- 16 -

757 56 0
                                    

"Untuk cinta kita"

"Apa awak merepek ni... keluarlah saya nak rehat , Samin pun nak tidur..." kata Sarang sambil meletakkan Samin di sebelahnya lalu membaringkan badannya .

Jimin hanya tertunduk kesal . Dia tidak tahu bagaimana cara lagi yang patut dia lakukan . Dia sedar akan kesilapannya yang bersalah sangka dengan Sarang .

"Sayang..."

"Keluar...." nada suara Sarang semakin tinggi .

Jimin mengeluh panjang sebelum keluar dari bilik tersebut . Dia menutup pintu di belakangnya lalu terduduk di hadapan pintu . Rambutnya diraup besertakan dengan rasa yang kesal . Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang .

"Jangan give up hyung... Jihyun percaya yang Sarang akan maafkan hyung atas segala kesalahan hyung nanti"

Jimin melihat Jihyun tanpa berkata apa apa . Sempat dia memberikan senyuman kecil sebelum berlalu pergi .

--

Kereta milik Jimin dipandu laju ke sebuah cafe di bandar Seoul untuk berjumpa dengan Jungkook . Semalaman dia tidak tidur apabila memikirkan tentang Sarang dan panggilan dari Jungkook itu . Silap hari bulan , dicampaknya dalam lokap Si budak susu itu .

Setelah tiba di cafe , dia melihat Jungkook yabg duduk di meja sebelah tingkap lalu menghampirinya .

"Kau nak apa" soal Jimin dengan bengis .

"Chill . Duduk dulu Mr Park Jimin" balas Jungkook dengan senyuman sinis .

Kemudian , Jimin mengambil tempat di hadapan Jungkook budak susu . Dia mengetuk kuncinya di meja sambil menunggu jawapan dari Jungkook .

"Simple . Aku nak Sarang" jawab Jungkook dengan penuh keyakinan .

Jimin tergelak sinis apabila mendengar pengakuan Jungkook yang begitu jujur itu .

"Kau takda perempuan lain ka yang kau nakkan isteri orang ni ?" soal Jimin sambil menahan amarahnya .


"Kau ? Kau takda perempuan lain ka nak dibuatkan isteri ? Untuk pengetahuan kau , aku yang kenal dia dulu and aku yang berhak untuk miliki dia.... bukan kau"


Jimin bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Jungkook . Tanpa berkata apa apa dia terus melepaskan tumbukan pada wajah Jungkook . Semua orang yang berada di cafe tersebut tercengang dengan situasi tersebut .

"Kau cakap apa ? Kau nak Sarang ? Sampai mati pun aku takkan bagi dia dekat kau lah budak susu !"

Jungkook membalas semula tumbukan Jimin . Meja yang berada berdekatan habis terbalik dibuatnya mereka . Mereka berbalas tumbukan hampir 5 minit sehinggalah pengawal datang dan membawa mereka ke balai polis .

--

Seusai Jihyun memberhentikan kereta , Sarang terus meluru masuk ke dalam balai . Matanya berkeliaran mencari kelibat Jimin . Setelah dia melihat Jimin berada di meja salah seorang anggota polis , dia terus menghampiri mereka . Dia memberikan tunduk hormat kepada anggota polis tersebut lalu memandang Jimin dengan pandangan yang tajam .

"Sarang... saya minta maaf..." kata Jimin tetapi Sarang hanya buat tak dengar sahaja .

--

Suasana di dalam kereta begitu sunyi , hanya bunyi radio sahaja yang memeriahkan suasana tersebut . Setelah mengikat jamin Jimin , mereka terus menghala ke rumah oleh kerana Samin yang ditinggalkan kepada omma Jimin .

Setelah tiba di rumah , Sarang terus masuk ke dalam rumah .

"Jihyun.... thanks sebab tolong hyung" luah Jimin dengan hati yang lega .

Jihyun membuat tanda 'OK' dengan menggunakan jari .

Jimin menekan pin rumah ommanya lalu masuk tanpa berasa ragu-ragu . Di ruang tamu hanya kelihatan ommanya yang sedang mendukung Samin .

"Sarang mana omma ?"

"Haih balik sekali tapi masuk tak sekali . Adik kamu mana ? Beli barang bukan main lama eh ?" bebel Mrs Park sambil tangannya tidak berhenti menepuk Samin .

Jimin mengambil Samin dari dakapan Mrs Park lalu duduk di atas sofa .

"Dia ada dekat luar buat apa entah... alaa sayang appa ni" jawab Jimin mencium anaknya itu .

Sarang datang dari bilik sambil membawa sebotol susu . Belum sempat Sarang turun dari tangga , Jimin sudah menarik lengannya supaya naik ke bilik semula . Pintu bilik dikunci supaya keadaan mereka selamat dari diintip .

"Apa awak ni tak nampak ka saya nak susukan Samin ?" marah Sarang dengan perangai Jimin yang tak habis habis menyakitkan hati orang .

"Duduk... saya nak cakap sikit"

Sarang mengambil Samin lalu menyuapkan puting botol ke dalam mulut kecilnya itu .

"Awak tak bagitahu omma kan yang saya kena tahan ?"

Sarang menggeleng .

"Sayang... saya minta maaf sebab menyusahkan awak . Saya ni asyik buat masalah ja macam budak kecik.... Sayang..saya merayu dekat awak tolong maafkan saya... saya tahu saya salah . Saya bersangka buruk dengan awak . Saya ni jahat..."

"Ceraikan saya"

Jimin terkedu dengan kata-kata Sarang yang tidak dijangka itu .

"Sayang...."

"Ceraikan saya"

"Berapa kali saya nak kena ulang dekat awak ? Saya ni tak layak pun jadi isteri awak . Buat apa lagi awak simpan saya ? Berapa banyak duit yang awak habiskan untuk beli saya ?" tambah Sarang lagi .

"Saya kahwin dengan awak bukan sebab saya beli awak. Saya tak beli awak , awak dengar baik-baik . Saya tak beli awak Park Sarang . Awak faham tak saya tak beli awak macam mana lagi saya nak terang dekat awak... Saya cintakan awak bukan sebab duit tu , saya betul-betul cintakan awak . Saya sakit lah bila awak cakap macam tu . Saya menyesal buat semua tu . Bila fikirkan balik kenapa kita tak jumpa dengan cara yang elok ? Kenapa orang sanggup buat macam tu dekat awak ? Kenapa awak taknak dengar cakap saya dulu ? Kenapa...." Jimin mengalirkan air mata lelakinya di hadapan Sarang dan Samin .

Tiba-tiba anak mereka itu menangis dengan kuat . Jimin mengelap air matanya yang tidak henti-henti dari mengalir . Matanya sudah merah menyala . Bukan Jimin sahaja yang menangis dan Sarang sahaja yang menangis , Samin juga turut sedih atas pergaduhan omma dan appanya itu .

"Ya sayang ya kita tidur okay" Sarang cuba sedaya upaya untuk memujuk Samin dan dalam masa yang sama mengawal emosinya yang kurang stabil itu .

"Bagi saya masa... boleh ?" soal Sarang kepada Jimin .

Jimin mengangguk perlahan walaupun Sarang tidak dapat melihat oleh kerana sibuk memujuk anaknya itu .

Kemudian Jimin membuat halanya ke dapur untuk mengambil segelas air . Tetapi perkara lain pula yang dilihatnya .































"Apa anak omma dah buat dekat Sarang ?"

                                  -

HERO | PJMWhere stories live. Discover now