59. Dipersalahkan

2.6K 159 3
                                    

Terbuka saja pintu masuk, seorang butler sedia menunggu di situ. Dan tanpa berlengah kehadiran tuan muda sulung itu disambut dengan tertib.

"Selamat pulang tuan muda Blaze."

Blaze menjadi Blaze, lelaki itu sedikitpun tidak menghiraukan sapaan tersebut. Air mukanya juga keruh. Jelas memberitahu dia tidak ingin berada di tempat itu dan ingin pergi dari situ serta merta.

"Mana tuan?"soal Blaze semasa pandang kiri dan kanannya mencari seseorang. Kalau bukan kerana ayahnya yang suruh dia pulang, memang takkan dia jejak kaki ke kediaman keluarga dia ini.

"Beliau berada di dalam bilik bacaan."jawab butler itu.

Tanpa bersuara Blaze terus atur langkah ke tingkat dua sevelah sayap utara rumah agam tersebut. Beberapa minit berjalan dia akhirnya tiba di depan sebuah bilik pintu dua daun. Baru sahaja dia angkat tangan hendak mengetuk pintu tersebut, dengan sendiri pintu itu di tarik buka ke dalam. Membuatkan Blaze bertembung dengan orang yang nak keluar dari situ pada masa yang sama.

What the-

"Isabella?"tanya Blaze dengan kening berkerut. Kenapa perempuan ni ada dekat sini?

Isabella ikut terkejut. Matanya terbutang kaku. Namun tidak lama selepas itu dia menarik senyuman nipis di bibir sebelum jalan melepasi Blaze tanpa berkata apa-apapun.

Dengan kening berkerut kehairanan Blaze berjalan masuk ke dalam. Apa yang sedang berlaku ni? Sebaik sahaja dia jejak kaki ke dalam ruangan itu dia disambut dengan renungan tidak puas hati oleh ayahnya.

"Ada apa panggil Blaze ke sini?"soal Blaze sambil jalan mendekati Encik Hunter. "Kan Blaze dah beritahu jangan panggil Blaze balik-"

PANG!

Tidak semena satu tamparan hinggap di pipi Blaze. Membuatkan Blaze begitu tercengang.

"Dasar anak tak guna!Tak cukup lagi ke dengan perangai kamu yang memalukan ni! Masih juga hendak berikan masalah kepada kami sekeluarga! Ayah tak sangka sekeji ini kamu rupanya."bentak Encik Hunter tiba-tiba.

Blaze memalingkan wajahnya semula ke Hunter. Rahangnya berketik kerana keberangan. Sambil memamdamg marah ke mata Hunter, Blaze gengam jari jemari dengan seeratnya. Dah kenapa pulak kali ni? Serius dia tak faham!

"Kamu tahu tak Isabella tu tunang Yuta. Dah sah-sah gadis tu dah berpunya kenapa kamu nak juga goda dia?Dah terdesak sangat ke?Kalau nak ayah boleh carikan untuk kamu. Tapi janganlah sampai kamu merampas hak orang lain!"tuduh Encik Hunter lagi dengan berang.

Blaze yang tak tahu menahu apa yang sedang berlaku hanya diam membisu bersama dada yang senak kerana sakit dek di tampar sebentar tadi.

"Kamu tahu, Isabella datang beritahu ayah, dia mahu putuskan hubungan dia dengan Yuta kerana dia mahu bersama dengan kamu bukan Yuta?!"

Kening Blaze berkerut sebaik mendengarnya. Betapa tidak terkatanya dia selepas dengar.

"Bila masanya....dia yang dekati Blaze dulu...tak pernah pun Blaze suruh dia buat semua ni!"

"Ahh..."marah Encik Hunter. "Kamu ingat ayah tak tahu. Kamu cemburu dengan Yuta. Sebab itu kamu buat semua ni untuk rosakkan masa depan dia!"

Dada Blaze naik turun hilang sabar. Dia pandang Encik Hunter seperti mahu membunuh lelaki itu sekarang juga.

"Kamu dengar sini ya...ayah takkan izinkan kamu bersama-sama dengan Isabella apatah lagi merosakkan masa depan Yuta."arah Encik Hunter sambil tunding jari di depan muka Blaze. "Kalau ayah tahu kamu macam-macam...ayah takkan teragak-agak untuk hantar kamu ke luar negara. Tinggallah kamu di sana sendirian."

Blaze pandang tepat ke mata Hunter. Betapa rabaknya hati dia saat itu selepas mendengar ancaman Hunter. Sampai hati orang tuanya berbuat begini terhadap dia. Anaknya sendiri.

"Blaze tak pernah cakap apa-apa dengan Isabella ayah. Apa lagi nak goda dia supaya putuskan pertunangan mereka berdua. Kenapa ayah tak boleh cuba untuk dengar sekali jer bila Blaze cakap?"tanya Blaze dengan renungan kecewa.

Encik Hunter berdengus kasar.

"Salahkan diri kamu yang tak pernah cuba dengar kata orang tuanya sendiri!"cebik Encik Hunter dengan benci sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut.

Blaze mengetap gigi menahan sebak di dada. Sebu sangat apa yang dia rasa ketika itu. Sampai hati betul ayah dia tuduh dia macam ni!

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now