Bab-28

972 36 3
                                    

Bab-28.

Tengku Adrian melepak di balkoni luar biliknya. Memandang langit ciptaan-NYA yang terhampar luas diatas sana. Gemerlapan bintang menarik perhatian. Bulan juga turut bersinar ceria. Tengku Adrian tersenyum sendiri. Melayan perasaan.

Pejam celik pejam celik esok merupakan hari terakhir peperiksaan SPM. Tengku Adrian rasa macam tak percaya. Begitu cepat masa berlalu. Dia dah nak habis sekolah dah.

Perjalanan selepas ini akan lebih mencabar. Dia akan melangkah ke Universiti dan belajar bersungguh-sungguh. Dia berjanji akan membanggakan Mummy dan Daddynya. Lepas tu bila dah bekerja... nanti dia nak kumpul duit dan suruh mummy dia meminang Rania. Eh?

Jauh sangat kau ni berangan Ryan!
kutuk hati Tengku Adrian.

Yelah aku pun rasa macam tu jugak.
Mungkin kali ini dia patut setuju dengan hatinya sendiri.

Tengku Adrian tergelak kecil seraya menggelengkan kepalanya.

"Sampai ke sudah kau tak faham isi hati aku." Gumamnya perlahan.

"Memang taklah dia nak faham kalau kau tak luahkan." Aik? sejak bila suara hati aku ni jadi kuat sangat sampai ke telinga boleh dengar? Jelas pulak tu!

"Ala... Tapikan aku dah bagi hint. Dia tu je lembab!" Rasa tak puas hati menghunjam dirinya. Nak aje dia jotos kepala kekasih hatinya.

"Lain kali cakap je terus terang. Kan senang!" Satu tepukan hinggap dibahu. Terhinjut bahunya dek kerana terkejut beruk. Tengku Adrian pantas menoleh kebelakang. membulat matanya saat dia memandang Tengku Farrizh yang sedang tersengih seperti kerang busuk. Nasib baik dia tak terkujat dekat situ. Kalau tak... Musnah segala angan-angan dia tadi.

"Apa kau buat kat sini Rizh?" Soal Tengku Adrian kuat. Sedap-sedap je abang dia menceroboh masuk kedalam bilik beradu dia.

Tengku Farrizh menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Mendengar luahan hati adikku sayang, mungkin?"

Tengku Adrian rasa macam nak tergolek kebelakang. Tak pun biar dia melompat dari balkoni biliknya kebawah. Malunya! Mana nak sorok muka. Jadi yang bersuara tadi bukan suara hati tapi suara Rizh? Siot betullah!!!

"Arhhh... Malunya aku... Mana aku nak letak muka ni." cepat-cepat Tengku Adrian masuk kebiliknya. Dia buat terjunan tiruk diatas katil. Comforter ditarik menutup muka yang sudah merah bak tomato. Dalam hati dah berbakul kata-kata penyesalan dia hamburkan. Malu... Maluu... Maluuu arghhh!

Terletus ketawa besar dari mulut Tengku Farrizh. Dia menindih conforter Tengku Adrian. Persis seperti Pemain gusti dalam WWE.

"Blah lah Rizh!! Mummy tolong! tak dapat nafas!" Jerit Tengku Adrian kuat. Suara tertahan dek conforter yang menutup mukanya. Ditambah lagi dengan tangan Farrizh yang menekup comforter diwajahnya.

"Hahaha. Padan muka kau." Gelak Tengku Farrizh semakin kuat. Dia tak menekup comforter itu terlalu kuat. Kang terbang ke langit pulak roh Adrian ni karang!

Menggelupur badan Tengku Adrian nak melepaskan diri dari tindihan Abangnnya. "Esok aku nak periksa gila... Rizh... Oiii mummy tolong!"

Tengku Farrizh merentap Comforter adiknya. Dia mencampakkannya ke lantai.

Tengku Adrian duduk. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Dia menjeling Tengku Farrizh yang tersengih macam kerang busuk.
Tak guna punya abang!

Awal-awal Tengku Farrizh dah angkat kaki... Eh tak.. cabut lari. Tengku Adrian versi hulk dah muncul. Sebelum dia penyek dikerjakan Adrian baik dia cabut dulu. "K cau pape roger."

"RIIZZHHH!!!!" Jeritan Tengku Adrian bergema dipelusuk rumah. Dia bangun dan mengejar Tengku Farrizh.
Fikirannya tentang Rania juga sudah bertebaran entah kemana. Begitu juga rasa malunya tentang luahan perasaan. Yang dia tahu sekarang ni dia nak masak gulai abangnya yang sorang tu.

******

Akhirnya... Tamat juga peperiksaan SPM. Matapelajaran terakhir yang dia ambil adalah seni bina.

