Bab-52✓

1.1K 49 3
                                    

Bab 52

        Puan Sri Bella mengeluh untuk kesekian kalinya. Dulang makan malam yang ditatang dibawa ke dapur. Anaknya tak menjamah langsung makanan yang dihidangkan. Lauk ayam goreng kunyit dengan Nasi putih kegemaran Tengku Adrian yang masih utuh dipandang sayu. Selalunya bila dia masak makanan itu. Tengku Adrian yang paling banyak tambah ada kalanya sampai dua tiga pinggan. Puan Sri Bella tersenyum kelat. Gundah hatinya melihat perangai Tengku Adrian sejak beberapa hari yang lalu.

Sejak pulang dari Majlis Doa Selamat di rumah Dato Sri Amin. Tengku Adrian sering berkurung di dalam biliknya. Dah berapa hari tak masuk kerja. Makan pun boleh dihitung dengan jari berapa kali sangatlah dia jamah. Puas di pujuk. Namun haram dia nak keluar. Cuma adalah dua hari yang lalu Tan Sri Adam cuba berbicara dengan Tengku Adrian. Luahan dari ke hati seorang bapa kepada anaknya.

Puan Sri Bella tahu anaknya kecewa. Dia memang tahu Rania itu cinta hati anaknya sejak kecil. Kalau dulu mungkin dia boleh cakap itu semua cinta monyet. Tak akan kekal pun. Tapi lihatlah sekarang. Cinta itu tak pernah berubah pun sebenarnya. Tak sangka Tengku Adrian sesetia itu.

Puan Sri Bella ingat lagi perbualan mereka Selepas makan malam dirumahnya beberapa minggu yang lalu. Dato Sri Amin ada beritahu perancangan majlis kesyukuran dan majlis pertunangan Rania dengan lelaki pilihannya akan dibuat serentak.  Sumpah dia cakap yang dia memang terkejut. Rupanya hati Rania sudah dimiliki. Dia tak sampai hati nak beritahu Tengku Adrian. Egokah dia sebagai seorang ibu bila meninginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tambahan pula dia melihat Tengku Adrian kembali tersenyum gembira setelah bertemu dengan Rania. Pentingkan dirikah dia bila kebenaran yang menyakitkan tak terluah di bibir demi melihat senyuman itu?

Dari waktu itu lagi dia dah tahu yang anaknya pasti akan kecewa. Buktinya, Nah lihatlah sekarang dah hampir seminggu  Tengku Adrian berkurung dalam bilik. Tak mahu keluar. Tak masuk pejabat. Apatah lagi menjamah makanan. Pintu biliknya pula sentiasa berkunci. Entah apa yang di buat pun dia sendiri tak tahu.

Puan Sri Bella menelan sebak yang bertandang. Dia mengeluh lagi. Kaki dibawa menapak ke ruang tamu.

"Sayang.. Sudahlah tu. Let's him cool down first. Come.." Tan Sri Adam menggamit Puan Sri Bella menghampirinya. Dia duduk menonton TV di ruang tamu. Isterinya pula tak habis-habis turun naik bilik Tengku Adrian untuk memujuk. Menghantar makanan dan sebagainya.

"Hubby.. Mana boleh. Saya risaukan Ryan. Dah dekat empat hari dia macam tu. Bukannya sehari dua. Berkurung macam tu. Jamah makanan pun tak. Saya risaulah." adu Puan Sri Bella. “Abang pergilah pujuk dia lagi. Mesti dia dengar cakap you, Hubby. Please?”

Ibu mana yang mahu melihat anaknya down macam tu. Kali kedua hati anaknya dipatahkan oleh seorang gadis. Dan gadis itu adalah orang yang sama.

Ah! Cinta itu sangat menyakitkan bila kita tak bersedia untuk kehilangannnya.

"You always know that first love is the cruel love right? Biarkan dia.. Bila dia tahu yang cinta itu patut diperjuangkan. Dia akan bangun dengan lebih gagah lagi." Ujar Tan Sri Adam.

“Abang yakin anak kita tahu apa yang harus dilakukan.” Sambungnya lagi.

Puan Sri Bella menayang pelbagai riak. Dalam setiap hal suaminya lebih tenang dan cool. "But she's already engage. There ni room for our son, Abang!"

"Let them be.. Sayang. Let them be. Jodoh, ajal, maut semuanya pada Tuhan. Kita sebagai manusia perlu akur dengan ketentuan ALLAH. Jadikan diri sendiri lebih baik dari sebelumnya. Rapatkan hubungan dengan ALLAH. Nescaya dia akan memberi jalan keluar untuk setiap masalah yang dialami hambanya."

Tan Sri Adam memeluk bahu Isterinya. Puan Sri Bella rasa sebak. Tak semena ada air mata yang mengalir dari tubir mata. Membasahi pipinya.

“I just want my kids to be happy with their life.” esak tangis mula kedengaran.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now