Mawar melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe merah jambu paras paha miliknya. Tuala kecil dililit pada rambutnya yang masih belum kering.

Dia melangkah ke arah almari pakaiannya lalu mencapai sehelai t-shirt lengan panjang berwarna biru muda dan sehelai tracksuit.

Sesekali bibir melepaskan keluhan kecil. Dia rasa letih sepanjang hari ini. Pusing sahaja tubuh ke belakang, mata Mawar terus terbuka luas.

Engku Raid.

Lelaki itu sedang duduk di birai katilnya dengan hanya memakai bathrobe. Lelaki itu juga baru lepas mandi barangkali. Dia segera menutup kakinya yang terdedah dengan menggunakan t-shirt dan tracksuitnya tadi.

Kaki dia perlahan mengundur ke belakang saat Engku Raid bangun daripada birai katil. Derap langkah lelaki itu menjadi semakin laju saat dia cuba untuk menjauhkan diri.

"Ma...macam mana abang boleh masuk?" Dia sudah tergagap sendiri.

Dia memandang pintu bilik yang tertutup rapat itu. Serasanya dia sudah mengunci pintu itu sebelum mandi tadi. Tapi bagaimana lelaki ini boleh masuk?

"I have my own way."

Mawar terkedu apabila melihat kunci yang ada pada tangan lelaki itu. Ternyata lelaki itu telah membuat kunci pendua untuk biliknya.

Engku Raid berdecit sebelum dia terus melajukan langkahnya lalu segera tubuh halus milik gadis itu ditolak rapat ke dinding.

Dahi Mawar berkerut apabila bahagian belakangnya terasa pedih apabila berlanggar kuat dengan dinding. Belum sempat hilang rasa sakit belakang, kini rahang dia dicengkam oleh Engku Raid.

Tajam mata Engku Raid melihat Mawar. Sekilas dia kerling pakaian yang masih dipegang oleh gadis itu. Pantas dia rampas pakaian itu lalu dicampak ke lantai.

Laju sahaja tangan dia melekap di paha kanan Mawar, mengusap lembut di situ. Dia menyunggingkan senyuman sinis saat melihat mata Mawar berair.

Gadis itu sedaya upaya cuba menutup bahagian bawah tubuhnya yang masih terdedah. Namun, Engku Raid lebih pantas mencapai tangan gadis itu lalu ditekan ke dinding.

Semakin lama, tangan Engku Raid semakin ke atas dan berhenti pada pangkal paha Mawar. Dia tersengih apabila Mawar memejamkan mata sambil menggeleng laju.

"Ja...jangan."

Engku Raid menepuk kuat paha Mawar membuatkan gadis itu terjerit kecil. Sengihan sinisnya memekar lebar.

Tangannya beralih pula pada tuala yang membaluti rambut gadis itu. Direntap tuala tersebut membuatkan rambut coklat cair asli itu terurai cantik.

Dialihkan rambut yang menutupi separuh wajah cantik itu ke belakang telinga lalu dihidu semahunya rambut yang sedikit basah itu.

Wangi. Bau kegemarannya. Vanilla.

Engku Raid mendekatkan wajahnya pada sisi wajah Mawar sebelum telinga gadis itu digigitnya perlahan. Dia meniup-niup telinga Mawar membuatkan gadis itu mengeliat kegelian.

Mawar Milik Raid[C]✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن