Bab-11

1.4K 45 0
                                    

Bab 11

     Tengku Adrian masih lagi menyelongkar wardrobe nya untuk mencari baju berwarna merah jambu yang tak mungkin ada didalam wardrobe nya itu. Iyalah, Mana tahu adakan?  Sudah puas dia menyelongkar namun tidak ada satu pun bajunya yang berwarna pink.

   Menyesal dia tidak membantah pilihan Rania dengan memilih baju berwarna lain. Sayang punya pasal. Sekarang sapa yang susah. Padan muka! Hati Tengku Adrian mengejek.

Nia boleh tolong panggilkan Ryan tak. Nia cakap je dengan dia pergi beli baju baru!” Kata Puan Sri Bella. Kasihan dia melihat Rania yang menunggu sedari tadi. Lebih baik dia menyuruh anaknya membeli pakaian baru daripada terus-terusan menyelongkar wardrobe dan walk in closet nya. Ingat kalau selongkar turun agaknya baju tu dari langit!

    Rania berbelah bahagi untuk naik ke tingkat atas.

“Tapi aunty Nia tak tau bilik Ryan yang mana satu.” jawab Rania. Yes!.. alasan yang munasabah!
Malas sebenarnya nak menghadap Tengku Adrian.

“ Owh bilik dia tingkat Tiga sebelah kanan. Nia naik je lift. Sebelah kanan tau bukan sebelah kiri. Yang sebelah kiri tu Rizh punya bilik.”

Ish!... Alasan tak berjaya pulak. Hurm terpaksalah naik panggil mamat malaun poyo tu. Huh!

“ Aa..ye lah auntie. Nia panggil dia eh. Sebelah kanan kan. Okey!”
Rania pantas menuju kedalam lift kemudian di menekan butang nombor 3.

    Sampai saja ditingkat tiga pintu lift terbuka dan Rania pantas melangkah keluar sebelum pintu lift itu tertutup kembali.

    Dari jauh dia sudah mendengar orang membebel. Siapa lagi kalau bukan Tengku Adrian. Huh! membebel macam mak neneklah mamat poyo ni!

    Dia terus melangkah kearah kanan untuk kebilik Tengku Adrian. Melihat Pintu bilik Tengku Adrian yang terbuka luas pantas. Pantas Rania menjengukkan kepalanya kedalam bilik itu. Ma aih bersepahnya bilik. Dah macam tongkang pecah pun ada ni. Baju bersepah-sepah. Baru lepas kena taufan Haian ke ape bilik mamat poyo ni!

    Disudut bilik itu Rania dapat menangkap susuk tubuh seseorang yang tidak memakai baju sedang mengeluarkan baju dari dalam walk in closetnya.

    'Perh malaun ni. Wardrobe ada walk in closet pun ada dah macam bilik aku dah. Sibuk je nak sama. Sempat lagi hatinya berbicara. Membandingkan biliknya dengan bilik Tengku Adrian.

   “Kalau nak sangat baju warna pink. Kat dalam wardrobe aku banyak. Aku boleh je bagi pinjam!” Sinis Rania bersuara.

    Akhirnya misi mengenakan mamat poyo ni berjaya! Gadis itu sedang bersandar memeluk tubuh dihadapan pintu bilik Tengku Adrian.

   Tersentak sedikit lelaki itu. Dia tidak menyangka yang Rania sudah sampai. Sungguh dia terlupa yang mereka ada latihan hari ini. Semuanya kerana CARI BAJU WARNA PINK TU LAH!.

Hey what are you doing here? Kau skodeng aku eh?  Tegas suara Tengku Adrian di pendengaran Rania. Dia menutup badannya menggunakan kedua-dua belah tangannya.

   'Eleh kalau mak kau tak suruh aku pun tak hinginlah nak masuk bilik kau nie' Suara hati Rania mengutuk.

“Tak ade masa aku nak skodeng kau lah.”

“Dah tu kenapa kau masuk bilik aku. Kau nak tengok body aku kan?” Tengku Adrian menyerkap jarang. Dia masih lagi menutup badannya. Lebih erat lagi.

    Eh mamat ni aku pijak karang baru tau!

“ Dah tak payah nak tutup sangatlah badan kau tu. Tak sado mana pun. Badan abang-abang aku lagi sado. Aku tak heran pun dengan badan kau tu” seloroh Rania. Tersenyum sinis dia melihat Tengku Adrian mencapai baju yang paling hampir dengannya lalu disarungkan ketubuh.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now