Tengku Adrian bersama pelajar lain keluar dari dewan. Ada yang dah bersorak gembira. Ada juga yang masih belum habis kertas periksa untuk matapelajaran tertentu.

Tengku Adrian mencari kelibat Ziqri.
Sahabatnya itu duduk selang beberapa baris dengannya di dalam dewan.

"Ryan!" Ziqri menepuk perlahan belakang badan Tengku Adrian.

"Lama kau panggil nama aku Ryan kan? Melekat betul nama tu dalam otak kau!" Ziqri tersengih. Dia rasa dia mula panggil nama tu sejak awal tahun. Tu pun sebab dia selalu mengajuk Rania memanggil nama Tengku Adrian dengan panggilan Ryan. Ryan sana Ryan sini.

Awal-awal dulu pun dia cuma cuba-cuba je panggil macam tu.. Sekali lidah dah terbiasa pulak. Tu yang sampai sekarang melekat kukuh diingatan tu.

"Sejak awal tahun doh. Aku pun tak sangka. Sekarang kalau aku nak panggil kau 'Add' memang awkward kot! Erghh tak sanggup aku." Ziqri dah buat muka erk dia tu. Tengku Adrian dah tergelak sakan. Bongoklah kawan aku sorang ni.

Memang sorang tu je kawan baik kau yang tak berapa nak center sangat otaknya!

Jahat kau.

"Weyh amacam tadi. Susah tak. Aku rasa pembaris kau tak ada fungsi doh. Aku tengok orang lain siap senget-senget badan lagi nak dapat main point. Kau selamba badak main tarik je!" Ziqri menyuarakan apa yang terbuku dihati.

Bukan orang lain je badan senget sana senget sini. Dia rasa dia pun sama.

Tengku Adrian memandang pelik kearah Ziqri. Boleh Kawan dia ni pandang kiri pandang kanan masa periksa tadi. Gila betullah. Siap usha badan orang senget sana sini lagi. Perh!

Kalau dia nak pandang depan pun rasa macam ada je pengawas peperiksaan yang memerhati dari belakang. Macam lazer gitu matanya. Kahkahkah!

Tapi yang paling penting dia kena fokus jawab kertas tadi. Kalau tak habislah labuu..

"Macam tak biasa pulak. Hello... Ini tangan baik punya bedung lah!"

Tengku Adrian membongkak. Ziqri tayang wajah mintak penyepak. "Membongkak tahap petala ke sepuluh gamak!"

Tak dan-dan Tengku Adrian paut kepala Ziqri dan kepit dicelah ketiak. Menggelupur pak cik tu mintak kena lepas. Baru padan muka dia.

Ziqri menjerit-jerit kesakitan. Patah leher dia memang dia saman Tengku Adrian. "Sakit gila. Oii lepaslah.. Aduhh sakit doh..."

"Padan muka kau."

Ziqri menjeling. "Kau gila. Aku baru plan-plan nak belanja kau makan. Tapi tak jadi sebab kau dah buat lubang dekat kepala aku!" Tangan diangkat dan digosok-gosok diatas kepala.

"Kau balik jalan kaki hari ni!" usai berkata-kata Tengku Adrian terus menonong ke keretanya. Meninggalkan Ziqri keseorangan.

Pagi tadi dia yang mengambil Ziqri. Boleh pulak kereta Sahabatnya tu kehabisan bateri. Enjin tak boleh dihidupkan. Disebabkan Ziqri malas nak bawak kenderaan lain dia terus menghubungi Tengku Adrian. Tanpa banyak soal Tengku Adrian pun terus pergi kerumah Ziqri.

"Weyh.. Jangan tinggal aku doh. Kau ni. Ish!" Ziqri terus mengejar langkah Tengku Adrian. Kalau lambat memang dia menapaklah jawabnya balik nanti.

Tengku Adrian dah menghidupkan enjin kereta. "Balik jalan kaki!!"

"Tak guna kau Ryan.. Oii janganlah tinggalkan aku.. Perh jahat siot kau!" Kereta Tengku Adrian sudah bergerak.

Dia berhenti dihadapan Ziqri. Untung Tengku Adrian berhenti. Kalau dia terus pecut balik rumah tak ke niaya je Ziqri kena tinggal. Tanpa banyak bicara cepat-cepat Ziqri buka pintu dan meloloskan diri kedalam kereta. Terbahak-bahak Tengku Adrian melihat wajah cemberut Ziqri.

"Kau jangan nak merajuk dengan aku eh. Jate ni jate!"

"Bongok!" Ziqri tumbuk bahu Tengku Adrian kuat.

"Dah jom makan. Aku lapo ni." Arah Ziqri. "Amboi dah melebih dari tuan tanah ni."

Ziqri bolayan dia. "Jalan, Jalan!"

******

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now