bab 61🌼

462 17 6
                                    

Akibat sudah seminggu kaki Ryna mula semakin surut sakit terseliuh nya.seperti janji dia dengan Rufina dia pwelulah menunaikan untuk datang ke majlis baby shower. Dia dan Fathia keluar sahaja dari kereta terus menerjah berlari kehadapan rumah sebuah banglo milik Tengku Shukri.

"Wei.. Rufina.."terhenti langkah Rufina tatkala terlihat Ryna dan Fathia melambai-lambai tangan dari pintu pagar..

Tetamu yang tidaklah seramai mana mampu melihat Ryna dan Fathia hanya dihadapan.

"Yoooo...  What zaapp..  Beb!!! "Rufina yang datang terkedek-kedek  terus menghulur penumbuk, Ryna dan Fathia membalas tumbukkan.( 🤜🤛)..

"Baru datang aik? "Soal Rufina sempat tercongok-congok mencari seseorang .

"Kau cari siapa? "Soal Fathia yang turut tercongok .

"Aku tengah cari kawan suami aku ni, kata nak datang tapi tak sampai, sampai lagi. Itu yang aku macam ni, ni"balas Rufina yang memegang belakang pinggangnya.

"Hai!! "Terkalih mereka tatkala mendengar seorang menyapa mereka.

"Ohh...  Hai..  Ungku Quyyim ..?"sempat jari telunjuknya ditunjuk ke arah seorang lelaki yang menyapa mereka tadi.

"Iyer.. " tersengih lelaki itu pada Rufina, terkalih matanya yang dari tadi melihat Rufina terus memerhati seorang wanita yang cuba mensorokkan  wajahnya dari pelihatannya.

"Err.. Tak silap ni, Ryna kan? "Soal lelaki itu sempat tersenyum-senyum sambil menunjuk ke arah Ryna yang sudah sembunyi dibelakang Fathia.

Terdengar sahaja namanya dia keluar wajahnya dari belakang tubuh Fathia sambil tersengih kecewa, kecewa kerana dirinya yang kecil dapat dilihat Ungku Quyyim.

"Ha. Ha. Ha..  Er.. Ye.. Sa.. Saya.. Ry.. Ryna"tergagap Ryna membalas..

Fathia dan Rufina yang terasa pelik dengan keadaan itu mula terangkat kening mereka.

"Ke.. Kenal ke? "Dengan Rufina sekali tergagap sambil berkelip kelip mata nya.

"Kenallah.. Jiran saya"balas lelaki itu masih tersenyum-senyum melihat Ryna.

"Ooooo.. Macam ada jodoh je.."Tersengih Fathia sempat menolak bahu Ryna yang sudah terherot bibit bawahnya.

Macam mana boleh tahu nama dia?  ..sebab Ungku Quyyim pernah....

******

"Arrrhh...!!  Nyamannya angin malam"kata Ryna yang baru keluar dari balkoni rumahnya.

"Betul. Angin malam memang Best..!!"balas suara seorang lelaki dari balkoni sebelah.

Terkalih wajahnya memandang lelaki itu.

"Oooo.. Kau.. "Kata Ryna sambil mulurnya berbentuk O.  😮 .

"Engkau memang selalu keluar jugak ke? "Soal lelaki itu.

" 'jugak' ?.maksudnya kau selalu keluar ke? "Soal balik Ryna.

"Kau rasa.. Eh kejap.. By the way.. Apa nama engkau aik? "Soal lelaki itu yang menyandarkan dirinya didalam buaian telur yang berwarna hitam.

"Nama aku Ryna.. Engkau tanya aku ni, engkau tu nama apa? "Soal kembali Ryna, dia juga turut menyandar tetapi di pintu balkoni.

"Nama aku Quyyim. "Balas Ungku Quyyim.

****************

"Engkau cakap dekat aku yang nama engkau Quyyim.. Tak ada pun Ungku"kata Ryna sambil tangannya mengambil cream puff yang terhidang di pinggan tingkat di aras meja.

"Penting ke? "Terangkat kening Ungku Quyyim tangannya turut mengambil Cream puff juga.

"Tak la.. Tapi kan aku ni tak suka tau orang tipu.. "Balas Ryna sempat dia tersengih pada Ungku Quyyim sebelum dia duduk di meja kecil di sebelah kolam.

"Laa.. Jadi aku kena jujur lah yer..  "

"Iyer lah.. "Balas Ryna sambil menghirup air pepsi.

"Aku suka engkau.. "Tersembur air pepsi dari mulut Ryna ke arah kolam.

"Haha.. Engkau ni lawak lah.. Giler betul lah.. "Selepas sahaja dia tersembur tawa Ryna.. Disebabkan tempat yang mereka pilih jauh dari orang lain membuatkan tempat mereka hanya mereka sahaja.

"Tadi engkau suruh aku jujur sekarang aku dah jujur, so.. Aku suka engkau..."kata lelaki itu yang tersengih rengeh yang ternampak gigi dihadapan Ryna.

"Engkau ni memang tak pandai bercinta ke or engkau memang tak pernah bercinta? "Soal Ryna yang mengelap mulutnya.

"Aku tak pernah bercinta.. "Balas lelaki itu sambil menunduk kepala.

"Agak agaklah kalau nak tipu pun..
Muka handsome tapi tak pernah bercinta.. Selalunya muka pecah pun bercinta inikan pula muka handsome.. "Bisik dia tetapi sampai sahaja di pendengaran Ungku Quyyim.

"Apa awak cakap.. Saya handsome? "

"Memang tak arr.. "Putar belit Ryna cuba menyembunyikan wajah merahnya.

Tanpa sedar dari jauh Rufina dan Saif hanya memandang pelik ke arah mereka.

"Dia orang tu bercinta ke? Bukan main sweet lagi.. "Bisik Saif ditelinga Rufina.. Mata mereka sama-sama melihat kedua pasang itu.

"Kut.. "Balas Rufina membalas bisik juga..

Sebelum mereka  membalas pandangan dan tersenyum dan tertawa.

"Hahahaa.. Bercinta? "Terjerit Saif dan Rufina..

Next..

CINTA MISS MAFIA [TAMAT]Where stories live. Discover now