Bab 75✓

1.3K 45 16
                                    

Bab 75

    
    Suasana pagi indah yang mendamaikan. Jelas membawa ketenangan menyusup  dalam hati. Benarlah, tiada yang lebih indah dari ciptaan Tuhan.

  Tuhan.. andai kata diri ini penuh salah silap dan khilaf. Ku mohon, ampunkanlah dosaku. Andai jiwa ini penuh rasa benci dan hasad. Ku mohon jauhkanlah hati ini dari perasaan itu. Bantulah aku untuk jadi manusia yang sentiasa redha dengan ketentuanMu.

"Baby.."

  Rania tersedar tatkala namanya diseru. Hilang lamunannya yang baru hendak mengamati keindahan alam di pagi hari.

Menoleh, susuk tubuh Zhafran tegak berdiri di sebelahnya.

"Nak pergi mana ni? Bukan Baby masuk ofis ke hari ni?" Soal lelaki itu sambil bercekak pinggang.

Rania tersengih macam kerang busuk.

Nampak sengihan itu, Zhafran mencebikkan bibir. Dah tahu mana destinasi budak Rania ni.
Kalau tak jumpa Tengku Adrian tak sah! Gumamnya dalam hati.

"Esok tak masuk ofis. Siap!" Ugut Zhafran. Bercekak pinggang dengan mata helang yang tajam memandang Rania. Tapi Rania.. bolayan je. Menonong pergi dekat Maserati miliknya.

Zhafran ketap bibir. Geram.

Eii, budak kecil ni. Aku picit-picit jugak budak ni nanti!

"Dahlah abang Zhaf. Baby busy ni. Bye-bye." Rania terus start enjin kereta dan menjelir lidah pada abangnya. Kemudian dia memacu kenderaan mewah miliknya itu ke tempat Tengku Adrian.

Sampai saja di Mikhail Holding.
Rania parking Maseratinya di sebelah kenderaan mewah milik Tengku Adrian. Parkir kosong tu. Dah jadi hak milik mutlaknya. Tengku Adrian siap tampal plat nombor plat BMW 1000RR milik Rania dekat situ. Dan tak lama lagi. Nombor plat Maserati ini juga bakal terpampang di situ. Dia pasti.

Puncanya, Raniakan raaaajin sangat datang ofis Tengku Adrian sejak dua menjak ni. Boleh dikira hari-harilah. Tak pagi, petang. Mesti ada je muka dia dalam pejabat Tengku Adrian. Ala. Dia bukan menyibuk pun. Cuma menghabiskan waktu senggangnya sebentar bersama lelaki itu sebelum dia pergi The Brocted. Tu je.

Lagi pula, bukannya Rania tak ada kerja. Kerja dia dekat AZF hari-hari menunggu. Kalau masuk  ZNDR.G.E lagi berlambak kerja Zhafran bagi. Tapi gadis itu selalu mengelat kalau berkaitan dengan ZNDR.G.E.  Macam hari ini.

Photoshoot di studio THE BROCTED dah habis lebih seminggu yang lepas.  Kemudian, dia ada beberapa photoshoot lain di AZF. Jadi dia sibuk dan tak dapat jumpa Tengku Adrian. Itu yang dia rindu tu.. eh?

Kalau boleh dia nak minta Naziem pindah studio Photoshoot AZF dekat THE BROCTED. Biar hari-hari dia boleh jumpa Tengku Adrian. Macam hari-hari sebelum ini.

Mentang-mentang Studio THE BROCTED dekat dengan Mikhail Holding, projek dari Studio tu jadi keutamaannya. Dia kaut semua projek THE BROCTED yang dia dapat daripada AZF. Tak tinggal langsung pada model lain. Dasar tamak! Lepas tu pergi menyibuk dekat Tengku Adrian. Itu je motif dia sebenarnya.

  Rania berjalan masuk ke perkarangan lobi Syarikat Mikhail Holding sambil bernyanyi kecil.

Langkah kakinya terhenti bila dia nampak sekumpulan lelaki dalam lima orang kesemuanya sedang berbincang sesuatu dekat ruang menunggu di lobi syarikat. Dan yang paling menyinar dikalangan lelaki itu sudah semestinya lah Tengku Adrian. Waduh segak banget. Buat hati ini cair aja sih!

Dramatik sangat gaya Rania yang tengah mencengkam dada sebab jantung dia laju bila Tengok baby dia segak sangat.

Mungkin kumpulan lelaki itu adalah staff Mikhail Holding kot. Sebab yang dia kenal cuma Naim dan Fad kot nama lelaki berjambang halus yang boleh tahan handsome tu. Uish!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now