Bab-47✓

938 28 0
                                    

Bab 47

Selepas pulang dari kerja. Dato Sri Amin duduk berehat di hadapan TV.  Semua anak-anaknya diajak berkumpul bersama. Ada perkara penting yang hendak dibincangkan.

Tinggal Rania yang belum pulang. Katanya ada kerja di Putrajaya.

Sementara menunggu kepulangan Rania, mereka bersembang dan menjamah kudapan yang dibuat oleh Datin Sri Anida. Kelihatan Zhafran, Naziem dan Danish sedang enak mengunyah makanan. Kuih popia sira yang dibuat oleh Datin Sri Anida memang sedap. Sekali makan tak boleh berhenti.

Kedengaran bunyi deruman enjin kereta masuk ke dalam garaj. Tak lama, Wajah Rania terpacul di muka pintu.

“Assalamualaikum.” Rania memberi salam sambil membongkok sedikit dan membuka tali kasutnya. Dia cabut kasut yang tersarung satu persatu. Lantas diletakkan cermat pada rak kasut.

“Waalaikumsalam.” Jawab mereka serentak.

“Pa, Ma and abangsss” Tegur Rania.

“Meh sini baby.” Dato Sri Amin menepuk-nepuk kusyen di sebelahnya. Lantas gadis itu terus melangkah kearahnya.

Bersinar-sinar mata Rania melihat makanan yang terhidang di hadapan mata. Duduk dilabuhkan.

“Wah! Popia Mak Datin.. Lama tak makan...” Ujar Rania teruja. Dia capai satu dan kunyah perlahan.

“Eee.. Tangan dahlah tak basuh.” Danish buat muka jijik. Sengaja menyakat.

“Tangan orang bersihlah!” Bangkang Gadis itu.

“Yelah tu..” acuh tak acuh Danish mengiakan. Rania gigit rakus popia di tangannya. Anak mata menjeling Danish. “ Tak caya sudah. Nama kau bedah!”

Dato Sri Amin memandang anak-anaknya. Mereka berempat duduk bersila diatas permaidani. Tak lagi di atas sofa seperti tadi.

Baby... We need to discuss about something. And papa sure that you already know what i'm gonna talked about.” Dato Sri Amin memecah suasana.

Memandangkan anak-anaknya semua dah berkumpul. Jadi, ada baiknya jika dia segera mendapatkan kata putus dari mereka.

Rania mengangguk. Dia teguk perlahan air Ribena dalam cawannya.

So.. How? Papa rasa baby dah buat keputusankan?”

Rania mengangguk lagi. Dia betulkan duduknya. “Maa.. Paa.. Baby dah buat keputusan. Baby nak kerja dengan abang Zhaf. Baby dah bincang dengan abang Zhaf. Lagipun abang Zhaf bagi baby jadi PA dia. Baby dah mula kerja minggu lepas.” Rania memandang wajah mama dan papanya.

Zhafran pula mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Rania. Memang sebelum ini dia dan Rania ada berbincang pasal tu. Rania kata dia tak minat dengan AZF. Jadi dia minta Zhafran jadikan dia PA separuh masa. Sambil dia menjadi model untuk AZF. Kalau tak buat macam tu Mama mereka akan terus mendasak Rania. Selagi Naziem dan Danish tak memberi kata putus.

“Tapi.. Baby sepatutnya kerja dengan mama kan?” Celah Datin Sri Anida. Ada riak kecewa di wajahnya.

Hanya Rania yang menjadi harapan terakhirnya untuk mengambil alih syarikatnya. Memandangkan Naziem dan Danish tak mahu mengambil alih. Masing-masing kata belum bersedia. Jadi dia hendak serahkan kepada anak perempuannya. Tapi tengoklah sekarang. Rania nak bekerja dengan Zhafran dekat ZNDR. G.E. pula. Dah semua anaknya nak kerja di syarikat milik suaminya. Habis tu siapa nak ambil alih Syarikat dan rangkaian butik miliknya. AZF Butique and Fashion Holding. Nak tak nak dia kena merebut salah satu anaknya daripada bekerja di syarikat Suaminya. Hehehe... Mari berjuang!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now