15.

1.3K 44 0
                                    

Bab 15

     Sudah dua bulan berlalu sejak pertandingan SYT dijalankan. Siapa sangka sejak hari itu hubungan Tengku Adrian dan Rania boleh dikatakan sangat akrab. Tiada lagi pergaduhan yang tercetus. Ramai yang pelik dengan hubungan mereka.

      Athira dan Ziqri juga begitu. Tetapi, mereka bersyukur kerana selepas ini, tidak akan ada lagi perbalahan diantara dua orang manusia itu lagi.

Dan... Bagi Ziqri, peluang untuk dia mengurat Athira sangat cerah.

   Rania dan Tengku Adrian sudah seperti isi dengan kuku.

     Iyalah, rehat bersama, selalu bergurau senda, bergelak ketawa dan yang paling penting pulang pun bersama.

   Danish sudah pulang ke Turki untuk meneruskan pembelajarannya yang sudah masuk semestar keempat.

    Ibu bapa Rania serta kedua orang abangnya, Zhafran dan Naziem kini berada di Hungary. Bapa Rania ingin melihat perkembangan pusat peranginannya yang dibina di bahagian barat Budapest. Mama Rania sengaja ingin mengikuti suaminya sambil makan angin di Hungary. Urusan butiknya pula diserahkan kepada Puan Sri Bella untuk sementara waktu semasa dia berada di Hungary.

     Melalak gadis itu apabila mendapat tahu yang mama papanya dan kedua orang abangnya hendak ke luar negara. Sampai hati mereka meninggalkanya dirumah sendirian. Dia takut tinggal bersendirian. Lebih-lebih lagi diwaktu malam. Walhal ada sahaja pembantu rumah yang datang setiap hari. Walaupun tidak tinggal bersama mereka sekeluarga.

    Datin Sri Anida memang mempunyai pembantu rumah tetapi mereka hanya datang bekerja dari pukul tujuh pagi sehingga pukul sepuluh malam sahaja. Selebihnya mereka akan pulang kerumah yang ada dibelakang rumah agam keluarga Rania.

      Oleh sebab itu, Puan Sri Bella mengajak Rania tinggal bersamanya. Mama dan papa Rania juga tidak lagi risau tentang keselamatan anaknya.

   Tengku Adrianlah orang yang paling gembira 'sedunia' apabila mengetahui bahawa Rania akan tinggal bersama keluarganya.

   Sudah seminggu Rania tinggal di rumah Tengku Adrian. Dia tidak merasa kekok langsung kerana sejak kecil dia sudah mengenali keluarga ini. Walaupun pergaduhannya dengan Tengku Adrian berlarutan. Dia tidak pernah memutuskan hubungannya dengan mereka.

                          ***

     Hari ini Rania berjanji ingin menemani Tengku Adrian membeli buku rujukan SPM. Dia juga ingin membeli buku novel untuk menambah koleksinya. Kad kredit miliknya juga sudah disisipkan di dalam purse. Namun dia lebih suka menggunakan wang tunai berbanding kad kredit.

   Tengku Adrian menarik brek tangannya setelah sampai di destinasi yang dituju. IKEA menjadi pilihannya.

Rania sudah pun keluar dahulu dari dalam perut kereta Lamborghini Tengku Adrian.

  Tanpa dia sedari pursenya terjatuh dibawah tempat duduk penumpang.

    Tengku Adrian yang baru saja mengambil begnya di tempat duduk belakang ternampak purse Rania yang jatuh itu. Dia terus mengutipnya lantas disorokkan didalam beg. Niatnya ingin mengenakan gadis itu. Hehehe kesian sweetheart aku!

“Abang Adrian Oii.. Cepatlah sikit hish!” rungut Rania. Dia mengetuk-ngetuk cermin Lamborghini Tengku Adrian dengan sedikit kuat.

“Oii....mahal tu. Kalau pecah sapa nak ganti” Jerit Tengku Adrian. Perlahan. Dia baru hendak melangkah keluar.

    Rania mencebikkan bibirnya.

“Eleh kata mahal. Tak kan ketuk sikit dah pun boleh pecah!” Sarkastik gadis itu menjawab.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now