16. Tiga Hari Lagi

2.6K 201 1
                                    

Pejam celik je masa berlalu.

Poster makluman yang bertampal dekat papan kenyataan dipandang oleh orang yang berkaca mata bulat dan bersanggul selekeh itu dengan lama.

Sekejap-sekejap kening itu berkerut, sekejap ia terangkat tinggi bila pemiliknya berasa tidak puas hati.

"Tiga hari lagi."tegur satu suara dari sisinya membuatkan dia melompat terkejut.

Hana palingkan kepalanya ke sisi sebelum mukanya bungkam. Terkejut dia lepas tengok crush dia sedang berdiri dekat sebelah. Ke dia masih bermimpi lagi sampaikan tak tahu mana ilusi mana realiti?

Siapa sangka mimpi boleh jadi kenyataan. Dia rasa macam udara dirampas dari paru-parunya tiba-tiba.

Ohmygodohmygodohmygodohmygod! Dia datang lagi wei!

Yuta palingkan kepalanya memandang ke kanan dari poster makluman perlawanan akhir tenisnya yang bakal berlangsung tiga hari dari sekarang untuk bertemu muka dengan Hana. Dia sebenarnya dalam perjalanan hendak ke kelas. Sedang dia jalan bertembung pula dengan kawan kepada kawan Adam ni, Hana Delisha. Biasanya dia perhatikan dari jauh aje. Kadang-kadang tu aje ada keberanian nak menegur. Bukan apa, dia cuma taknak buatkan Hana rasa tidak selesa dengan kehadiran dia di sisi gadis itu.

Yalah dimana saja dia berada, pasti akan diekori dengan para peminat dan geng popularnya. Enggan menganggu ketenteraman Hana, Yuta ambil keputusan untuk tidak menegur gadis ini sekiranya mereka berada di tempat yang sibuk.

Hana terkedu, hilang kata-kata apabila menyedari apa yang dia lihat bukan mimpi mahupun khayalan.

Yuta!Yuta!Yuta!

Itu saja perkataan yang muncul dalam benaknya saat ini. Di dalam hati sudah melonjak gembira kerana crushnya sedang memandangnya saat ini.

"Speak Hana! Speak! This is your chance!"desak minda Hana dengan lantang di dalam kepala saat ini.

Yuta tersenyum manis apabila Hana termenung menatap wajahnya. Perkara biasa yang dia hadap sepanjang masanya di sini. Sering juga dia perasan Hana perhatikannya dari jauh. Cuma dia buat-buat tak nampak sebab tak nak Hana pandang tempat lain atau malu. Lagipun dia suka kalau Hana pandang dia.

Hana ikut tersenyum bila melihat betapa indahnya senyuman Yuta. Ibaratnya waktu itu Hana merasakan dirinya berada di awang-awangan. Ringan sangat hatinya.

"Hai..."sapa Hana dalam lamunan angaunya.

"Hai..."balas Yuta sambil tersenyum, matanya terarah pada anak rambut Hana yang keluar merata arah di muka gadis itu. Secara automatiknya Yuta angkat tangan, menyelak anak rambut Hana ke belakang telinga.

Mata Hana terbutang kaku, mulutnya terbuka sedikit apabila jari Yuta bersentuhan dengan pipi dan telinganya. Terus Hana tampar muka dalam imaginasi untuk sedarkan diri. Ini bukan masanya untuk dia termenung macam ni. Ini peluang dia hendak bercakap dengan crushnya.
Masalahnya sekarang lidah dia kelu tak boleh nak bercakap.

Nak buat macam mana ni?

Kening Hana berkerut taktala dia bergelut dengan diri sendiri hendak bersuara.

Senyuman Yuta melebar. "Gembira dapat bercakap dengan awak Hana...tapi saya ada kelas kena hadir...so-"

No!no!no!Stay. Jangan pergi.

Hana mengangguk kepala laju-laju.

"Tak apa senior...saya okay. Pergi lah."halau Hana tanpa sedar. Dan bila dia sedar, Hana tepuk dahi dalam imaginasi. Apa kejadahnya kau buat ni Hana! "Tak maksud saya...senior...saya-"

Yuta ketawa kecil lalu mengusap kepala Hana. Berasa lucu dengan sikap kalut Hana.

"Bye...jumpa lagi nanti..."pamit lelaki itu saat berpaling dari situ sambil melambai tangan ke Hana.

Sambil lambai tangan ke arah Yuta, Hana pegang kepalanya yang disentuh Yuta sebentar tadi. Berharap rambutnya tidak berminyak atau busuk. Dan memikir hal tersebut membuatkan Hana tersentak.

"Gosh...dia pegang kepala aku?"Hana kalut memeriksa bau kepalanya mengunakan tangannya. Dan bila dia hidu tiada bau. Mujurlah. "Nasib baik..."sebut Hana sambil pegang dada kerana lega.

Ding!Ding!Ding!

Bunyi dentingan terakhir panggilan masuk kelas menyentak Hana. Membuatkan gadis itu pandang poster itu buat kali terakhir sebelum pecut berlari merentasi koridor untuk masuk ke kelasnya.

Dan dalam masa yang sama dia tersengih seperti kambing sepanjang masa.

KIM YUTA MENEGUR DIRINYA !!!!!!!!

"I love my life!!!"laung Hana sepanjang lariannya sekuat hati.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora